Assalamualaikum
Menyaksikan setiap
perkembangan anak sejak mereka dilahirkan adalah satu detik indah dan
membahagiakan. Hari ini genap usia Aleesya 9 bulan. Perkembangan fizikalnya sangat
cepat dan memberangsangkan. Aleesya sudah mempunyai 4 batang gigi. Dua batang
gigi di bahagian atas dan dua batang dibahagian bawah. Bila dia senyum pasti
giginya dapat dilihat dengan jelas. Kadang-kadang dia akan menggigit saya dan
abahnya. Bukan gigit main-main tapi gigitannya meninggalkan bekas empat batang
giginya. Sakit tue memang sakitla..menjerit jugala saya bila terkena gigitan
sayang si booolaaat nie.
Aleesya juga sudah boleh
duduk dan berdiri. Berdiri di tepi-tepi sofa atau jadikan sesiapa yang terdekat
dengannya sebagai tempat pemegang. Paling membuat kami sekeluarga teruja, dia
bukan sahaja berdiri tapi sangat berani lepaskan tangannya dan kedeboooom...jatuh!
alamatnya menangis tak berlagula...
Antara ketiga-tiga orang puteri
manja ni, Aleesya paling pemurah senyuman. Tapi kalau dia kurang sihat seperti
demam atau selsema, senyuman tu akan hilang berhari-hari. Si booolaaat ni pun
ada anginnya. Kalau ada benda yang dia tak suka, pasti dia menjerit marah. Boleh
tahan juga garangnya. Macam kakaknya si Amani.
Bila waktu siang sudah
penuh dengan aktiviti meneroka dunia barunya, waktu malam adalah waktu untuk si
boooolaaat nie berehat. Memang waktu tidurnya agak awal iaitu paling lewat jam
9.30 malam. Dia akan berguling-guling di atas tilam dan akan lelap begitu saja.
Tapi dengan syarat bilik gelap dan tiada bunyi bising.
Aksi istimewa dari Aleesya |
Aleesya versi zaman dolu-dolu |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan