Assalamualaikum
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita inginkan anak yang mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil lagi. Walaubagaimanapun, bagi anak seusia 3 tahun dan 5 tahun, pastinya bimbingan dan idea awal perlu dimulakan oleh ibu bapa sebelum mereka lebih kreatif berimaginasi untuk menghasilkan sesuatu diluar jangkaan kita.
Ha! Jangan terkejut sekiranya anak kita lebih kreatif dari ibu atau bapanya.
Hari ini saya ajak anak-anak saya menghasilkan ‘crown princess’ atau mahkota yang dipakai oleh sang puteri yang cantik. Yasmin dan Amani memang sangat teruja bila diajak melakukan aktiviti-aktiviti sebegini.
Peralatan yang
diperlukan :
i)
Kertas berwarna saiz A4
ii)
Gunting
iii)
Gam
iv)
Pembaris
v)
Pensel
Cara-caranya :
i)
Kertas A4 dilipat dua
ii)
Tandakan garisan dengan
menggunkan ukuran inci (rujuk gambar)
iii)
Gunting kertas mengikut
garisan yang telah dibuat
iv)
Letakkan gam di bahagian
lebihan kertas yang ukurannya kurang daripada 1 inci.
v)
Lekatkan bahagian yang
telah digam kepada bahagian tepi yang satu lagi supaya ia bercantum sehingga
menjadi satu bulatan.
vi)
Tekankan telapak tangan
di atas bahagian crown supaya ia menjadi agak bulat dan cantik.
Taraaaa! dah pun siap. Cantik tak? |
Kelebihan
aktiviti ini :
i)
Dapat membantu
membangunkan pergerakan motor halus kanak-kanak
ii)
Menanamkan sifat
berhati-hati dalam menggunakan peralatan yang berbahaya seperti gunting
iii) Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti
kanak-kanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan