Assalamualaikum
Hai korang! Diharapkan semua readers sihat dan ceria-ceria selalu. Semoga banjir yang melanda di beberapa tempat di Terengganu dan Pahang juga semakin baik dan surut. Amin.....
Minggu nie en husband panggilkan orang mesinkan rumput di laman. Lepas selesai mesin rumput, saya post gambar laman mini dalam instagram. Tak sangka ada followers yang komen bagitahu lamannya dah musnah akibat banjir yang teruk baru-baru nie. Kesian saya dengar tapi nak buat macammana lagi kan. Sayang tue memang sayang. Bukan mudah nak setup satu laman mini walaupun kecik walaupun sekangkang kera ruangnya. Usaha dan minat yang berterusan perlu ada. Penat lelah menjaga rumput, pokok bunga dan lain-lain tumbuhan yang ada berbaloi kalau dapat lihat landskap yang menghijau cantik setiap kali balik dari penat bekerja. Jadi kalau minat tue masih ada, better setuplah semula laman baru. Mulakan dengan tanam dalam pasu kemudian baru tanam atas tanah.
Kalo nak cerita bila saya setup laman mini pun esok pun tak habis....mula-mula tanam dalam pasu, pastu bila dah alih atas tanah, ada pokok tak nak subur jadi kena alih ke tempat lain. Ada masa kalau pokok dah membesar tapi rasa lokasi pokok tue tak menarik, alih plak ke tempat lain. Kalau tanah tue lembut dan senang nak cangkul oklah. Tapi kena tanah keras, berbatu-batu, kematu jugak tangan nak mengalinya. Tapi minat punya pasal, semua tue tolak tepi. :)
Taman mini di teratak kecil saya nie memang saya sediakan khas untuk anak-anak saya bermain. Walaupun sebelah rumah ada taman permainan tapi kadang- kadang ada masa saya dan en husband lebih senang biarkan anak-anak bermain di laman rumah. Kurang sikit pengawasan kepada anak-anak. Janji pagar berkunci. Kalau rajin nak mengawasi anak-anak bermain di taman permainan barula saya lepaskan mereka bermain di taman mainan. Tapi saya @ en husband perlu sentiasa perhatikan pergerakan anak-anak di taman.
Amani dan Aleesya pun dah rajin tolong saya siramkan pokok-pokok di laman. Tak payah nak susah-susah ajar, bab-bab nak main air memang cepat benorla princess ni belajar. Pegang paip, buka paip, siram pokok dan last skali masa yang ditunggu-tunggu oleh Amani dan Aleesya adalah siram badan sendiri. Main air, basah habis baju seluar. Puas! Hari-hari minta tolong siramkan pokok di laman pun hokeyyyyy....
Ini edible garden. Pokok yang tumbuh merimbun-rimbun tue adalah ulam raja. Sampai dah tak larat nak makan. Selalu buat ulam ja. Nanti kalau rajin sikit, boleh kutip buat kerabu ulam raja.
Kesabaran mengusahakan taman dirasakan berbaloi bila dapat lihat anak-anak bermain di laman dengan gembiranya.
Tanaman yang sedang membesar
Pokok limau kasturi dan pokok inai yang saya semai dari biji yang diberi oleh teman pejabat
Pandangan dari belakang rumah
Pandangan dari sliding door tepi rumah
Itu saja yang sempat saya kongsikan kali nie. Cuti sekolah nie semua aktiviti Amani ditemani oleh Aleesya jer. Yasmin masih di rumah tok Yah di kampung. Sepanjang musim cuti sekolah nie Yasmin terpaksa tinggal dengan tok. Memang sengaja saya dan en husband biarkan Yasmin temankan tok dan wan di kampung.
Masa cuti ni lah nak eratkan hubungan antara tok dan cucu (hehe itu semua alasan...sebenarnya tak nak tinggalkan Yasmin di rumah pengasuh). Sebab kalo tinggalkan Yasmin kena tambah duit bulanan kepada pengasuh. Daripada bagi pada pengasuh lebih baik bagi pada keluarga sendiri di samping dapat eratkan ikatan kekeluargaan. Kan! Kan! Lagi pun dekat rumah tok Yah ada cu Ina (adik bongsu saya yang juga cuti sekolah). Daripada dia tinggal sesorang waktu mak dan ayah ke kebun,ada juga Min tolong temankan. Jadi taklah kesunyian sangatkan!
Oklah korang....Tempuhilah hari-harimu dengan senyuman. :)
PEace yoursssss!
Tetiba jadik AC. Tengah khusyuk menaip tetiba terdengar suara AC dalam tv. Iklan maharaja lawak mega....:)
Ok bye Assalamualaikum...
2 ulasan:
seronok kan dapat makan hasil tanaman sendiri? Sah2 xde racun sbb kita sendiri yg jaga. Lagi sihat dpd sayur2 kat pasar tu.
ya kak....puas dapat tuai hasil tanaman sendiri..:)
Catat Ulasan