Assalamualaikum
Kelmarin
saya dapat Medical Leave (MC) atau cuti sakit sebab cirit-birit. Hampir 7 hingga 8
kali masuk ke tandas. Letih tue tak payah cakapla. Memang lesu satu badan. Tak tahu
tersilap makan apa. Sebab malam sebelum tu saya, en husband dan anak-anak makan
nasi tomato, depa ok je. Sebelah pagi pulak saya dan ofismate makan ayam bakar
cicah air asam. Depa pun ok je. Doktor cakap mungkin perut saya yang tak tahan.
Lepas balik
dari klinik, ingat nak kemas baju-baju atas katil yang dah bertimbun mengalahkan
ketinggian Bukit Tinggi (hehe nampak sangat menipu) tapi rasa tak ada tenaga.
Nak tidur memang dah tak mengantuk. Nak tengok TV pun tak ada mood. Lagipun tak
ada cerita yang menarik. Jadi saya update la apa-apa yang patut dalam blog. Itupun
kepala dah pusing-pusing macam nak pitam. Sampai malam kepala macam pusing
lagi. Bila check tekanan darah, rupanya tekanan darah saya rendah iaitu 109/52.
Sangat rendahkan?
Pagi tadi
sebelum pergi ofis, sekali lagi saya check tekanan darah. Tetap sama iaitu
98/59. Saya pelik juga bila tiba-tiba tekanan darah saya rendah. Tak da pulak
saya buat kerja teruk-teruk @ fikir masalah besar. Biasanya bila pregnant je tekanan
darah saya rendah macam nie. Jadi waktu lunch ni sempatla saya google tentang
TEKANAN DARAH RENDAH nie.
TEKANAN DARAH RENDAH = TEKANAN DARAH < 90/60
MMHG.
Kalau salah satu daripada tekanan darah ini
yang rendah, tekanan darah kita tetap dikira rendah. Kesan daripada tekanan
darah rendah ialah kita boleh pening dan pitam apabila otak gagal mendapat
bekalan darah yang cukup.
Cth: 109 / 52 =
tekanan darah rendah
(normal) / (rendah)
@
84
/ 69 = tekanan darah rendah
(rendah) / (normal)
Dari contoh pengiraan nie, memang tekanan
darah saya rendah dan puncanya adalah disebabkan saya cirit-birit (dehidrasi) semalam. Saya dah banyak
kehilangan air dalam badan dan pengaliran darah ke kepala menurun. Inilah
sebabnya kepala jadi pusing dan nak pitam. Masa taip entri ni pun kepala masih
pusing dan mata tak larat nak angkat. Rasa macam nak cari bantal dan katil
untuk baring dan lelapkan mata.
Petua Mengatasi TEKANAN DARAH
RENDAH:
1. Makan lebih garam
2. Minum lebih banyak air
3. Bersenam selalu untuk menggalakkan
pengaliran darah.
4. Ubah posisi badan secara perlahan-lahan –
Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian
bangkit duduk perlahan-lahan. Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan
kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan
graviti.
5. Pakai stoking elastik – memakai stoking ini pada kaki
boleh mengurangkan darah turun ke kaki, lalu mengekalkan lebih darah di
bahagian atas badan.
6. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi
kerap – kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta
dan roti. Juga kurangkan ulam dan jeruk buah-buahan @ jeruk sayuran.
7. Makan lebih makanan berasaskan daging, ayam, makanan
laut seperti kerang, sotong, udang dan ketam.
Ubat-Ubatan:
i) Fludrocortisone
ii) Midodrine
iii) Liquid Chlorophyl
(boleh didapati di farmasi)
Petang nanti nak minta en husband carikan kerang atau
ketam. Boleh masak sup ketam @ kerang rebus. Harap-harap anak-anakku hari ni
tak buat perangai. Kesian la kat ibu, nanti kalau ibu pengsan sapa nak jaga kamu
semua. Tentu abah pun pening kepala. Sian abahkan!
Dipetik
dan disunting daripada :
http://www.epetua.com & http://www.penawar-lukimia.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan