Ahad, 29 September 2013

menci..menci...menciiiiii....

Assalamualaikum

Menci tau! nak update blog pun macam tak ada mood. Lens kamera rosak. Dah hantar kedai kelmarin. Tauke kedai kamera tue cakap sebulan lebih baru kamera tue akan berpatah balik  ke tangan saya. Mmmm lamanya....Mesti rindu kat kamera yang banyak berjasa kepada saya tue nanti. Card Reader plak rosak jugak. Baru jer beli dua bulan, baru guna untuk transfer gambar dari memori kad handset dua tiga kali,  tetiba jer rosak. Jadi tak dapat nak transfer gambar dalam handset saya ke lappy lagi. Wayer USB yang sambungkan handset en husband pun tak berfungsi. Maknanya.....takde maknanya......menci...menci...menciiiiii..........semuanya tak boleh guna. 

Tak best kalau update blog tanpa gambar. Macam minum kopi tanpa gula. Hilang kenikmatannya. 

Khamis lepas, Yasmin dapat result exam. 1st time Yasmin ambil periksa di Tadika An-Najjah. Buat pertama kali, ok jugakla result Yasmin. Dengan pencapaian 5A 3B. Subjek yang Yasmin skor A ialah B.Inggeris, Sains, Ad-Din, Thinking skills dan Hafazan. Manakala subjek yang dapat skor B ialah B.Melayu, Matematik dan B.Arab. Terbalik plak rasanya Yasmin Skor A dalam b.inggeris berbanding b.melayu. Tapi bila dapat penjelasan cikgu dan tengok kertas exam yang cikgu bagi, barulah saya dapat tahu kelemahan Yasmin di mana. Rupanya Yasmin tak dapat bezakan huruf besar dan huruf kecil. Matematik plak rupanya dia dah kira betul cuma dia pandai-pandai padam jawapannya dan tiru jawapan kawan. Eiiii....geram. Saya dah pesan "jangan tiru kawan....jangan bagi kawan tiru Min". Ha kan! dah salah banyak. Tapi nak marah pun tak boleh jugak. 1st time dia exam. Tak tahu macammana rupanya hadapi exam. Biarlah dia belajar dari kesilapannya. 

Kedudukan dalam kelas, Yasmin no. 14 daripada 23 orang. Nombor nie saya tak kisah sangat pun. Cuma bilangan A, B, C tue yang saya kisah...Tak apalah mulai sekarang saya dah tahu subjek apa dan dimana kelemahan Yasmin yang perlu dibaiki. Lepas nie senang sikit nak ajar Min subjek yang lemah tolak bahasa Arab dan Ad-Din. Itu memang saya pun tak tahu nak ajar. Dulu-dulu tak pernah pun saya belajar behasa Arab. 

Hari nie, 1st time Amani dan Aleesya kena tinggal di rumah pengasuh baru. Baru bagi Aleesya sebab Aleesya tak pernah kena tinggal di rumah mama Jat, pengasuh baru nie. Sebelum Amani kena tinggal di rumah tok Kiah, Amani dan Yasmin tinggal rumah mama Jat. Masa tue, Yasmin pun belum sekolah lagi. Kebetulan, masa saya dan en husband merisik-risik mencari pengasuh sementara untuk jaga Amani dan Aleesya sementara waktu, tetiba ada rezeki dapat tinggal dengan mama Jat balik. Dulu masa mama Jat mengasuh Yasmin dan Amani, mama Jat terpaksa jaga mak mertuanya yang sakit. Masa tue, mama Jat mintak saya cari pengasuh lain untuk jaga Yasmin dan Amani sebab beliau nak tumpukan masa untuk jaga mak mertuanya. Masa mencari-cari pengasuh baru, jumpalah dengan Tok Kiah dan suaminya. Masa tue Tok Kiah setuju nak jaga Yasmin dan Amani hinggalah saya lahirkan Aleesya dan Tok Kiah mengasuh Aleesya sampai sekarang. Sekarang suami Tok Kiah pulak yang sakit, jadi Tok Kiah perlukan masa untuk jaga suaminya. Nasib baiklah, mama Jat setuju nak jaga Amani dan Aleesya semula. Kebetulan minggu lepas, mak mertuanya meninggal. Memang mama Jat pun niat nak cari Yasmin dan Amani semula. Tapi sekarang, Yasmin dah sekolah, jadi Amani dan Aleesya jer yang duduk rumah mama Jat. 
Kalau tak ada mama Jat, memang saya dan en husband terpaksa pilih nursery untuk tinggalkan Amani dan Aleesya waktu kerja. 
Alhamdulillah...Tuhan permudahkan urusan anak-anakku. 

Oklah korang, setakat ini sahaja untuk kali ini. Bye. Ceria-cerialah selalu. Peace!

Jangan nak menci-menci sangatla kan....

:)

Smile aLways!

Rindu kamu...last picture with my olympus

Tiada ulasan:

Entri Popular