Rabu, 15 Mei 2013

Kuku jariku dah tak cantik!

Assalamualaikum


18SX...sesiapa yang geli tak payah tengok. 

Kesian ibu jari kaki saya. Dah tak cantik..Dua bulan jugak saya menunggu kuku jari baru ni tumbuh semula. Yang boleh jadi macam nie sebabnya kuku jari nie mati dan terkeluar. Asalnya memang cantik macam kuku 'jiran sebelah' tue. Tapi disebabkan kuku jari kiri tue terkena tin susu semasa saya sekeluarga shopping di Maidin, akar kuku tue seakan-akan dah mati. 

Nak jadikan cerita masa tue saya tolak troli barang dan anak-anak saya duduk dalam troli. Banyak jugakla kami membeli barang dapur masa tue tapi tak adalah sampai penuh satu troli. Ada 6 tin susu pekat manis dalam troli dan saya takut susu tin tu terkena kaki anak-anak yang ada dalam troli. Anak-anak saya bukannya duduk diam dalam troli tue, ada jer benda nak buat main. Jadi saya angkat semua tin susu dan susunkan dekat tempat duduk budak yang ada dalam troli tue. Saya terlupa pulak tempat duduk tue ada lubang letak kaki. 

Masa asyik tengok barang-barang, tiba-tiba anak saya tertolak besi tempat duduk tue. ADUHHHHH!!! menjerit saya bila terasa kaki kebas dan mencucuk-cucuk terkena tin susu yang jatuh. Kuku terus jadi hitam dan kepala berpinau macam nak pitam. Memang rasa tak boleh nak berjalan dah, saya ajak en husband duduk di kerusi. Terhencot-hencot jalan dari kaunter bayaran. Saya mintak en husband belikan air batu untuk letak di atas kuku supaya rasa sakit mencucuk-cucuk tue dapat dikurangkan. Air mata dah keluar dah, memang tak dapat nak ditahan-tahan. 

Dalam perjalanan balik ke rumah, sakit tue menjadi-jadi. nyutttt...nyuttttt.........Rasa macam nak buang jer kaki sebelah biar sakit tue hilang. Saya ajak en husband pergi ke klinik. Di klinik, doktor yang merawat saya tue cakap baguslah saya pergi cepat-cepat kalau tak darah beku dalam kuku tue tak boleh keluar dari celahan kuku dan akan menyebabkan sakit yang teramat. Sakit yang akan membuatkan malam pun tak boleh nak tidur. Doktor tue korek-korekkan kuku saya dengan jarum untuk keluarkan darah. Bila darah dapat keluar barulah rasa sakit tue berkurangan. 

Sebelum balik doktor ada tanya saya nak ubat tahan sakit ke tak. Saya jawab tak sebab saya ingat dah buang darah dalam kuku tue sakit akan berkurangan. Rupanya saya silap, sepanjang malam saya tak boleh lelap sebab nyutttt...nyuttttt........masih kuat. Sedih sesorang dalam gelap sebab semua orang dah tidur dibuai mimpi. Keesokkannya pagi-pagi lagi saya dah mintakkan en husband pergi jumpa doktor yang mearwat saya tue untuk dapatkan ubat tahan sakit yang disyorkan semalam. (Itulah semalam berlagak heroes tak sakit. Huhu)

Seminggu juga saya sakit kaki. Yang kena tue kuku jari tapi yang sakit satu kaki. Huhu...Pergi kerja pun pakai selipar jepun. Memang kasut lain dah tak 'muat' sebab kaki saya dah bengkak. Jalan pun terhencot-hencot jer...malu jugak pergi pejabat dengan selipar jepun dan terhencot-hencot tue tapi nak buat macammana kan! Kerana anak, ibu sanggup hadapi semua tue. Lepas kejadian tu, saya dan en husband memang nekad tak nak bawak anak-anak pergi shopping barang-barang dapur lagi. Tapi marah tue sekejap jer, sekarang kalau keluar shopping pun masih bawak tiga-tiga orang princess tue. Mmmmmm nak buat macammana kalau tinggal anak-anak dekat pengasuh rasa macam kesian, kalau bawak mmmmm paham-paham jerla tahap kebuasan budak-budak nie. 

Jadi haruskah kesian pada diri sendiri! :(

Sekian.

Tiada ulasan:

Entri Popular