Ahad, 29 September 2013

menci..menci...menciiiiii....

Assalamualaikum

Menci tau! nak update blog pun macam tak ada mood. Lens kamera rosak. Dah hantar kedai kelmarin. Tauke kedai kamera tue cakap sebulan lebih baru kamera tue akan berpatah balik  ke tangan saya. Mmmm lamanya....Mesti rindu kat kamera yang banyak berjasa kepada saya tue nanti. Card Reader plak rosak jugak. Baru jer beli dua bulan, baru guna untuk transfer gambar dari memori kad handset dua tiga kali,  tetiba jer rosak. Jadi tak dapat nak transfer gambar dalam handset saya ke lappy lagi. Wayer USB yang sambungkan handset en husband pun tak berfungsi. Maknanya.....takde maknanya......menci...menci...menciiiiii..........semuanya tak boleh guna. 

Tak best kalau update blog tanpa gambar. Macam minum kopi tanpa gula. Hilang kenikmatannya. 

Khamis lepas, Yasmin dapat result exam. 1st time Yasmin ambil periksa di Tadika An-Najjah. Buat pertama kali, ok jugakla result Yasmin. Dengan pencapaian 5A 3B. Subjek yang Yasmin skor A ialah B.Inggeris, Sains, Ad-Din, Thinking skills dan Hafazan. Manakala subjek yang dapat skor B ialah B.Melayu, Matematik dan B.Arab. Terbalik plak rasanya Yasmin Skor A dalam b.inggeris berbanding b.melayu. Tapi bila dapat penjelasan cikgu dan tengok kertas exam yang cikgu bagi, barulah saya dapat tahu kelemahan Yasmin di mana. Rupanya Yasmin tak dapat bezakan huruf besar dan huruf kecil. Matematik plak rupanya dia dah kira betul cuma dia pandai-pandai padam jawapannya dan tiru jawapan kawan. Eiiii....geram. Saya dah pesan "jangan tiru kawan....jangan bagi kawan tiru Min". Ha kan! dah salah banyak. Tapi nak marah pun tak boleh jugak. 1st time dia exam. Tak tahu macammana rupanya hadapi exam. Biarlah dia belajar dari kesilapannya. 

Kedudukan dalam kelas, Yasmin no. 14 daripada 23 orang. Nombor nie saya tak kisah sangat pun. Cuma bilangan A, B, C tue yang saya kisah...Tak apalah mulai sekarang saya dah tahu subjek apa dan dimana kelemahan Yasmin yang perlu dibaiki. Lepas nie senang sikit nak ajar Min subjek yang lemah tolak bahasa Arab dan Ad-Din. Itu memang saya pun tak tahu nak ajar. Dulu-dulu tak pernah pun saya belajar behasa Arab. 

Hari nie, 1st time Amani dan Aleesya kena tinggal di rumah pengasuh baru. Baru bagi Aleesya sebab Aleesya tak pernah kena tinggal di rumah mama Jat, pengasuh baru nie. Sebelum Amani kena tinggal di rumah tok Kiah, Amani dan Yasmin tinggal rumah mama Jat. Masa tue, Yasmin pun belum sekolah lagi. Kebetulan, masa saya dan en husband merisik-risik mencari pengasuh sementara untuk jaga Amani dan Aleesya sementara waktu, tetiba ada rezeki dapat tinggal dengan mama Jat balik. Dulu masa mama Jat mengasuh Yasmin dan Amani, mama Jat terpaksa jaga mak mertuanya yang sakit. Masa tue, mama Jat mintak saya cari pengasuh lain untuk jaga Yasmin dan Amani sebab beliau nak tumpukan masa untuk jaga mak mertuanya. Masa mencari-cari pengasuh baru, jumpalah dengan Tok Kiah dan suaminya. Masa tue Tok Kiah setuju nak jaga Yasmin dan Amani hinggalah saya lahirkan Aleesya dan Tok Kiah mengasuh Aleesya sampai sekarang. Sekarang suami Tok Kiah pulak yang sakit, jadi Tok Kiah perlukan masa untuk jaga suaminya. Nasib baiklah, mama Jat setuju nak jaga Amani dan Aleesya semula. Kebetulan minggu lepas, mak mertuanya meninggal. Memang mama Jat pun niat nak cari Yasmin dan Amani semula. Tapi sekarang, Yasmin dah sekolah, jadi Amani dan Aleesya jer yang duduk rumah mama Jat. 
Kalau tak ada mama Jat, memang saya dan en husband terpaksa pilih nursery untuk tinggalkan Amani dan Aleesya waktu kerja. 
Alhamdulillah...Tuhan permudahkan urusan anak-anakku. 

Oklah korang, setakat ini sahaja untuk kali ini. Bye. Ceria-cerialah selalu. Peace!

Jangan nak menci-menci sangatla kan....

:)

Smile aLways!

Rindu kamu...last picture with my olympus

Isnin, 23 September 2013

Kena balik kampung!

Assalamualaikum

Korang sihat hari nie? Semoga kita semua sentiasa diberi kesihatan yang baik olehNya supaya kita dapat menjalankan pelbagai aktivti harian dengan mudah dan lancar. 

Bercerita mengenai kesihatan nie, sebenarnya husband kepada pengasuh Amamni dan Aleesya dalam keadaan tenat sekarang akibat komplikasi jantung dan umur yang kian meningkat. Di dalam umur 70-an, keterbatasan imun badan seseorang semakin kurang. Begitu jugak dengan husband pengasuh saya nie. Dua minggu lepas, beliau masih boleh berjalan, makan, bercakap dan membebel tentang kenakalan Amani kepada saya. Tapi sejak Jumaat lepas, beliau terbaring lesu di atas katil tanpa makan dan minum. 

Beliau tiba-tiba menjadi tenat hingga anak-anak, adik-beradik, sahabat taulan datang membacakan Yassin supaya dikuatkan semangat dan mudah untuknya melawan segala penyakit yang diberi olehNya. Sebelum beliau terbaring begitu, macam biasa beliau sering terjaga malam untuk ke bilik air. Biasanya makcik Kiah yang akan papah beliau ke bilik air. Tapi entah macammana minggu lepas, beliau terasa lembik dan tak berdaya untuk berjalan. Beliau jatuh di bilik air dan makcik Kiah berusaha untuk mengangkat beliau ke bilik semula sambil mengesot. Kebetulan waktu tu dah jam 1-2 pagi. Mak cik Kiah hanya tinggal berdua dengan husbandnya. Nak kejutkan jiran tetangga, mak cik Kiah tak sampai hati. Jadi mak cik Kiah sesorang yang uruskan husbandnya. Keesokkan pagi barulah mereka pergi ke hospital.

Balik dari hospital pun pakcik ok lagi tapi perlu dipakaikan pampers dan anak-anak belikan kerusi roda supaya memudahkan urusan untuk ke bilik air dan sebagainya. Tak sempat pun menggunakan kerusi roda tersebut, tiba-tiba pakcik tenat dan terbaring lesu.

Kelmarin, saya dan en husband melawat pak cik. Beliau masih boleh membuka mata dan kenal kami siapa. Melihat keadaan pak cik yang perlukan perhatian rapi, saya dan en husband ambil keputusan hantar anak-anak balik kampung. Mmmm tak pasti sampai bila anak-anak harus tinggal dengan tok dan wan di kampung. Atau dalam masa yang sama, kami perlu mencari pengasuh baru. Apa-apapun makcik Kiah belum bagi kata putus sama ada masih nak menjaga Amani dan Aleesya atau tak atau beliau nak 'bersara' dari mengasuh.

Untuk makcik Kiah, semoga mak cik kuat semangat dan tabah menempuh segala ketentuanNya. 

