Jumaat, 10 Mei 2013

PRIMADONA musim ke-3

Assalamualaikum

Saya baru lepas menonton siaran PRIMADONA musim ketiga secara langsung di ASTRO yang baru bermula pada 10 Mei 2013 (EH! malam nie la). Setiap malam Sabtu, pasti saya menunggu di depan tv untuk melihat program kegemaran saya nie. Hos musim terbaru ni hanya tinggal tiga orang iaitu Erra Fazira, Raja Azura dan Rozita Che Wan. Ziela Jalil dah tak sertai sebagai hos untuk Primadona kali ini kerana beliau terlibat dengan program bual bicara baru di Astro Prima.

Program kali ini lebih mantap kerana ianya bersiaran langsung dengan penambahan agenda baru seperti penonton boleh berinteraksi dengan hos primadona melalui Twitter dan menelefon ke Primadona. Penonton diberi peluang secara eksklusif untuk bersama-sama berkongsi pendapat mengenai tajuk yang hangat diperbincangkan.

Tajuk malam ni adalah Suamiku tak romantik. Ramai artis jemputan yang dijemput untuk menjayakan program ini termasuklah pasangan Shuib Sepah Tu dan Sarah Raisudin serta pasangan Azad dan Eira Syazira. 



Saya ambil gambar dalam tv jer. Jadi kurang cantiklah sikit. Susah sikit nak ambil gambar Che Ta sebab malam nie beliau kurang menyerlah berbanding episod sebelum nie. Beliau kurang memberi soalan atau memberi respon kepada tetamu jemputan, jadi kamera pun kurang fokus pada beliau. Tak tahu kenapa mungkin beliau letih dengan program MasterChef Selebriti kot!..Huh! pandainya saya bagi komen, tak pasal-pasal kena saman dengan Che Ta nanti. Hoho.....Che Ta jangan marah yer. Tingkatkan usaha dan Primadona memang best.

Sekian.

Tiada ulasan:

Entri Popular