Assalamualaikum
Perkara asas yang
mesti ada rumah kita pasti bekalan air dan elektrik. Kalau tak ada bekalan
elektrik ok lagi tapi kalau tak ada air memang tak boleh hidup. Bangun pagi
Jumaat baru nie, saya buka paip dekat sinki, air tak keluar. Eh! Kenapa ek air
tak keluar. Takkan en husband tak bayar bil. Mmmm....tak boleh jadi ni. Ini
yang buat saya geram nie.. nak buat apa pun susah kalau tak ada air. Baru jer
ada mood baik nak goreng mee sanggul untuk sarapan pagi. Terbantut terus...
Rupanya meter air
dekat luar rumah tue dah dikebas dek orang. Air dah keluar mencurah-curah ke
dalam longkang. Ish! Gilalah sape yang buat kerja nie, menyusahkan orang betul.
Dah la hari Jumaat. Confirmla SADA cuti. Nak tak nak terpaksa tunggu hari Ahad,
SADA baru boleh pasang meter air tue balik dan air baru ada. Cuti hujung minggu
nie lah orang nak cuci baju stok seminggu tue, nak masak sedap-sedap untuk
family, nak siram pokok bunga yang dah dua tiga hari tak ‘mandi’, nak mandikan
anak, nak buat air panas untuk bancuh susu, nak....bla...bla...bla...bla...
meter air dah kena curik |
Akhirnya terpaksa
balik kampung. Angkut sekali dua tiga bakul baju untuk dicuci. En husband yang
kena kerja petang Jumaat tue pun terpaksa hantar kami anak beranak ke kampung
dan balik semula ke Alor Setar. Jarak perjalanan ke kampung makan masa sejam
juga kot. Bukan setakat tue saja, kena buat laporan polis dan salinan laporan
tue kena hantar pada SADA untuk rujukan mereka dan barulah boleh pasang meter
air baru. SANGAT banyak kerja. Alangkah bagusnya kalau si pencuri tue fikir
dulu betapa susahnya rutin harian hujung minggu kami nie akibat tiada meter air
dan cancelkan rancangan jahatnya tue.
Bila kat kampung
malas nak fikir tentang meter tue lagi. Dua kali mesin baju dan penuhla ampaian
mak dengan baju kami sekeluarga. Mak pun terkejut tengok baju yang banyak tue. Sempatla
juga saya buatkan kek coklat karamel. Kebetulan adik bongsu saya Ina ada balik
dari asrama. Jadi bila buat kek nie bolehlah makan sesama.
kek coklat karamel "tak nak pening kepala, makan la banyak-banyak....ngee" |
Petang tadi baru
kami balik ke rumah. Itupun makan malam terpaksa keluar makan di luar. Tak boleh
nak masak bagai sebab nak save penggunaan air. Kena simpan air untuk mandi dan
solat pagi esok. Esok dah kerja dan anak nak ke sekolah. Nak shhh pun kena
fikir dulu, nak u’uh lagilah. Hanya ada air tangki. En husband siap cakap “
pagi esok ibu dan Min mandi dulu, kalau air habis, abah mandi kat opis @ masjid
je la”.
Esok pagi baru la boleh hantar laporan polis
pada SADA. Harap SADA dapat pasang meter air baru esok juga. Kalau tak dapat
pasang esok, tak tahula nak cari air kat mana. Susahnya tak ada air. Haru biru
dibuatnya.
tak tahu nak makan kat mana. en husband ajak makan di NOODLE STATIONS , TESCO MERGONG. Rasa makanan kat sini saya bagi gred B. Ini Mee Goreng Mamak. |
Noodles Tom Yam SeaFood |
Gambar atas kiri : Cappuccino Gambar atas kanan : Butter Scotch Ice Cream Gambar bawah : Ice Chocolate Blended |
en husband : mmm! sooooodapppnya mee goreng. me : sodap ke terpaksa telan..lapaq terukla tue..haha |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan