Sabtu, 30 Mac 2013

Majlis Kesyukuran Untuk Naufal vs Tok & Wan

Assalamualaikum

Petang tadi berlangsungnya Majlis Kesyukuran untuk Ulangtahun Kelahiran buat anak sedara saya NAUFAL dan sekali lagi menyambut Ulangtahun Kelahiran mak dan ayah. Majlis hari ini sangat meriah dengan dimulakan bacaan Tahlil untuk Arwah Tok & Wan dan disusuli dengan bacaan Surah Yasin.

Panggilan tetamu hanyalah keluarga terdekat dan keluarga mentua sebelah adik saya, Nazirah ibu si Naufal. Menu utama yang disediakan pada majlis kali ni adalah bihun sup dan laksa. Turut disediakan pelbagai kuih seperti putu mayam, agar-agar pandan dan karipap. Kanak-kanak juga tidak dihampakan dengan pelbagai makanan ringan namun berkhasiat seperti gula-gula susu, puding dan biskutt ORA (nampak macam OREO tapi bukan OREO, haha).


 
 Kali nie majlis diserikan dengan dekorasi ala inggeris. Siap ada ‘papan tanda’ menu hokey!



Empat biji kek? Wah! Tak pernah dalam sejarah hidup saya buat majlis kesyukuran ada empat biji kek. Ini nampak hebatkan? Kek nie tempahan khas daripada tauke kek terkenal di dalam keluarga kami iaitu Safura Shamer (boleh tengok kat Facebook, k. Ha promote nie. Haha...Cer bukak tengok. Semua jenis kek ada dan sodap-sodap belaka). Dah banyak kali juga kami adik beradik di ‘offer’ pergi rumah tauke kek dan belajar buat kek. Tapi semuanya tangan jenis tak ‘tahan panas’ (malas ler tu huhu), seru belum ada nak belajar buat kek. Nanti ada masa kami pergi belajar ye bukan untuk jual tapi untuk makan di rumah jek.

Pose istimewa daripada birthday boy dan pasangan merpati dua sejoli iaitu mak dan ayah.

Sweet tak saya? Ops! Bukan sweet. Gagah dan tampan tak saya? Happy Birthday Naufal kali ke-1 tahun. Macam pelik jer bunyinya. Mmmm...bolehlah yang ke setahunkan? 
Suapan manja gitu!
Eh! cer buka mulut tue..lau...lau...kap! hahaha
Pose istimewa mak dan ayah. SWEET kan?
 Sekitar majlis bacaan tahlil dan bacaan Yasin.
Gambar atas Kiri : Ina, adik bongsu saya merangkap orang yang bertungkus lumus mendekorasikan meja-meja bufet
Gambar atas Tengah : Kakak saya merangkap tauke kek tue
Gambar atas Kanan : Yasmin sedang merajuk. Tak tahu sebab apa merajuk. Rasanya mengantuk tue
Gambar Bawah : Anak cucu Pak Ya
Gambar atas Kiri : Anak tauke kek
Gambar atas Kanan : Sepupu-sepupuku Fatin & Dibah
Gambar Bawah : Tengah menunggu kek dipotong
Gambar atas : Orang kuat bersama 'pencuci sunlight'
Gambar Bawah Kiri : Anak kakak aka tauke kek vs en husband
Gambar Bawah kanan : Maksu Tasha vs Yasmin. Patutla petang tadi beria-ria nak ikut Tok Su balik, rupanya inilah kawan baik Min di kampung Maksu Tasha anak Tok Su.
Dah akhir-akhir masa majlis nie dah ramai yang letih. Bukan letih buat kerja tapi letih makan. Huhu.. Jadi tinggal dua beranak nie jer yang rajin mencuci pinggan. Bagusla lepas makan kena exercise baru slim. Hahahaha......

Apapun majlis nie berjalan dengan lancar. Makanan pun cukup-cukup jer tak ada lebih dan tak ada yang tak cukup. BALANCE.... J

Alhamdulillah semuanya selesai sudah. Sekian.

