Assalamualaikum
Wow! Itu
jer yang boleh saya cakap bila pertama kali mata melihat keindahan dan
kecantikan konsep ala inggeris majlis perkahwinan anak bongsu rakan sekerja
saya tengahari tadi. Konsep yang diterapkan agak simple tapi warna dan gaya
minimalis yang cuba ditampilkan sangat menawan hatiku dan memukau mata tetamu
yang hadir pada majlis tersebut.
Meja makan pasangan pengantin. Abaikan 'budak sekolah' berbaju putih tue ye. |
Majlis perkahwinan
ini sangat meriah dengan menu jamuan makan yang pelbagai sehinggakan kami
(saya, en husband dan opismate) tak sempat menjamah semua menu yang ada. Malah menu
yang disajikan hari ini semuanya sedap-sedap belaka. Lauk pauk saja menjangkau 5
jenis termasuk ayam goreng berempah, udang galah pedas, gulai kambing, kurma
daging lembu dan acar limau. Memang penuhla pinggan dengan lauk pauk saja. Tengah
sedap menjamu selera terpandang la pulak booth-booth yang menyajikan pelbagai
juadah sampingan seperti char koewteow, bubur gandum, apam balik, cucur udang,
pisang goreng, aiskrim dan teh tarik. Mmm....semuanya menyelerakan tapi perut
dah penuh. Tapi sempat jugala saya dan en husband pekena teh tarik dan aiskrim.
Dah habis
menjamu selera, saya dan opismate baru nak cari pengantin. Sebelum dapat jumpa
pengantin, kami dah posing sakan di hadapan booth gambar dan meja goodies yang
disediakan. Kami pulak yang teruja melihat ruang-ruang kecil yang simple dan cantik
yang disediakan di pintu masuk ke dalam rumah pengantin. Memang menjadi trend
sekarang setiap majlis tak kira sama ada majlis perkahwinan, akikah, sambutan
hari lahir atau ulangtahun perkahwinan pasti ada dekorasi menarik diruang tertentu
dan ada tema tersendiri untuk tujuan bergambar atau memberi mesej untuk orang
yang di rai seperti booth goodies nie.
Meja goodies dengan pelbagai makanan ringan dan kad-kad comel untuk tetamu menulis sepatah dua kata untuk pasangan pengantin. |
Booth ni hanya diletakkan perhiasan dan replika gambar bride & groom. Comel! |
Ini kes haru. Berebut coklat yang ada atas meja goodies tue. Ha nak makan sangatkan, makanlah! Tapi muka cover senyum sebab sedar ada orang ambil gambar nie. kui..kui... |
Inillah
pasangan pengantin yang diraikan. Mashitah anak bongsu kepada Pn Fuziah (rakan
sekerja saya yang baru bersara) dan En Mutalib. Kecik molek jer pasangan merpati
sejoli nie. Malah pasangan pengantin nie tidak lokek dengan senyuman dan semoga
hari bahagia ini akan menjadi hari yang terindah buat kalian berdua. J
Buat Kak
Fuzi sekeluarga, terima kasih di atas layanan dan goodies yang diberikan sempena
Majlis Perkahwinan anak Kak Fuzi nie. Tahniah juga kerana dah ada tiga menantu,
akan bertambah besarlah keluarga Kak Fuzi nanti. Senang-senang nanti datanglah
jenguk-jenguk kami di opis. Psssshhh! Jangan lupa bawak cucu baru nanti. Hehe J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan