Khamis, 12 Disember 2013

Hari Keluarga TOK WAN HAMID 2013

 Assalamualaikum

7 Disember 2013, sambutan Hari Keluarga Tok Wan Hamid bertempat di kediaman maksu Syimah telah berjaya dijalankan dengan meriah dan lancar. Kehadiran 26 keluarga yang terdiri daripada anak-anak Tok Wan Hamid, cucu-cucu dan cicit amat mengamatkan suasana. Biasanya hari raya sahaja akan bertemu dan bertukar cerita. Tapi dengan adanya hari keluarga ini, ianya lebih meriah kerana semuanya berkumpul pada masa yang sama dan aktiviti sukaneka yang diadakan lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Terharunya sepupu-sepupu yang tinggal jauh pun balik untuk sambutan hari keluarga ini. Ada yang balik dari Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur dan Sabah. Semangat inilah yang membuatkan sambutan hari keluarga yang julung kalinya diadakan pada tahun ini meriah. Kalau tok dan wan boleh datang join sekali lagi best. Disebabkan kesihatan wan Hamid yang tak berapa sihat, jadi tok kenala menjaga wan di rumah. :)

Semua yang datang perlu memakai baju berwarna ungu. Kalau siapa tak pakai baju ungu, tak boleh daftar. :)
Yang bestnya yang daftar hanya sesiapa yang masuk aktiviti sukaneka sahaja. Tapi baby-baby kecik yang tak main apa-apa pun, si ibu tetap pakaikan dengan baju berwarna ungu. Nampak kesungguhan dan komitment semua ahli keluarga kat situ kan.... Tambah pulak ada aturcara bergambar beramai-ramai. Comfirm semuanya nak pakai sama kaler.....inilah keluarga besar tok wan Hamid. :)

CERIA & ENJOY !!!

 Keluarga Hamid Dahaman  

 Adik beradik. Dari kiri Mak Teh Rosmini, Mak Ngah Salmah, Mak Lang Maziah, Mak Long Hasnah (my mil),  Mak Njang Pozah, Mak Cik Norlela, Mak Ndak Siti Aminah, Mak Chaq Nor Azwa & Mak Su Norasimah
Pak Uda, Pak Lang Haron, Pak Long Yusof, Pak Cik Rosli, Pak Ndak Johari, Pak Chaq Roslan & Pak Su Asri

Keluarga mak long Hasnah & Yusuf. Ini keluarga besar sebelah en husband. Cucu my mil ada yang dah remaja dan ada yang masih baby. 

Keluarga Mak Ngah Salmah 

Keluarga Mak Lang Maziah  

Keluarga Mak Njang Pozah

Keluarga Mak Teh Rosmini


Keluarga Pak Ndak Johari

Keluarga Mak Cik Norlela


Keluarga Mak Su Norasimah

Keluarga Mak Chaq Nor Azwa


Keluarga Pak Uda 

Sebenarnya aturcara bergambar beramai-ramai dan mengikut keluarga nie adalah aturcara terakhir. Tapi saya letakkan gambar-gambar nie dulu sebab inilah kenangan yang terindah dan memori terpenting bagi setiap keluarga pada hari keluarga tersebut. Dengan adanya gambar-gambar nie kita dapat mengenali dengan lebih rapat sepupu-sepupu dan ahli keluarga yang jarang-jarang kita jumpa. Takut nanti, kalau jumpa di tengah jalan atau shopping complex, walaupun sepupu sendiri tapi tak bertegur sapa sebab tak kenal. :) 


Perasmian majlis sambutan Hari Keluarga 2013 oleh maksu Syimah selaku tuan rumah. 
Nampak tak banyak giler hadiah kat belakang tue. Semua hadiah untuk cabutan bertuah. Hot item untuk cabutan bertuah nie adalah microwave. Keluarga my mil dapat hot item no.6 iaitu blender dan keluarga saya dapat hadiah yang berbalut biru kat depan kotak blender tue. Sepasang kain batik dan pelikat berwarna biru. Nanti time pantang bolehla pakai. Besar kecil hadiah bukanla ukuran, tapi apa yang setiap orang dapat, akan tinggal secebis kenangan di dalam diri masing-masing bila ternampak @ guna hadiah tue. PEACE!


Cer teka apa yang peliks!
Jumlah orang yang mengambil gambar lebih ramai dari orang yang diambil gambarnya. Tak payah nak sewa photographer. Setiap keluarga ada photographer masing-masing. :)

Aturcara pertama adalah pertandingan mewarna. Diikuti pelbagai sukaneka lain di kalangan anak-anak kecil, remaja dan pasangan suami isteri. Antarnya pertandingan isi air dalam botol, makan aiskrim, tiup belon sampai pecah, cari gula-gula dalam tepung, bowling kelapa, baling-sambut belon berair dan kerusi muzik. Pertandingan paling hot adalah baling-sambut belon berair secara berpasangan. Siap ada 3 sesi pemilihan untuk menentukan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga. 

Yasmin tak masuk apa-apa acara pun. Biasala Yasmin is pemalu. Lastly Amani yang masuk acara isi air dalam botol. Ntah apa-apala Min nie! Dekat rumah bukan main nak masuk itu ini, bila orang soh masuk, tak nak plak. MMMmmmmm....

Yang bestnya, my mil dapat tempat kedua pertandingan bowling kelapa. Wah! mil saperla yang hebat tue..huhu
Pengacara majlis kita hari tue adalah Ustaz Aswad. Kebetulan hari tue, dia pun ada hari keluarga bersama jabatannya. Tapi tentu lah hari keluarga ini lagi pentingkan. :)

Abah pun masuk ek pertandingan baling-sambut belon berair secara berpasangan. Lawan dengan anak menantu hokey! Saya dan en husband pun kalah sebab saya terlepas sambut belon lembek tue. Tempat kedua dapat pada Pasangan Ayu dan Yusri, ada juga pemenang wakil keluarga Pak Usop. Hehe


Selesai sukaneka tepat jam 12.30 tengahri. Jadi perut pun dah lapar....Masing-masing nampak makanan dah macam singa lapar. Dapat plak makan menu istimewa kambing panggang VS salad, wah sedap giler! 

Bestnya mak njang dapat hot item yang pertama tue....MICROWAVE. Hadiah paling mahal nih untuk tahun nie. Abah dijemput untuk menyampaikan hadiah.

Hot item jugak untuk pemenang 'teka jumlah gula-gula dalam botol'. Farhana teka 250 biji gula-gula. Mengena jugak tekaan tue. :)




Kerusi muzik hanya untuk dewasa lelaki. Pakat dok berebut pegang kerusi sorang satu masa jalan-jalan tue.
Tak aci betul....at last, urusetia bagitau sapa pegang kerusi automatik kena keluar dan kalah. Mmmmm....macam-macam la peel nya. Tapi semua sporting. Bukan nak menang sangat pun tapi syooookkkkk dok mengusik pihak lawan jerrrr..::b



Macam-macam aksi ada. Best tengok gelagat masing-masing tambah-tambah lagi budak-budak. Hari nie semua enjoy. Yang tak berapa enjoy is me. Sesi petang, acara penyampaian hadiah dan minum petang. Amani asyik buat perangai. Nak mintak dukung. Aiiihhhh! ubah tebiat betul budak nie. Selalu-selalu tak pernah nak dukung bagai. Petang tue ntah apa yang tak kena....nak mintak saya dukung keliling rumah. Eeeiiii tak kuasa nak melayan! abis tue asyik melalak jer la tengah ramai orang tue. Minta maaf la no semua yang ada, bingit telinga dengan suara Amani. Dah tanya nak apa, biasala dia tak kan jawab punyer....tanya nak susu...xjawab...nak kuih....xjawab....bagi handset pun tak nak...letak atas riba pun xnak...HABIS? lagi tanya, lagi kuat suara. Lebih baik diam buat tak tahu. Nanti dah letih pandai-pandaila dia diam. Saya minta en husband buatkan susu. Habis sebotol, bunyi lagi. Jadi buat tak tahu jer. Elok lama sikit dia dah boleh lari keliling rumah main dengan gembiranya.....Haiiiiiii menguji kesabaran betoila si Amani nie.....Time ramai-ramai la dia nak buat perangai....:b

Tapi scene tue sekejap jer, saya pun tak adala nak amik part nak emo sangat pasai benda-benda macam tuh. Biasala budak-budak masa ramai-ramaila nak curik perhatian. Cuma ibu nak pesan kat anak-anak ibu 'nanti bila besar, baca blog ibu nie. Lepas tue kalau ibu ngan abah buat apa yang anak-anak tak suka bila kami dah tua nanti, jangan nak emo-emo sangat na. Layan jer la'. Huhu...Boleh ker pesan camtue? Sesuai ker? Mmmm...sebagai peringatan kepada kita jugak supaya layan dan jagalah anak-anak kita sebaik mungkin, kerana suatu hari nanti mereka plak yang akan layan dan jaga kita. :)

Dah jangan nak emo sangat! Tadi cakap tak emo kan!

Apapun memang happening sambutan hari keluarga tahun nie. Harap tahun depan boleh diadakan lagi. Terima kasih kepada Pak su & mak su sebagai tuan rumah dan jawatankuasa terlibat serta ahli keluarga yang hadir yang memberi komitment dan sokongan penuh dalam menjayakan sambutan Hari Keluarga Tahun nie. 

ENJOY !

Smile always!
 :)



Tiada ulasan:

Entri Popular