Isnin, 20 Mei 2013

Benih sayur dah bercambah

Assalamualaikum

Plot tanaman benih sayur dan ulam-ulaman
15/5/2013 - Semai biji benih (sayur-sayuran) di dalam plot tanaman
17/5/2013 - Biji benih mula bercambah menjadi anak pokok
19/5/2013 - 4 jenis pokok yang mulai tumbuh dengan banyaknya iaitu :
                    i) Sawi putih kecil
                    ii) Sawi hijau batang hijau
                    iii) Terong merah panjang
                    iv) Kacang bendi 


Sawi putih kecil
Usia : 2 hari
Sawi hijau batang hijau
Usia : 4 hari
Kacang bendi
Usia : 4 hari
Ada biji benih yang seawal dua hari sudah mengeluarkan anak pokok manakala ada biji benih yang masih belum bercambah. Mungkin masa saya mengemburkan tanah di atas benih, tanah tersebut terlalu banyak berada di atas benih. Maka percambahannya agak lambat berbanding beberapa biji benih yang telah bercambah dengan jayanya. :)

Cara menanam bijih benih (yang saya amalkan) :
i) Gunakan medium tanah kompos berwarna hitam (tanah ini khas untuk percambahan biji benih yang saya dapatkan di nursery)
ii) Letakkan biji benih di atas tanah dan gemburkan sedikit tanah tersebut supaya ia menutupi benih.
(dikhuatiri kalau biji benih tersebut nampak di atas tanah, ianya akan mengundang binatang seperti burung  untuk memakannya)
iv) Siram dengan sedikit air supaya medium (tanah) tersebut lembab dan dapat membantu tumbesaran bijih benih
v) Letak di tempat yang agak teduh dan mendapat cahaya matahari secukupnya. Boleh juga letakkan jala/jaring berwarna hitam bagi mengelakkan benih terkena pancaran matahari secara terus.

Ini cara saya menyemai biji benih sayur-sayuran di rumah. Saya bukanla pro dalam bab-bab bercucuk tanam nie. Jika saya silap, minta nasihat dan pandangan daripada sesiapa yang tahu untuk membantu saya. Saya bercita-cita (uihhh! cita-cita tue...huhu), nak wujudkan satu edible garden/vegetable garden @ bahasa melayunya taman sayur-sayuran di tepi teratak kecil saya tue. Cukupla untuk supply sayur dan ulam-ulaman untuk kami sekeluarga. Kalau ada hasil tuaian yang lebih bolehlah disedekahkan kepada jiran-jiran dan rakan -rakan pejabat nanti. :)

Tiada ulasan:

Entri Popular