Assalamualaikum
Dah lama rasanya meninggalkan diari blogging nie. Rindu sangat nak menaip dan publish. Semuanya akibat kesibukkan dari minggu lepas. Rabu lepas, saya kena hadir mesyuarat di Aseana Resort and Spa, Pulau Langkawi. Jadi saya ambil keputusan nak bawa satu keluarga ke sana termasuklah en husband yang terpaksa mengambil cuti untuk mengikut isteri tercentanya nie. :b
Lagipun dah lama kami sekeluarga tak bercuti dan bersantai bersama. Selalunya kalau ada ke mana-mana, anak-anak kena tinggal dengan tok dan wan di kampung @ Min dan Amani jer dibawa bersama dan Aleesya kena tinggal dengan pengasuh. Huhu...
Memandangkan Aleesya dah boleh berjalan dan tak banyak karenah. Tak perlu usung buaian dan sebagainya, jadi kali nie saya bawa semuanya bercuti (saya jer terpaksa bekerja sambil bercotiiiii...haha). Yasmin dan Amani pun tak pernah naik feri kecuali feri ke Pulau Pinang jer. Jadi perjalanan kali ini membawa seribu kenangan dan pengalaman buat mereka tiga beradik.
Di jeti Kuala Kedah. Aleesya dah mula mengantuk kena angin laut yang masin-masin dan mampu membuatkan mata berat untuk dibuka. Yasmin dan Amani macam biasa nampak laut, suka kemain...:)
ala-ala model selendang gitu. Tudung melayang-layang ditiup angin. Haha... |
Aleesya ...suka sangat dapat pegang dan main pasir |
Happy family - Pantai Chenang, Langkawi : ) |
Sunset. cantikkan? |
Ok. Saya dah nak balik..... Suka sangat datang Langkawi. :b Yeahhhhhhhhhh! |
Apa-apapun percutian kali nie khas untuk sambut birthday Amani pada 20 mei 2013 yang lepas. Ingat nak buatkan Amani sebijik kek birthday pasir di Pantai Chenang tapi tak sempat. Jadi, kita sambut lain kali ek.
Pssssttt : Aleesya dah disunatkan pada Sabtu lepas. Menjeritla la sekejap sebab doktor pegang kaki dia. Bukan sebab sakit kena sunaaatttt. Huhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan