Selasa, 2 September 2014

Bunga Sakura di Kedah

Assalamualaikum
Hai! Comel kan arnab ni. Musim bungakan sekarang...eh! Tak da maknanya. Musim bunga dah lama berlalu, datang pulak musim kemarau yang agak panjang. Kemudian musim hujan. Dah banyak musim dilalui akhirnya baru nak update entri ni. 

Abis tu apa kena mengena arnab tu dengan entri nih? 



Mmmm.....sebaaabbbb dia comeeelllll.. Huhu

Lepas tu macam biasa dah tak tahu nak cerita apa, ayat pun dah pusing sana sini nak panjangkan entri. Huhu....Jangan marah ek! :)

Pendek aja la entri kali ni. Cuma tengoklah kemeriahan zaman kanak-kanak ni. Masa ni Kedah dikejutkan dengan fenomena musim bunga 'sakura'. Tak silap saya awal tahun ari tu. Sana sini orang sibuk upload di fb & instagram selfie dengan bunga sakura dan pemandangan sepanjang jalan yang ada pokok bunga sakura. Memang seronok tengok bunga yang cantik dan pelbagai warna ni. Tambah-tambah di tempat kita, di Malaysia. Umpama musim bunga di luar negara. Sempat la seketika berangan macam duduk luar negara. :)

Ini bukanlah bunga 'sakura' tapi ketika ni pokok ni pun galak berbunga. Bunganya sangat cantik sebab warna purple. Berangan juga nak cari pokok ni di nursery dan ditanam di rumah. Tapi bila pusing-pusing Alor Setar adalah ternampak pokok ni. Rupanya pokok ni boleh membesar setinggi pokok bunga 'sakura' tu. Akhirnya tak berkenan pulak sebab besar sangat. Tak sesuai rasanya kalo tanam depan rumah. Nanti kalo dah besar waktu hujan ribut agak takut juga. Takut rantingnya patah dan terkena rumah. Bahaya pulak. 

Ini plak, dah habis pokok bunga sakura dijelajah untuk bergambar, kebun rumput ni plak jadi sasaran bergambar. Jangan tak tahu pasangan pengantin memang ramai yang jadikan tempat ni sebagai port untuk bergambar di hari bahagia mereka. Siap yang ada dan berani masuk dalam-dalam kebun untuk dapatkan pemandangan yang paling cantik dan sesuai. Nasib baikla tak ada yang terserempak dengan cik 'ular'. Hai takut jugakkan...tapi ada yang cakap tak apa kalau terserempak pun sebab sebelah tu ada balai bomba....ha iyalah tu....moga-moga cik abang-abang bomba yang sasa dan berani datang tolong. :)

Saya pun tak berani nak ke dalam sangat. Tepi-tepi sudahla. 3 princess ni memang suka sangat dapat cabut rumput ni. Hembus-hembus bunga rumput ni melayang-layang naik ke udara. Biarlah sesekali mereka rasa suasana macam ni. Bukan mudahkan nak dapat suasana macam ni di bandaraya. Di kampung pun belum tentu ada kan! Cuma kena sentiasa perhati sana sini....takut juga cik U tu pun tumpang main-main kat sini...tapi Alhamdulillah la tak ada. 


Cantikkan! Bunga sakura ni dekat kawasan Pejabat Kesihatan Kota Setar. Bestla 3 princess ni dapat main puas-puas dengan bunga yang bertaburan. Tak ada sesiapa yang datang kacau. Tak ada sesiapa yang tengok-tengok dan jeling-jeling. Mainla dan bergambar la sebanyak-banyaknya sebab hari ni hari cuti. Tak ramai yang datang kerja lebih masa ikut laluan ni. Kalo hari kerja comfirm, malulah buat kerja-kerja ni. Ber selfie bagai di laluan awam ..hahaha
Siap boleh petik2 bunga atas pokok lagi...:)



Suka bunga warna pink purple ni. Wangi juga bau bunganya. Sampai letih 3 princess ni main dan bergumbira dengan bunga-bunga ni. Ntah bila lagi dapat merasai musim bunga macam ni. Tapi yang pastinya Dato' Bandaraya Alor Setar dah minta Jabatan lanskapnya memperbanyakkan pokok-pokok ni di sekitar Alor Setar supaya nanti bila tiba musim bunga begini Alor Setar akan kelihatan cantik dan segar dengan bunga-bungaan serta dikenali ramai dan dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan. :) 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Casinos with Slot machines for free - Lucky Club
Casinos with Slot machines for free - Free! All casino sites have free luckyclub slots for players to enjoy in a casino and are open for business.

Entri Popular