Sepanjang minggu ini juga, saya agak sibuk dengan pelbagai perkara. Gambar dah upload tapi tak sempat nak tekan keyboard untuk sebarang cerita. Banyak perkara perlu disettlekan minggu lepas dan minggu nie. Jadi korang rajin-rajinlah doakan supaya saya success dalam semua perkara yang saya lakukan. :)

Start malam nie, Amani dan Aleesya dah bermalam di rumah tok. Pagi tadi tok dan wan bawak mereka balik kampung. Rindu pada Aleesya....Amani juga.....Malam nie tinggal Min je yang akan menemani ibu. En husband keje malam nie. Jadi bertambah-tambahla teringatkan Aleesya. Aleesya je?....A'ah Aleesya jer tak banyak karenah. Aleesya suka senyum dan suka buat orang rindu dekat dia...eiiiiiii gerammmmm! Amani suka buat perangai...suka nangis kuat-kuat sampai sakit telinga...suka buat orang sakit hati..suka berebut dan bergaduh dengan Min. Sehari dua dia tak ada aman sikit rumah, tapi kalau lama-lama tak ada rindu jugak dengan kenakalannya.

Oklah korang, jomlah menjamu mata dengan gambar-gambar yang dah di upload agak lama tapi tanpa cerita.

Menu hujung minggu lepas

!st time masak sayur kangkung dari laman sendiri. 

Ikan merah masak lemak cili api

Min yang merajuk. Tak ingat dah merajuk kes apa. Tak nak makan tengahari tapi pujuk-pujuk akhirnya makan sampai bertambah-tambah nasinya.

Amani sibuk jer susun pinggan nak makan tengahari.

Si Aleesya. Memang tempat dia la ni waktu makan. 

Kiut tak saya?hehe

eeeiiiii gerammmm

Khusyuknya Amani solat

Baca doa panjang-panjang ya Amani untuk ibu, abah, Kak Min dan Aleesya

Ada hari rajin, semuanya dia kemas elok. Kena hangin tak rajin , bersepah bilik dan rumah dibuatnya

Aleesya dua tiga malam nie asyik meragam jer. 

Kami kembar tak serupa

Tinggi pun hampir sama. 

Gyiyomi tak habis-habis

Tengok gambar nie rindu kat Amani dan Aleesya di kampung.:(
Hujung minggu nanti ibu, abah dan Kak Min balik kampung ek.

Harap-harapla semoga pakcik sihat semula dan mak cik Kiah boleh mengasuh balik. Tak ada la Amani dan Aleesya tinggal di kampung lagi. ish ish ish.....

Rabu, 18 September 2013

Birthday en husband

Assalamualaikum

"Happy birthday to you! 
Happy birthday to you...Happy birthday to abang/abahhhhhh...
Happy birthday to you!"

Yeaaa...clap your hand! Mmuaaahhh...
:b

 Kelmarin birthday en husband yang ke-32 tahun - 17 September 2013.

Tak sempat nak sambut kelmarin sebab en husband sibuk dengan sambutan hari perpisahan bosnya. Jadi pagi-pagi sebelum keluar kerja, saya dah wish birthday pada en husband. Min...dua tiga hari sebelum tarikh birthday en husband dah wish. Ingat nak suprisekan birthday en husband tapi si Yasmin plak tak boleh nak simpan rahsia.

Sebelum Min tahu birthday en husband, saya pergi ambil Min di sekolah. Dalam kereta, saya cakap dekat Min yang birthday abah esok. Saja je tanya Min;

"Min nak bagi hadiah apa kat abah? Untuk birthday abah.."

Dia cakap "nak bagi hadiah baju kerja..seluar kerja....kasut....stoking...kopiah!" (TETIBA JER NAK BAGI KOPIAHKAN? Dah kenapa la budak nie dah elok-elok sebut satu set pakaian kerja tetiba ada kopiah. Takkan nak suruh abah pakai kopiah pergi kerja? Mmmmm camner tue ek?....)

"Min jangan cakap kat abah tau esok birthday abah" Pesan saya sebelum sampai rumah.

"mmmm...ok. Min tak bagitau pun..." 

Ok..lega :)

Bila sampai rumah, nampak jer muka enn husband terus Min cakap "abah, nanti birthday abahkan....nanti Min beli baju kat abah..."(Berdesing jer telinga dengar. Grrrr baru kejap jer saya pesan jangan bagitau...jangaaaaan bagitau. Tup tup senang-senang jer dia pergi cakap...ADUS! memang kantoila tahun nie tak dapat nak suprisekan en husband.

"Grrrr!!! si Yasmin nie kan memang tak boleh simpan rahsia. Geram tul la budak nih!"

:b

 Kek Cappucino By Fairy. Yasmin yang pilih kek nie. Kalau ikut saya, saya nak kek oreo cheese. Nampak lagi sedap. Tapi si Yasmin beria benor nak kek cappucino nie untuk birthday abah. Ambik jer lah.

 Le Medina destinasi pilihan untuk celebration. Semua berebut nak potong kek dengan abah. :)

 Aleesya pun tak sabar nak makan kek.
Tengok tue rupa muka Aleesya ketika marah!
Muka komplen (protes) sebab dapat kek lambat. Hahaha

 Muka birthday boy yang happy dapat kek! Setahun sekali jer dapat kek.
 i like :)

 Ini muka komplen yang teruk-teruk punya. Mulut dah macam mulut itik. Jari lentok cantik jer ek dok mengarah. Dah macam mak tiri yang garang dan jahat. Mak tiri snow white nie..hehe
Marah sebab pinggan dah depan mata tapi kek tak dapat-dapat lagi. Tak sabar-sabar betul.


 abah....sila jangan jelessssss. Ini birthday ibu. Jadi Min suap kek kat ibu sorang jek. Hehe

 Suka suasana santai dalam cafe Le Medina nie. Cantik dan comel dengan deko ala inggeris.


 Spagheti dan fresh orange nie saya punya tapi hanya dapat makan daging-daging tue jek. spagheti semuanya dah di 'beres'kan oleh 3 princess nie.

 Mmmmm sedapnya makan....berjuntai-juntai spagheti dekat mulut. Nak makan sendiri macam Kak Mani dan Kak Min.

 Pose istimewa saya dan Yasmin 

 Chicken chop menu en husband.

 Pulun noouuu ler makan. Orang nak ambik gambar pun buat tak tahu jer. 
"ada aku kesaahhhh"

 Sebab lapar tak dapat makan spagheti, saya order plak carbonara. Tapi tak boleh habis sebab makan banyak-banyak macam muak. Sebab kuah susu kot!


 Ruang nie pun cantikkan? Bolehlah nak berposing kejap kat ruang nie sebelum balik. :)

 Ini kat luar cafe Le Medina. Ada tulisan Le Medina dan lukisan kartun. Budak-budak sukala macam nie.
Sambutan birthday en husband kali nie makan kat luar jer. Yang penting kami semua ingat 'abah dah makin tua' Hahaha

Semoga en husband beroleh kesihatan yang baik, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, sentiasa berjaya di dalam segala bidang yang diceburi. Ayang/anak-anak LUV U ABANG/ABAH. Mmmuaaahhh!

Kamu yang terbaik! HAPPY BIRTHDAY..
:)

Ahad, 15 September 2013

Inilah hujan rahmat...

Assalamualaikum

Pokok inai yang disemai dah tumbuh dengan suburnya. Suka sangat....tak lama lagi bolehlah cuci rambut dengan daun inai, cuci muka dengan air daun inai, letak inai dekat jari dan macam-macam lagi. Asalnya saya tanam melalui dua cara iaitu semai biji dan cucuk batang pokok inai. Tapi batang pokok yang dicucuk mati begitu saja. Nasib baiklah ada juga hasilnya dari penyemaian biji benih. Tiga anak pokok yang disemai melalui biji pokok inai tumbuh dengan baik. :)

Pokok inai yang sedang membesar. Dah besar sikit bolehlah bagi sape-sape yang nak anak pokok inai. Kalau biarkan membesar sampai 3 pokok, takut nanti tak ada ruang untuk tanam pokok lain pulak. 

Anak pokok terung ulam pun dah bercambah dengan banyaknya. Tapi yang saya tanamkan semula di atas tanah hanya 9 pokok. Itu pun dah kira banyak. Kalau semuanya tumbuh dengan baik, jenuh jugak nak makan terung ulam tue. Hari-hari makan nasi berulamkan terung. Naik muak jugak nanti. Tapi kalau benarla pokok terung ulam nie mengeluarkan buah yang banyak, bolehlah sedekahkan pada kawan-kawan nanti. :)

Inilah rupanya 9 anak pokok terung ulam yang saya pindahkan ke kotak tanaman. Saya cuba letakkan plastik bagi menutup tanah supaya tanah tidak terlalu kering apabila cuaca berubah kepada panas terik nanti. Sebelum nie, di kotak tanaman nie la saya tanam pokok sawi. Mungkin terlalu panas dan tanah kering, anak pokok sawi terbantut dan tak membesar. Jadi saya buangkan semua anak pokok sawi tersebut dan cuba tanam anak pokok terung nie pulak. Tak berapa pandai nak bertani, jadi try n error jer la.

Sejak hujan hari-hari nie, pokok-pokok bunga di laman galak berbunga dan membesar dengan baik.
Sukanya...tak perlu nak siram lagi.... :)





Paling suka tengok pokok bunga zinnia layer nie. Pelbagai warna dengan warna yang menyerlah.

Walaupun bunganya nampak cantik tapi tiada bau. Kalau wangi macam bunga rose kan best! :)

Pokok bunga putih nie sentiasa berbunga. Macam bunga melur tapi bukan...apa ntah nama bunga nie...

Ini bunga kemboja merah. 1st time berbunga. Cantik!

Bunga jarum putih pun makin membesar. Asal beli memang tak ada bunga langsung. Memang teruja masa 1st time pokok bunga nak keluarkan bunga. Saya tertunggu-tunggu jer warna bunga yang akan keluar nanti. Dan inilah hasilnya, bunga jarum putih.

Musim hujan nie memang best bagi petani atau pengemar pokok bunga macam saya. Tak perlu susah-susah nak siram hari-hari, bil air bulan nie pun tentu akan kurang sebab tak banyak guna air untuk siram pokok-pokok. Itulah hujan rahmat.

"Kita sering mahukan hari yang CERAH...
Tapi Allah lebih tahu hakikat HUJAN yang diturunkan"

:)

Sabtu, 14 September 2013

Riang ria kanak-kanak ribena..

Assalamualaikum

Suka benor la budak-budak nie bila dapat keluar rumah. Hari-hari lepas balik kerja selalu memang tak dapatla 3 princess nie nak keluar main di luar. Saya dan en husband memang tak bagi keluar kalau kami pun tak keluar. Tambah-tambah lagi nak keluar main di luar dari pintu pagar rumah. Nak main dengan kawan-kawan pun, memang saya dan en husband tak harap. Yasmin baru 5 tahun, bukannya pandai lagi nak jaga diri. Apa ntah lagi nak jaga adik-adik terutamanya si Aleesya yang aktifnya bukan boleh nak kawal kalau dapat berlari di kawasan yang luas dan terbuka. Walaupun jalan di depan rumah, jarang-jarang kereta lalu tapi yang bahayanya :

i) Sistem longkang yang terbuka - Maunya tengah syok-syok berlari, tak nampak longkang dah. Gedebuk! jatuh...tak pasal-pasal benjol kepala.

ii) Tetiba hilang - Mana tau tak sempat kita nak tengok tetiba anak-anak hilang dari pandangan. Ntah-ntah lari ke lorong lain, tak pasal-pasal nak kena pusing satu taman mencari anak yang hilang. Yang paling ditakuti, di culik orang jahat. Ntah mana-mana ja dia bawak lari. Paling sedih kalau dia bawak pergi luar negara, potong kaki @ tangan @ korek bijik mata biar cacat. Lepas tue dia jadikan anak kita budak pengemis. Emmmmm tak dapat bayangkan. Eeeeiiii takut sangat....Memang tidur tak lena la sampai hujung nyawa terkenangkan anak.

iii) Anjing - Kawasan nie kekadang anjing banyak. kadang-kadang tak ada pun. Ikut musim jugak. Anjing liar dari kawasan pembinaan sebelah rumah tue yang selalu berkeliaran depan rumah. Si Amani bukannya takut dengan anjing. Dia nampak anjing 3, 4 ekor lalu tepi taman...dia boleh pergi kejar anjing tue. Wah! macam lah hebat sangatkan....Silap hari bulan anjing tue patah balik terkam Amani baru tau. Selalu dah pesan dekat Min dan Amani jangan kacau anjing-anjing tue. Kalau anjing lalu buat tak tahu jangan lari, jangan kejar. Sejak seminggu dua nie anjing tue berkeliaran petang-petang. Sebelum nie kawasan nie aman jer dari anjing. 

Nauzubillah lah..mintak simpang benda-benda macam nie kan. Tapi itulah kita kena berwaspada sebelum berlaku benda-benda yang tak diingini. Kalau dah jadi, menangis tak berlagu la jawabnya....Biarla orang nak kata :

"mmmMMMMM....deeepa tue kawal anak..." 

"mak bapak budak-budak tue sombong...anak-anak nak main pun susah" 

"amboiiiiiiii jaga sangat la anak dia tue, anak aku nak main dengan anak dia pun ada time tertentu jer"

Eh! ada orang kata ker? saper yang kata tue?...Ntah! tetiba terasa sendiri. Hehehe. Ye laaaaa...kadang-kadang kesian jugak kat anak-anak, selalu mintak nak main dengan kawan-kawan kat taman, tapi selalu tak boleh. Kalau bolehpun kena ikut mood ibu @ abah. Kalau ibu @ abah larat, dapatla main dengan kawalan 'CCTV' ibu @ abah. Kalau 'CCTV' (bukak mata luas-luas) ibu @ abah pun low bateri, memang line tak berapa nak clear la. Jadi tak dapat la nak main di luar dengan kawan-kawan. Kawan-kawan tue tak apa la masing-masing dah besar dan ada abang dan kakak yang boleh tolong pantaukan. Ini kakak pun nak kena pantau. Camner?

Dapat main dekat laman rumah pun dah kemain suka. Tapi kalau nampak kawan-kawan main di taman, mulalah jadi cacing kepanasan. Lagi tak dapat keluar, lagi tue la mulut asyik bunyi " naaaaaak keluar...." " naaaaaaak maiiiiiiin dengan kaaaaawan"

Itu sebab la saya dan en husband tak sabar menunggu rumput di laman nie tumbuh dan bercantum penuh di laman. Supaya anak-anak dapat ajak kawan-kawan main dalam pagar rumah jer. Ikut la nak main apa pun. Main bola ker, kejar-kejar ke, polis tan tree ke, masak-masak ke, apa-apa jer la. Janji dalam kawasan rumah. Ibu dan abah tak payah nak pasang 'CCTV' la sangat. Hati tak risau, jiwa pun tenteram.

Lambat nouuu ler rumput nie nak tumbuh....:(

Nak beli rumput banyak-banyak tak mampu.. Jadi hanya MAMPU menunggu jer la...huhuhu

Meja dekat belakang rumah pun terbengkalai macam tue saja. Sebab belum ada budget nak beli kerusi. Asalnya nak jadikan tempat menyiang ikan, sayur atau tempat makan petang-petang supaya meja dalam rumah tak bersepah tapi hingga ke hari nie, tujuan asal tue masih belum boleh dicapai dengan jayanya. hahaha



Malas nak dengar bunyi rengekan yang kuat dan panjang serta tipu muslihat, akhirnya saya terpaksala mengalah. Bukakan jer la pintu pagar. Tak sabar benor ler Min dan Amani nak main di taman dengan kawan-kawan.  Min dan Amani sama jer tipu muslihat mereka berdua nie kalau nak keluar jugak-jugak. Salah sorang akan tanya saya "ibuuuuu, nak keluar main dengan kawan, buleeeehh?
"tak"
"buleeeeehhhlaaaa....."
"tak bulehhhhhh"
Mmmmmm bulehlaaaaaa"
"Grrrr...ibu kata tak boleh..tak bolehlaaaa"
-
-


-


-

(lama jugak suasana sepi)
-


-


-



Saya pandang belakang, "eh! dah tak dak budak-budak nie. Mmmmm baguslah dengar kata. Nak merajuk, merajukla...ibu tak larat nie" (berkata dalam hati)

-

-
Tak sampai seminit, saya dengar salah sorang cakap dekat en husband.

"Abaaaaaah, ibu kata ibu bagi main. Main dengan kawan kat taman luaar tueeee...
ibuuuu bagiiiiiii."

Ha! bagus betul anak-anak ibu nie. Bila masa ibu cakap 'BAGI". Ooooiiii pandai-pandai jer cakap kat abah macam tue.  Berani betul memanipulasikan statement ibu nooo. Saper la ajar guna tipu muslihat macam tue.

Kalau saya dengar mereka pnadai-pandai manipulasi cakap saya, saya akan cakap balik pada en husband.
"Ooooo...pandai-pandai nooo cakap ibu bagi, ibu tak bagi pun"

En husband pun kadang-kadang terkena macam tue. Ayat dia lebih kurang sama jer, cuma tukar nama jer.
"ibuuuu....abah kata abah bagi main kat luar" Walhal en husband tak tahu apa-apa pun. Selalunya bila Min dan Mani datang dan buat ayat macam tue, saya akan tanya en husband balik. 
"betul ka abah cakap macam tue?"

Dapat jer green light boleh keluar main di taman, terus tukar kasut sport.
Time baik, kasut pun tolong bubuh. Tapi kalau time bergaduh, pakat cubit hang aku sampai nangis-nangis

Kesian Aleesya..tak dapat ikut kakak-kakak main di taman

Inilah kawan-kawan yang selalu teman Min dan Amani main di taman.
Ketawa sakan la dapat keluar main di taman dengan kawan-kawan. 

Bila anak-anak main di taman dengan kawan-kawan, ibu terpaksa jadi 'CCTV' dekat luar. Jadi sambil-sambil jadi CCTV anak-anak, sambil-sambil jugakla menilik pokok-pokok si laman. Pokok daun kaduk nie lambat benor la nak tumbuh. Dah berbulan tanam, asyik besar nie jer.

Tetiba plak en husband teruja nak alihkan pokok bunga raya dalam pasu ke atas tanah.

Si Aleesya tak dapat main di luar, asyik berkawat jer dekat ibu. Habis pasir dan batu dibuat makan. Hadoiii! penat tul jaga budak boooolaaaat nie. Selalunya orang makan semua benda tolak kayu dan batu. Tapi ini lain, habis semua dimakan termasuk kayu dan batu. Grrrrrrr!

Gosip apa ler budak berdua nie..

Ok la main laaa.   
:)

Entri Popular