Assalamualaikum
Tarikh Trip : 22 - 23 November 2013 (Jumaat - Sabtu)
Jangkamasa: 2 hari 1 malam
Kenderaan : Kereta Sendiri
Jarak Pekan Satun dari Pintu Masuk Wang Kelian : 30 km
Perbelanjaan : RM 300 (termasuk makan, penginapan, minyak)
Keperluan :
i) Border Pass (saya buat 1 border pass termasuk husband dan 3 princess hanya RM10.00)
ii)Bawa Geran kereta dan surat nikah
iii) Beli insuran kereta Thailand RM18/minggu di Pintu Masuk Wang Kelian
iv) Dapatkan surat kebenaran memandu sendiri daripada Pihak Kastam Thai (surat ni perlu diserah semula kepada Kastam Thai apabila kita balik Malaysia nanti)
v) Isi minyak penuh-penuh (sebab minyak di sana mahal giler lebih kurang RM4.16/liter berbanding kita RM2.10)
vi) Bawa roti gardener, maggi, air kotak dan koleksi makanan secukupnya (terutamanya kalau bawak anak-anak kecil macam saya)
Pertukaran Wang Asing : 4000 Bath = RM401.62
Bertolak dari rumah jam 8.00 pagi ke Wang Kelian. Berhenti breakfast di kedai makan area Sanglang.
Berhenti di Balai Imigresen dan Kastam Thailand untuk cop border pass dan ambil surat kebenaran memandu
Dekat sejam jugak menunggu proses di atas. Aleesya pun dah buat muka bosan menanti abah settlekan semua perkara di atas.
Destinasi pertama adalah Masjid Negeri Satun - Masjid Mambang
Telaga yang masih digunakan.
Di Satun nie banyak sangat masjid dan sekolah agama. Penduduknya majoriti adalah beragama Islam. Cuma bahasa yang digunakan 100% bahasa siam. Nak cari yang boleh berbahasa melayu dan inggeris memang susah jugala nak jumpa. Sepanjang saya di Satun ni, kebetulan hotel tempat saya menginap ada seorang makcik pandai berbahasa melayu dan makcik yang jual kueh tepi jalan pun boleh berbahasa melayu.
See! Mula-mula kami sampai restoran tepi pantai nie, pelayan restoran bagi menu kaler biru tu. Satu hapa pun tak paham. Saya pandang en husband, en husband pandang saya. Hahahaha
Cakap bahasa melayu dan bahasa inggeris pun pelayan tue tak pandai. Nak order pun tak tahu nak tunjuk menu mana satu. Akhirnya dah penat cakap macam ayam jumpa itik, pelayan restoran tue cari buku menu (warna hijau) dan kawannya yang boleh berbahasa inggeris sikit-sikit. Itupun jenuh jugaklah tunjukkan bahasa isyarat.
Kami pesan ikan masak 3 rasa, tom yam ayam dan kerabu mangga. Masa pesan tue saya tanyalah ikan apa yang ada? dan nak ikan paling kecil tapi pelayan tue macam tak paham. Akhirnya en husband pergi pilih sendiri ikan dalam kolam tue.
Sampai dua orang pelayan entertain en husband. Sorang tolong translate balik dalam bahasa siam. Huuhuhu
Tapi yang paling penting restoran atau kedai makan yang kita pergi tue mesti ada tanda HALAL! Area tepi pantai nie banyak kedai makan yang halal. Jadi tak susah nak mencari kedai makan di sini.
Memang kedai makan di sini rata-ratanya bila kita duduk di meja sebelum menu sampai depa dah letak mangkuk pinggan, gelas dan air kosong dan ais kiub
Kalau minta order pun hanya order makanan, air sirap, jus atau air lain macam tak ada.
Ikan tiga rasa. Sedap
Tom yam nie memang perghhhhh sedap. Paling sedap saya dan en husband pernah makan. Teringat-ingat tom yam nie sampai hari nie. Harga makan tengahari nie lebih kurang RM60.00. Memang berbaloi sebab semuanya sedap dan banyak. Lain kali nak order kena pesan buat untuk sorang makan. Kalau tak, memang sangat banyak sampai tomyam dan nasi kami terpaksa tapau balik hotel. Huhu
Lepas makan, sempatlah berjalan-jalan di pantai sebelah restoran nie. Tapi tak sampai 5 minit, hujan turun.....huhu. Lari naik kereta, elok jer tutup pintu kereta hujan turun dengan lebatnya.....apa pun tak nampak. Hotel pun tak cari lagi. Redahla hujan pelan-pelan sambil mata melilau cari hotel yang best. Dua tiga hotel jugak kami dapat dengan harga yang murah, fasiliti pun bagus, landskap yang cantik dan paling penting nak cari hotel dekat pantai.
Hotel Lagun Resort nie menjadi pilihan pada mulanya. Sebab harga lebih kurang RM 100-RM120. View mengadap pantai terus. Cari hotel dalam hujan. huhu
Jalan pesisir pantai. Jalan nie memisahkan laut dan hotel.
