Assalamualaikum
Hari nie rumah nie sunyi sikit dan aman daripada biasa. Ha lega! bolehla bercuti dengan tenang dan santai. Haha..ayat tak cover langsung. Sangat aman daripada bunyi suara meraung tak tentu hala, menjerit berebut barang, pakat lawan kuatkan suara, kute + tampaq hang aku (ayat nie orang Kedah je faham..huhu), selerakkan barang serata rumah dari bilik ke ruang tamu dan macam-macam perangai yang menyerabutkan kepala otak. Rasanya hari nie je saya dan en husband tak terpekik-pekik marahkan si dua beradik tue Yasmin dan Amani. Budak dua orang nie kalau berjumpa baik kejap je lepas tue dah macam anjing dan kucing.
Petang semalam saya dan en husband dah hantar Min balik kampung. Dia yang nak tinggal dengan tok dan wan di kampung sepanjang cuti sekolah nie. Kat sana bolehlah Min berkawan @ buli tok dan wan pulak. Min nie kategori anak vs cucu yang sangat ‘manja’. Manja la sangat...mengada-ngada jer lebih tau. GRrr...Bestla dia dok di kampung, tok dan wan memang tak kisahla nak melayan karenah cucu yang sorang nie. Tapi balik sini kalau manja dah jadi mengada-ngada, siapla. Jangan harapla den nak melayan. Silap-silap hari bulan den pulak naik hantu dan jadi singa. Ha..bukan takat jadi harimau tau...AUmmmmmM!
Itulah sebabnya orang tua dulu-dulu garang macam harimau. Bila anak dah besar dan dewasa barulah sikap mereka berubah menjadi lebih mudah berdiplomasi dan tak garang lagi. Agaknya bila berdepan dengan karenah anak-anak yang pelbagai ragam dan nakal nie semua ibu bapa dah hilang punca. Ada banyak tips-tips menangani anak nakal dan cara menghadapi karenah anak-anak yang semakin membesar saya amalkan, tapi biasala kita sebagai manusia ni tak akan lari dari sifat emosional. Hilang sabar, api kemarahan tue akan keluar juga. Siap meledak macam gunung berapi gitu. Meleleh-leleh lava kemarahan tue...(nampak sangat tipu. Kalau nak percaya, percayalah silakan...hehe).
Tapi selalunya bukan saya yang jadi gunung berapi tu, tapi en husband. Sebabnya ketiga-tiga princess nie memang sangat rapat dengan beliau. Sikit-sikit abah. Nak tidur dengan abah, nak duduk dengan abah, nak makan dengan abah, nak main dengan abah, nak kawan dengan abah, nak susu cari abah sume-sumelah. Yang bestnya tiap kali en husband tanya “sapa anak abah?”. Tiga-tiga orang angkat tangan. (tipu lagi, Aleesya boooolaaaat tue tak pandai lagi nak paham ayat tue dan nak suka-suka nak angkat tangan macam dua beradik tue). Kalau tanya pulak “sapa anak ibu?”. Dua-dua akan jawab “Aleesya”. Aleesya diam jer sebab tak paham apala permainan teka teki yang depa main nie. Huhu.. Dan yang paling manja dengan abah adalah Si GANAS tue. Siapa lagi kalau bukan Amani. Nampak jer ganas tapi hati lembut. Selalu emo..Manja lebih..kalau tak percaya, tengok gambar nie.
Tengahari semalam
saya terlelapla sekejap depan tv. Dok sedap-sedap mengeroooohhhh tue, tetiba
Min kejutkan saya. “ ibu, sakit.....” sambil tunjuk dahi. Dah siap tunjuk tue
apalagi nak mintak kita urutkan la. Malas nak cakap banyak, saya pun urutla dan
tanya
“Dahi Min kena apa?”
“kena dinding”
(terhantukla kot)
Sambil bunyi lagi “mmm....sakittttttttt” muka berkerut-kerut
macam tahan sakit.
Saya pun urutla. Adala
2-3 minit. Min tolak tangan saya dan cakap ”mmm...tak sakit dah” sambil tersengih-sengih macam kerang busuk dan terus bangun main.
|
Ini pelangi yang sama cuma background depan adalah rumah kampung dan pokok-pokok hijau. Setting MODE : Landscape + kereta sedang bergerak 100/km sejam |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan