Sabtu, 7 September 2013

Aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum

Bertemu kita kembali setelah hampir seminggu puteri manja menyepi daripada sebarang entri. Macam biasa alasan entri tak menjelma berhari-hari adalah kesibukkan yang melampau (semua tue alasan belaka...kan? kan? kan?...:b). Hehe

Sebenarnya panjang ceritanya...Tapi untuk menjimatkan masa dan supaya korang tak boring membaca cerita yang panjang, maka saya pendekkan cerita. Begini ye tuan-tuan puan-puan sekalian. Sepanjang minggu nie, saya balik kerja macam biasa cuma hari Khamis jer, yang biasanya balik kerja jam 3.30 petang dah terpaksa balik jam 4.30 petang sebab Lab Transformasi Kedah Aman Makmur yang saya hadiri tempoh hari berlanjutan perbincangannya sehingga lewat petang. Tapi ini bukan masalah pun kan koraaaannnnnggggggg kan untuk saya tidak menulis entri?...Mmmmm itulah sebenarnya saya nak cerita nie. Minggu lepas jadual di opis agak pax dengan pelbagai kerja. Balik kerja rasa badan sangat letih dan minggu lepas pun saya kurang sihat akibat sakit belakang tue kan. Malamnya pulak, teman Min study sebab start hari Isnin hingga Khamis Yasmin ada exam di sekolah. 1st time Yasmin ambil exam. Jadi banyak jugak la perlu dipesan pada Yasmin.
"jangan tiru kawan, jangan bagi kawan  Min tiru jawapan Min" "Min kena jawab semua soalan. Lepas jawab kena periksa balik jawapan tu. Kalau rasa tak betul jawab balik...bla...bla...bla..." " Jadi mood nak berblog sedikit menurun. Ada masa terniat di hati nak bukak lappy dan menaip.Tapi bila duduk jer depan lappy terus mood terbang melayang-layang. Ntah sampai mana-mana perginya. 

Cuti hujung minggu nie, pagi-pagi hari Jumaat saya dan family dah berkemas-kemas kain baju, masuk apa-apa yang patut dalam beg, masak satu dua juadah dan tapaukan dalam tupperware, tutup pintu tingkap dan pastikan berkunci rapat, tutup suis semua peralatan elektrik kecuali peti sejuk dan buang penutup gas dapur (macam nak lari jer kan!) dan akhir sekali kunci pintu dan pagar rumah. Say good bye pada rumahku syurgaku. Jaga diri elok-elok yer sepanjang peninggalan kami nanti. :) Macam jauh jer perjalanannya kan. Walhal nak balik kampung jer pun. Hehe

 Subuh-subuh lagi dah bangun berkemas dan masak lauk pauk. Nak bawak ke rumah kak Intan di Baling. Dah janji dengan mak abah, keluarga Kak Eila dan Ayu untuk jumpa di Jeniang sebelum bertolak berkonvoi ke rumah Kak Intan, kakak sulung en husband. 

 Asam pedas tempoyak ikan patin request dari en husband untuk dibawa ke rumah kak Intan.

 Kami berhenti breakfast di RnR Gurun. Tapi lauk-pauk baru nak masak, nasi lemak bungkus pun dah habis. Nak tak nak beli roti dan sandwich jer la. Nak kata kami awal sangat sampai di RnR pun tak jugak kot sebab nasi lemak bungkus dah habis, tapi apa pun tak ada lagi. Tak ada rezeki la tue..huhu

 Masa dekat RnR nie terjumpa plak dengan mak cik Tom (mak sedara sebelah ayah saya). Dia memang kerja dekat RnR nie. Jadi sambil makan apa yang ada sambil la berborak dengan mak cik nie.
Eh! kenapa ek tetiba nampak daku macam berisi! ker memang dah gemokkkkksss! eh, tak kot..... silap jurugambar nie tak pandai amik gambar...huhu

 Ha  kebetulan dekat RnR nie, depa letak stage dengan background Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 56. Tumpang la sekaki nak posing sebelum meneruskan perjalanan. 

 Siap ada basikal tua, motor vespa dan cendawan yang diwarnakan dengan corak bendera Malaysia.
Apsal ek gambar daku macam ketot plak..Ish!ish! siapala photographer nie...

 Nie dah sampai rumah kak Intan. Dari kiri tue anak Kak Intan yang bongsu, si Anis. Diikuti Alif (anak kedua  Kak Eila), Min dan Mani.

 Apala bebudak nie tengok sampai terdongak-dongak kepala. Lokasi di bawah pokok dokong dan berdiri di atas pangkin. Tahu tak pangkin tue apa? Orang kampung biasanya panggil pangkin untuk tempat duduk yang bebudak nie berdiri nie. Tempat duduk yang diperbuat daripada kayu dan mempunyai ruang lantai yang agak luas. Petang-petang best lepak atas pangkin nie sambil bersembang dan menicah buah pelam @ jambu.

 Min dan Mani bestla dapat berkumpul ramai-ramai macam nie. 
Dapat main sama-sama dan meneroka apa yang ada di sekeliling kawasan rumah nie. Kalau dekat rumah, memang tak dapat la keluar-keluar main sesuka hati macam nie. 

 Tengahari dan petang, kawasan nie redup jer dengan pokok-pokok besar. Jadi dapat la merek main sepuas-puasnya.

 Min dan Amani memang tak berani la panjat-panjat macam Anis nie. Kalau dekat rumah, nak panjat meja dan kerusi pun dah kena marah, apatah lagi nak panjat-panjat pokok nie kan. Dulu-dulu ibu pun pernah panjat pokok macam kak Anis nie. Maklumlah keliling rumah banyak pokok dan kebun. Masa kecik-kecik dulu dah macam tomboy rasanya tapi nasib baikla dah masuk alam dewasa menjadi wanita yang sopan santun dan ayu. Muahaha. Kalau cerita dekat orang pun belum tentu orang percaya saya pernah panjat-panjat macam nie hokey. Ayu dah sekarang. Hahaha...

Anak-anak sekarang kebanyakkannya hidup di bandar. Tinggal di rumah bandar yang disekelilingnya penuh dengan bangunan dan bukannya pokok-pokok besar @ kebun. Nak keluar rumah pun perlu di awasi terutamanya anak-anak sebaya Min dan Amani. Nak main di playground sebelah rumah pun perlu ada pengawasan ibu bapa. Kebebasan bermain tue sedikit sebanyak tersekat dengan arus kemodenan bandar yang pada satu pandangan kemodenan itu memberi kesenangan kepada anak-anak tapi pada satu pandangan yang lain ianya menyekat kekebasan anak-anak meneroka dunia persekitaran mereka dengan cara dan keberanian mereka sendiri. Sebab itulah sekarang adanya Kem Bina Negara @ Biro Tatanegara (BTN) untuk pelajar-pelajar sekolah. Supaya aktiviti-aktiviti lasak yang mereka lalui itu dapat membina semangat jati diri dan membuatkan mereka kental menghadapi apa saja situasi pada masa hadapan.

 Hari Sabtu, kami berkonvoi pula ke rumah Lin, adik en husband yang baru seminggu pindah ke rumah baru.
Irish, baby si Ayu mudah jer lena. Letak jer la dekat mana-mana pun, matanya boleh jer terlelap dengan mudah. Bising dengan suara orang bersembang ke, bunyi lagu di radio ker, ada dia kesaaahhhhh! Janji matanya dapat lelap. Bukan di rumah sendiri pun dia tak kesaaaahhhhh. Mudah benor la si Irish nie di bawak berjalan. :)

 Baru 49 hari, dah mana-mana jer mummy Irish bawak jenjalan. Bestnya.....Irish tak buat hal, okla kan. Lepas nie boleh jenjalan lagi...hehe

Dari kiri Kak Eila, Ayu, en husband (tak kenal saje sangat la kan!:b), Lin, Ady (suami Lin berbaju hitam), Abg Syam (suami Kak Eila berbaju merah) dan Yusri (suami Ayu berbaju hijau). Terima kasih pada Lin sekeluarga dengan pelbagai  menu tengahari yang sedap hingga bertambah-tambah nasinya.

Sebelum balik, sempat lagi tuan rumah pesan;
 "Nanti bila-bila mai la lagi...
 Kalau mai malam, kita buat goreng-goreng plak..."
Waaaa......best giler tuan rumah nie. Dah macam kedai plak, boleh order menu tenghari lauk pauk, menu malam goreng-goreng. Muahaha
Apa-apapun memang best pergi rumah Lin hari nie sebab dapat bawak balik pokok serai yang gemoks-gemoks untuk di tanam di rumah.
Dah la dapat makan, dapat plak bawak balik pokok untuk ditanam kan.
:)

Tamat sudaaaaaaa.........hhhhh

Tiada ulasan:

Entri Popular