Suka sangat dengan pasu 'WELCOME' dan pokok bunga putih tue. Dekat rumah ada sepokok. Nak buat macam nie jugak la nanti. Cam cantik jer, cam comel jer! :)
Akhirnya resort atas tasik nie menjadi pilihan. Jarang jumpa resort atas tasik. Resort nie sebelah jer dengan Lagun Resort tadi. Harga pun berbaloi RM100 (tanpa breakfast)
Lake Terrace Resort nie sangat berbaloi sebab bilik besar. Ada wifi, meja makan, air panas, paling penting view cantik. Malam2 tak perlu pasang aircond. Memang sejuk giler. Keliling bukit, laut dan tasik. 3 princess nie yang tak pernah berselimut tidur malam pun dah tarik-tarik selimut tengah malam. Masing-masing tidur merekot-rekot badan. Sejuk!
Toilet dia fuh! dah boleh tarik tilam tido...cantik!
Petang - Bila hujan dah berhenti, kami keluar ke Pekan Pak Bara. Kecik jer pekan nie. Lebih kurang macam Pekan Baling. Kat sini banyak jumpa kereta HILUX dan kereta luar negara.
Wayar eletrik masih ketinggalan lagi berbanding kita. Berselirat wayar sana sini. Telefon pun masih ada public phone.
3 princess nie memang sedap jer tido dalam kereta. Makan kenyang, hujan-hujan plak tue, dah letih sehari berjalan, memang kenala dengan masanya. Masuk kereta terus tertido. nasib baiklah seat belakang persona boleh rebahkan terus jadikan katil. Selesa sangat kalau nak bawak budak-budak travel jauh-jauh. Boleh duduk dan tidur macam atas tilam dekat rumah. :)
Destinasi seterusnya adalah Air Terjun Wong Sai Thong. Agak jauh jugak dari Pekan Pak Bara. Tapi sayangnya lagi 1 km nak sampai ke air terjun. Jalan yang kami lalui terbelah dua akibat air sungai semakin naik. Air sungai dah melimpah ke atas jalan. Tak sedar jalan yang kami lalui disebelahnya adalah sungai besar. Bila nampak air dah penuh atas jalan baru terpandang di sebelah jalan tue adalah sungai. Mmmmm.....camner lah boleh tak perasan. Akhirnya kami berpatah balik ke resort. Hari pun dah nak malam.
Menakutkan jugak tengok air makin naik. Takut tak sempat sampai resort.
Laluan yang kami lalui ni kiri kanannya banyak kampung-kampung pedalaman. Kebetulan petang nie ada pasar malam. Kita dapat lihat banyak lagi motor yang macam beca nie. Ramai jugak yang menjual makanan menggunakan motor macam nie. Yang bawa anak-anak pun ada guna motor macam nie. Di sini kebanyakkannya kaum siam. Kat sini jangan nak suka-suka hati bunyikan hon kepada ANJING. Sebab anjing dekat sini memang garang. Tambahan lagi bila nampak kereta asing baginya. Anjing kat sini suka berlegar-legar atas jalan. Jadi berhati-hatilah. En husband pernah bunyikan hon supaya anjing tue ke tepi takut kita terlanggar tapi bila hon dibunyikan anjing terus pandang kereta kita dan kejar. Aduh! terkejut giler...Kalau anjing Malaysia, kereta hon, dia akan ke tepi sebab dia pun tau kita hon sebab takut merbahayakan dirinya. Tapi anjing kat sini jangan buat main. Sekali hon, dia angkut geng kejar. Fuh! tingkap kereta jangan sekali-kali dibuka. Silap hari bulan anjing nie melompat masuk. Grrrrr tak dapat bayangkan!
Lega bila sampai di resort. Suasana malam dekat resort nie memang meriah. Kebetulan malam nie resort nie penuh dengan pengunjung. Boleh lepak-lepak kat balkoni sambil makan maggi dan cicah roti dengan air milo panas. mmmmm nyaman dan tenang. :)
Sebelum tido, 3 princess nie melayan mata lihat cerita kartun di Youtube. Aleesya macam biasa suka buat hal sendiri.
Pemandangan belakang resort. Sebuah resort ada 2 bilik twin. Ini dah pagi masuk hari kedua kami di sini.
Oklah hari kedua kita cerita dalam Trip ke Satun, Thailand (Part ii)
PEACE YOURS!
:)
8 ulasan:
Di imigresen wang kelian..ade jual insuran keta utk bwk msk ke thailand ye?btul2 kt bangunan die ke..
Ya betul2 bgnn dia mohd shahrazlee.:)
Ok thanks.. so trs ke borders la nk buat insuran keta..xperlu nk singgah changloon.. kan?
Ya...:)
Salam kak, boleh x kita buat border pass dekat wang kelian time hari sabtu/ahad. Takut xdpt buat kat sana nnti kne patah balik pula. Tq
Kene tukar duit x
Kene tukar duit x
Boleh tanya pukul brp tempat beli insurans tu bukak ye? Pukul 8 ada? Boleh ke kita beli insurans tu kemudian lepas dah cross border?
Catat Ulasan