Khamis, 28 Mac 2013

Wow! Landskap Idaman

Assalamualaikum

Minggu nie saya agak sibuk dan letih. Sibuk? Tak tahu sibuk buat apa. Tapi yang pasti nak curi-curi masa untuk buat entri pun tak berkesempatan. Entri ni dah lama juga tertunggak. Dah beberapa hari saya upload gambar-gambar landskap yang saya idamkan tapi tak sempat nak taip entri. Malam nie saya curi masa tidur kejap, taip entri laju-laju. Harap-harap ‘idea’ tak lari jauh sangat kalau tak susah jugak saya nak merapu dalam entri nie. Huhu
** nak tambah sikit : Semalam masa tengah khusyuk taip entri nie tetiba 'loooooop' laptop padam. Bateri habis... lepas tue plak charger buat hal. Hari nie terpaksa beli charger baru. Bukan murah harga charger laptop nie, lepas puas tawar dengan tokei kedai akhirnya dapat beli dengan harga RM 100 daripada RM130. Mmmmm...

Sebenarnya saya ni memang peminat landskap. Kalau boleh saya nak menghijaukan laman teratak kecil saya tue dengan bunga-bungaan dan tumbuhan herba. Mudahla kalau nak guna cabai setakat empat lima biji, tak perlulah ke kedai. Setakat nie banyak juga tanaman herba yang dah tumbuh di kebun mini di sebelah teratak kecil saya nie. Antaranya termasuklah cabai melaka, cabai hidup, halia, lengkuas, daun kari, serai, limau kasturi dan ulam raja.

Eh! Teruja pulak cerita tentang pokok-pokok yang ada kat teratak saya nie. Rasanya perlu sambung cerita nie dekat entri lain. Hari  nie saya nak kongsi idea-idea penataan landskap yang sesuai dengan laman rumah saya dan cuaca kita di Malaysia ni yang sentiasa panas dan rutin harian saya dan en husband yang kadangkala tak sempat nak siram pokok hari-hari.

Jom layan idea-idea menarik dan mempesonakan nie. Gambar-gambar nie semua hasil carian dari google dan blogger. 
mamatiamia.blogspot

Cantikkan? Nie dekat luar negara. Saya tak pasti pokok nie spesies apa. Mungkin di Malaysia, spesies nie lebih kurang macam pokok bunga jarum. Sesuaikan tanam merimbun di tepi teratak kecil saya...
Mini landskap di hadapan rumah. Simple dan teratur.
Konsep macam ni sesuai sangat dengan tanah sekangkang kera di sebelah kiri teratak kecil saya nie. Cuma kalau saya nak buat macam nie saya kena pastikan pokok teduhan sudah tumbuh besar di hadapan rumah bagi melindungi ruang ni dari pancaran matahari pada waktu petang. Sebenarnya kedudukan rumah saya nie kalau pada waktu pagi, matahari akan terpacar di sebelah dapur dan bila petang matahari akan terpancar pada hadapan rumah.
Comelkan kolam dan titi kecil tue. Konsep nie memerlukan ruang yang lebih besar. Saya dan en husband minat kolam macam nie tapi memandangkan ruang landskap yang ada di teratak kecil kami nie terlalu kecil, konsep nie hanya jadi impian saja. Huhu
http://www.landscapeideasandpicture.com

Ini pun sweet sangat. Sejuk mata memandang. Ini pun contoh diluar negara. Tapi saya rasa boleh kot curi-curi sikit cara susunan bunga-bungaan tue di tepi teratak kecil saya nie. 
http://www.landscapeideasandpicture.com

Konsep ini pun simple dan boleh diikut dengan iklim di Malaysia  nie. Hanya perlu pokok kelapa @ pam dan bunga-bungaan seperti bunga . Boleh buat dekat belakang rumah rasanya. Mmmm....
http://www.landscapeideasandpicture.com

Konsep nie memang tak sesuai la buat dekat halaman rumah. Banyak sangat batunya. Silap haribulan Princess-princess saya tue nanti ambil main baling-baling, tak pasal-pasal pecah tingkap kereta @ rumah. Gambar nie saya ambil sebab nak tunjuk pokok bunga yang saya tak tahu namanya tapi saya suka pokok bunga pink tue. Tak sabar nak pergi cari pokok bunga pink ni dekat nursery. Ada sesaper nak ikut tak?
mylovelyfamily-ana.blogspot

Ikut perancangan saya dan en husband, tepi teratak kecil kami nie, nakla buat air terjun macam nie. Tapi bila survey memang sangat mahal. Perlu ada budget lebih RM 1K. Jadi lupakanlah dulu. Kalau ada rezeki lebih nanti @ menang apa-apa contest bolehlah buat macam nie. Mmmm bila tahun ek nak dapat durian runtuh nie? Mmmmm.... (mulut muncung  lagi)
mylovelyfamily-ana.blogspot

Bestkan ada ruang untuk bersantai macam nie pada waktu petang. Letih balik dari kerja boleh hilang bila dapat ambil angin dan cuci mata kat air terjun nie. Damai rasanya hati ini. Huhu....(Dok berangan kat sini pun hokey!)
nuanisa.blogspot

Sesuai sangat dengan ruang hadapan teratak kecil saya nie. Tapi ranting-ranting yang bercabang tue tak ke masuk rumah jiran bila dah besar nanti? Kalau jiran sporting takpe, kalau dapat jiran yang hampeh mesti kena trim dahan pokok sebelah rumah dia tue. Elok ke trim sebelah jer macam tue?..Mmmmmm (menung lagi!)
mamatiamia.blogspot

Ruang macam ie sesuai untuk tepi @ belakang rumah. Macam Taman Ala Inggeris gitu!
Majalah Laman

Kolam nie kecik sikit dari kolam dalam gambar yang kat atas tadi. Ok jugak. 
Mmmmmm (menung lagi) 
mrbtrading.com

Ini pun macam ruang dalam gambar kat atas. Simple dan mudah diaplikasi. Akan difikirkan.   Cuma kalau nak meriahkan sikit letaklah pokok-pokok berbunga yang kecil-kecil.
MMMmmmmm....penatlah fikir nak buat landskap dekat tanah yang sekangkang kera dekat teratak kecil saya nie. Idea dah banyak tapi nak pilih dan combinekan konsep-konsep nie dah jadi pening. Mmmmmm asyik menung jer banyakkan. Huhu...Tak pelah korang tak perlu pening-pening macam saya. Kalau korang pun minat tentang landskap yang saya kongsikan dalam entri nie cubalah buat dan kongsikan dengan saya. Kalau ada yang nak bagi idea pun boleh. Sangat dialu-alukan..jangan malu-malu, silakan ye. Sekian.

Isnin, 25 Mac 2013

Majlis Perkahwinan Ala Inggeris

 Assalamualaikum

Wow! Itu jer yang boleh saya cakap bila pertama kali mata melihat keindahan dan kecantikan konsep ala inggeris majlis perkahwinan anak bongsu rakan sekerja saya tengahari tadi. Konsep yang diterapkan agak simple tapi warna dan gaya minimalis yang cuba ditampilkan sangat menawan hatiku dan memukau mata tetamu yang hadir pada majlis tersebut.
Meja makan pasangan pengantin. Abaikan 'budak sekolah' berbaju putih tue ye.  
Majlis perkahwinan ini sangat meriah dengan menu jamuan makan yang pelbagai sehinggakan kami (saya, en husband dan opismate) tak sempat menjamah semua menu yang ada. Malah menu yang disajikan hari ini semuanya sedap-sedap belaka. Lauk pauk saja menjangkau 5 jenis termasuk ayam goreng berempah, udang galah pedas, gulai kambing, kurma daging lembu dan acar limau. Memang penuhla pinggan dengan lauk pauk saja. Tengah sedap menjamu selera terpandang la pulak booth-booth yang menyajikan pelbagai juadah sampingan seperti char koewteow, bubur gandum, apam balik, cucur udang, pisang goreng, aiskrim dan teh tarik. Mmm....semuanya menyelerakan tapi perut dah penuh. Tapi sempat jugala saya dan en husband pekena teh tarik dan aiskrim.

Dah habis menjamu selera, saya dan opismate baru nak cari pengantin. Sebelum dapat jumpa pengantin, kami dah posing sakan di hadapan booth gambar dan meja goodies yang disediakan. Kami pulak yang teruja melihat ruang-ruang kecil yang simple dan cantik yang disediakan di pintu masuk ke dalam rumah pengantin. Memang menjadi trend sekarang setiap majlis tak kira sama ada majlis perkahwinan, akikah, sambutan hari lahir atau ulangtahun perkahwinan pasti ada dekorasi menarik diruang tertentu dan ada tema tersendiri untuk tujuan bergambar atau memberi mesej untuk orang yang di rai seperti booth goodies nie.
Meja goodies dengan pelbagai makanan ringan dan kad-kad comel untuk tetamu menulis sepatah dua kata untuk pasangan pengantin.
Booth gambar untuk pasangan pengantin bergambar vs pengantin & tetamu. Tapi tetamu nie dah 'over' dari pengantin. Kecik hati pengantin kalau dapat tahu tetamu tak panggil pengantin bergambar sekali nie. Kui kui...
Booth ni hanya diletakkan perhiasan dan replika gambar bride & groom. Comel!
Selain booth dengan bunga-bunga 'mati', ada juga disediakan booth dengan  tumbuh-tumbuhan segar  untuk sesi  pasangan pengantin memotong kek. Kek ni bukan kek betul, ini kek hiasan je. Kalau kek betul rasanya dah habis budak-budak 'kemas'kan. hehe 
Ini kes haru. Berebut coklat yang ada atas meja goodies tue. Ha nak makan sangatkan, makanlah! Tapi muka cover senyum sebab sedar ada orang ambil gambar nie. kui..kui...
Inillah pasangan pengantin yang diraikan. Mashitah anak bongsu kepada Pn Fuziah (rakan sekerja saya yang baru bersara) dan En Mutalib. Kecik molek jer pasangan merpati sejoli nie. Malah pasangan pengantin nie tidak lokek dengan senyuman dan semoga hari bahagia ini akan menjadi hari yang terindah buat kalian berdua. J




Buat Kak Fuzi sekeluarga, terima kasih di atas layanan dan goodies yang diberikan sempena Majlis Perkahwinan anak Kak Fuzi nie. Tahniah juga kerana dah ada tiga menantu, akan bertambah besarlah keluarga Kak Fuzi nanti. Senang-senang nanti datanglah jenguk-jenguk kami di opis. Psssshhh! Jangan lupa bawak cucu baru nanti. Hehe J

Ahad, 24 Mac 2013

Cer teka apa tue?...

Assalamualaikum

Hai semua. Semoga korang sentiasa ceria dan happy selalu. Kalau yang tengah bermuram durja atau boring tak ada kerja atau tak tahu nak buat apa. Meh sini! Saya ada benda nak tanya. Satu teka teki.

Cer korang teka LUBANG APAKAH INI?
Lubang bulat-bulat dalam pasir nie saiznya sebesar genggaman tangan orang dewasa. Mula-mula dulu saya hanya perasan ada dua tiga lubang jer. Tapi seminggu dua nie makin bertambah pulak. Lubang ni ada disebelah pintu sliding rumah saya. Ada lubang yang semakin besar dari hari ke hari.

Amani pun dok tengah fikir apa la bendanya tue. Nampak pasir yang macam bukit tue? Ha kat situ la tempat lubang-lubang yang menjadi persoalan di hati tue.


NAK TAHU APA YANG SAYA FIKIR?

Mula-mula tue saya ingatkan KUCING punya kerja. Manala tahu masa saya dan en husband tak ada di rumah, dia berani datang dan buat ‘kerja’ kat lubang-lubang tue. Tau ‘kerja’ apa? Ha! kerja korek lubang – buang – kambus balik pasir. Namanya kerja u’uuuuhhh. Peel kucing kan macam tue. Baguslah dia buang dan dia kambus balik supaya tak busuk dan tak nampak t*H* dia kan. Tapi tekaan saya salah. 

Jadi sape yang jawapannya macam saya jawapannya adalah :

SALAH!!!!!!




En husband pun ingat kerja si kucing. Saya cakap bukan dan saja nak nyakat beliau, saya pun cakap itu tapak kaki anjing. Hhhhmmmm...muka dia terus confius!

“ye ke anjing. Macamana anjing masuk, pagarkan kunci?”

HAHA..bleh plak percaya apa yang saya cakap tue. Kui...kui.....kui...

"tak lah bukan anjing tapi ...."





BURUNG!


BURUNG CIAK RUMAH!!!

Jadi inilah jawapannya. Lubang nie tempat burung ciak rumah nie berkubang dan bermain guling-guling. Agaknya suhu panas kot. Jadi nak sejukkan badan, burung-burung nie guling-guling atas pasir nie. 

Bila dah tahu lubang tue tempat burung bermain. Budak dua orang nie terus khusyuk melihat gelagat burung-burung nie.   Dah tak sempat nak mandi dan pakai baju.

Best jer burung-burung tue berguling-guling

Bukan sekor tau, banyak ekor. Siap angkut geng.


Ha! ada tak yang jawapannya betul? Sila angkat tangan. Pada yang jawapannya betul TAHNIAH! Sila tepuk tangan untuk diri sendiri. Hehe.. 

Sabtu, 23 Mac 2013

Lakaran hidup kita seindah PELANGI

Assalamualaikum

Hari nie rumah nie sunyi sikit dan aman daripada biasa. Ha lega! bolehla bercuti dengan tenang dan santai. Haha..ayat tak cover langsung. Sangat aman daripada bunyi suara meraung tak tentu hala, menjerit berebut barang, pakat lawan kuatkan suara, kute + tampaq hang aku (ayat nie orang Kedah je faham..huhu), selerakkan barang serata rumah dari bilik ke ruang tamu dan macam-macam perangai yang menyerabutkan kepala otak. Rasanya hari nie je saya dan en husband tak terpekik-pekik marahkan si dua beradik tue Yasmin dan Amani. Budak dua orang nie kalau berjumpa baik kejap je lepas tue dah macam anjing dan kucing.

Petang semalam saya dan en husband dah hantar Min balik kampung. Dia yang nak tinggal dengan tok dan wan di kampung sepanjang cuti sekolah nie. Kat sana bolehlah Min berkawan @ buli tok dan wan pulak. Min nie kategori anak vs cucu yang sangat ‘manja’. Manja la sangat...mengada-ngada jer lebih tau. GRrr...Bestla dia dok di kampung, tok dan wan memang tak kisahla nak melayan karenah cucu yang sorang nie. Tapi balik sini kalau manja dah jadi mengada-ngada, siapla. Jangan harapla den nak melayan. Silap-silap hari bulan den pulak naik hantu dan jadi singa. Ha..bukan takat jadi harimau tau...AUmmmmmM!

Itulah sebabnya orang tua dulu-dulu garang macam harimau. Bila anak dah besar dan dewasa barulah sikap mereka berubah menjadi lebih mudah berdiplomasi dan tak garang lagi. Agaknya bila berdepan dengan karenah anak-anak yang pelbagai ragam  dan nakal nie semua ibu bapa dah hilang punca. Ada banyak tips-tips menangani anak nakal dan cara menghadapi karenah anak-anak yang semakin membesar saya amalkan, tapi biasala kita sebagai manusia ni tak akan lari dari sifat emosional. Hilang sabar, api kemarahan tue akan keluar juga. Siap meledak macam gunung berapi gitu. Meleleh-leleh lava kemarahan tue...(nampak sangat tipu. Kalau nak percaya, percayalah silakan...hehe).

Tapi selalunya bukan saya yang jadi gunung berapi tu, tapi en husband. Sebabnya ketiga-tiga princess nie memang sangat rapat dengan beliau. Sikit-sikit abah. Nak tidur dengan abah, nak duduk dengan abah, nak makan dengan abah, nak main dengan abah, nak kawan dengan abah, nak susu cari abah sume-sumelah. Yang bestnya tiap kali en husband tanya “sapa anak abah?”. Tiga-tiga orang angkat tangan. (tipu lagi, Aleesya boooolaaaat tue tak pandai lagi nak paham ayat tue dan nak suka-suka nak angkat tangan macam dua beradik tue). Kalau tanya pulak “sapa anak ibu?”. Dua-dua akan jawab “Aleesya”. Aleesya diam jer sebab tak paham apala permainan teka teki yang depa main nie. Huhu.. Dan yang paling manja dengan abah adalah Si GANAS tue. Siapa lagi kalau bukan Amani. Nampak jer ganas tapi hati lembut. Selalu emo..Manja lebih..kalau tak percaya, tengok gambar nie.
Dalam kereta, inilah tempat Amani. Senang nak tangkap lentok kalau mengantuk. Bila abah brek kuat sikit kadang-kadang terjatuh-jatuh kepala tue kiri,  kanan, depan & belakang. Bila kita suruh tidur kat belakang biar selesa sikit, dia tetap tak nak. Sayang nak tinggalkan bahu dan nak peluk lengan abah. Biar berbantalkan bahu abah yang keras macam kayu tu dari bantal kabu yang lembut dan sejuk kat belakang tue. Sentimental betul si Amani nie. Ibu pun tak dapat nak buat cam tu tau!
Tengahari semalam saya terlelapla sekejap depan tv. Dok sedap-sedap mengeroooohhhh tue, tetiba Min kejutkan saya. “ ibu, sakit.....” sambil tunjuk dahi. Dah siap tunjuk tue apalagi nak mintak kita urutkan la. Malas nak cakap banyak, saya pun urutla dan tanya 
“Dahi Min kena apa?”

“kena dinding” (terhantukla kot)
Sambil bunyi lagi “mmm....sakittttttttt” muka berkerut-kerut macam tahan sakit.

Saya pun urutla. Adala 2-3 minit. Min tolak tangan saya dan cakap ”mmm...tak sakit dah” sambil tersengih-sengih macam kerang busuk dan terus bangun main.

“Ohhh! Budak nie nampak sangat mengada-ngada. Sakit betoi ka memain?...penat jer ibu urut sambil pejam mata, sedap lagi kalau sambung tido tadi”. Dah terjaga memang susahla nak tidur balik. Adala 30 minit tidur. Itupun tidur dengan mata terpejam tapi telinga dengar bunyi bising riuh rendah bebudak nie main. Mmmm...
Wah! bagusnya Min. Tidur sambil pegang pensel. Besar nanti nak jadi profesor kot.
@ tengah mimpi dok buat list aktiviti yang nak dibuat di kampung nanti? hehe
Dalam kereta masa nak balik kampung. Kebetulan hujan pulak, makin sejukla dengan air-cond kereta. Sodapla tidur. Petang tadi pulak tak tidur, asyik main dengan Amani. 
Jom skodeng aktiviti Aleesya dalam kereta. Si Booolaat nie pulak dalam kereta, memang tak boleh duduk diam. Ada jer benda dia nak ambik dan main. Kalau kita pegang, comfirm melintuk-lintuk badan nak lepaskan diri.
Tapi petang nie saya tak dapat tidur. Walaupun tak ada bunyi bising bebudak nie main, tapi mata hari nie tak nak lena la pulak. En husband dah pergi operasi. Amani dan Aleesya dah tidur dalam bilik. Amani senang pulak tidur petang ni sebab geng nak main dan bergaduh dah tak ada. Jadi saya terperap dalam bilik study nie menaip entri. Aman damai rasanya tak ada orang kacau ketika khusyuk menaip entri. Kalau Amani ada, comfirm suka duduk atas riba. Kalau duduk diam-diam tak pe, ini tak! dia akan adjust punggung dia sampai sedap duduk (ingat paha ibu nie sofa mahal ke apa..nak adjust2). Lepas tue tangan dah sibuk-sibuk ambik barang itu ini atas meja. Langgar kita punya tangan ke, muka ke, hidung ke, ada dia kisah? Memang tak la....tangan kita plak yang bersimpang siur dengan tangan dia nak taip entri. Huh! Sabar je lah...


Itulah anak-anak saya. Bila salah seorang tak ada sunyi, bila ada naik rimas dibuatnya sebab suka sangat bergaduh dan buat kita hangin. Bila saya renung-renungkan, hidup kita nie seindah pelangi. Tapi pelangi tak selalunya muncul. Bila ia muncul, semua orang akan gembira. Semua orang suka tengok pelangi sebab ia cantik dan berwarna-warni. Ada masa hidup kita diuji dengan pelbagai dugaan hidup, adakala kita akan rasa sedih, kecewa, susah, senang, gembira dan bahagia. Itulah lakaran hidup kita sebagai hambaNya.J


Nampak tak Pelangi berwarna warni tue? Gambar pelangi di ambil dalam perjalanan masa balik kampung petang semalam. Pelangi tue nampak terang sikit sebab depan pelangi  tue sawah bendang yang baru saja habis dituai. 
Setting MODE : Auto + kereta sedang bergerak 100/km sejam
Ini pelangi yang sama cuma background depan adalah rumah kampung dan pokok-pokok hijau.
Setting MODE : Landscape +  kereta sedang bergerak 100/km sejam
Dah kabur-kabur pelangi tue sebab hujan makin lebat. Tapi ia tetap cantik dan sape yang dapat tengok pelangi nie akan tercari-cari pelangi sampai hilang dari pandangan.  Itulah tarikan Sang Pelangi. Selalu cantik dipandang dan sentiasa dicari-cari selepas hujan reda.J

Entri Popular