Ahad, 15 September 2013

Inilah hujan rahmat...

Assalamualaikum

Pokok inai yang disemai dah tumbuh dengan suburnya. Suka sangat....tak lama lagi bolehlah cuci rambut dengan daun inai, cuci muka dengan air daun inai, letak inai dekat jari dan macam-macam lagi. Asalnya saya tanam melalui dua cara iaitu semai biji dan cucuk batang pokok inai. Tapi batang pokok yang dicucuk mati begitu saja. Nasib baiklah ada juga hasilnya dari penyemaian biji benih. Tiga anak pokok yang disemai melalui biji pokok inai tumbuh dengan baik. :)

Pokok inai yang sedang membesar. Dah besar sikit bolehlah bagi sape-sape yang nak anak pokok inai. Kalau biarkan membesar sampai 3 pokok, takut nanti tak ada ruang untuk tanam pokok lain pulak. 

Anak pokok terung ulam pun dah bercambah dengan banyaknya. Tapi yang saya tanamkan semula di atas tanah hanya 9 pokok. Itu pun dah kira banyak. Kalau semuanya tumbuh dengan baik, jenuh jugak nak makan terung ulam tue. Hari-hari makan nasi berulamkan terung. Naik muak jugak nanti. Tapi kalau benarla pokok terung ulam nie mengeluarkan buah yang banyak, bolehlah sedekahkan pada kawan-kawan nanti. :)

Inilah rupanya 9 anak pokok terung ulam yang saya pindahkan ke kotak tanaman. Saya cuba letakkan plastik bagi menutup tanah supaya tanah tidak terlalu kering apabila cuaca berubah kepada panas terik nanti. Sebelum nie, di kotak tanaman nie la saya tanam pokok sawi. Mungkin terlalu panas dan tanah kering, anak pokok sawi terbantut dan tak membesar. Jadi saya buangkan semua anak pokok sawi tersebut dan cuba tanam anak pokok terung nie pulak. Tak berapa pandai nak bertani, jadi try n error jer la.

Sejak hujan hari-hari nie, pokok-pokok bunga di laman galak berbunga dan membesar dengan baik.
Sukanya...tak perlu nak siram lagi.... :)





Paling suka tengok pokok bunga zinnia layer nie. Pelbagai warna dengan warna yang menyerlah.

Walaupun bunganya nampak cantik tapi tiada bau. Kalau wangi macam bunga rose kan best! :)

Pokok bunga putih nie sentiasa berbunga. Macam bunga melur tapi bukan...apa ntah nama bunga nie...

Ini bunga kemboja merah. 1st time berbunga. Cantik!

Bunga jarum putih pun makin membesar. Asal beli memang tak ada bunga langsung. Memang teruja masa 1st time pokok bunga nak keluarkan bunga. Saya tertunggu-tunggu jer warna bunga yang akan keluar nanti. Dan inilah hasilnya, bunga jarum putih.

Musim hujan nie memang best bagi petani atau pengemar pokok bunga macam saya. Tak perlu susah-susah nak siram hari-hari, bil air bulan nie pun tentu akan kurang sebab tak banyak guna air untuk siram pokok-pokok. Itulah hujan rahmat.

"Kita sering mahukan hari yang CERAH...
Tapi Allah lebih tahu hakikat HUJAN yang diturunkan"

:)

3 ulasan:

NurHafiza Fadzil berkata...

dapat mana benihnya ya?

Mimi Yus berkata...

NurHafiza Fadzil...
Benih bunga zinnia tue asalnya saya beli pokok dr nursery. Dah kering bunganya, saya ambil buat benih...:)

Nurizzati Syazwani berkata...

Sis benih inai tu ambik mana

Entri Popular