Rabu, 11 September 2013

My Little Princess dah besar rupanya!

   Assalamualaikum


Sekarang hari-hari hujan. Bangun pagi hujan, pergi kerja hujan, balik kerja hujan, malam pun hujan. Bangun pagi, nak masuk bilik mandi pun takut. Sejuk gedi air dalam kolah dan air hujan dari paip air. Kalau tak ada water heater, alamatnya terpaksala masak air panas dua tiga periuk. Bukan sorang yang nak mandi tapi tigaaaa orang!

Bukan setakat mandi pagi, nak mandi petang pun dah macam maaaaalasssss! Seeeejukkk! Eeeeeeiiiiiii.....
Tapi petang-petang, sesampai jer di rumah. Wajib bagi 3 princess nie mandi. Amani dan Aleesya yang baru lepas mandi di rumah pengasuh pun harus mandi semula. Takut-takut masa nak naik kereta dari rumah pengasuh, mereka terkena tempias hujan. Bebudak nie imun badan agak rendah. Kena tempias hujan sikit-sikit pun kekadang tu boleh demam. Kalau tak demam pun mesti selsema atau batuk.


Dalam hujan-hujan nie, aktiviti yang paling best dilakukan mestilah makan, tidur, makan, tidur. Perut memang sentiasa jer kosong. Baru lepas makan, perut rasa cam lapar....lapaaaaar....lapaaaaar! Bebudak nie asyik mengangkut roti + jem. Baru semalam en husband beli sebungkus roti gardener, malam nie dah habis. Petang tadi en husband beli sebungkus mee goreng dan mee bandung. Macam tak percaya jer, 3 princess nie boleh habiskan sebungkus mee goreng. Lepas tue siap mintak tambah lagi. Mmmm...baru tersedar anak-anak ibu dah besar. Dah makan banyak. Nampak gayanya minggu depan, ibu dah kena start  beli stok bahan mentah untuk seminggu dan simpan dalam peti sejuk. Petang-petang, lepas balik kerja, ibu kena masak untuk makan malam. :(

MERAJUK! sikit-sikit merajuk. sikit-sikit merajuk. Mmmm malas nak layan. :(

Yasmin pun dah nak masuk 6 tahun, tahun depan. Amani pun akan didaftarkan ke sekolah Min tahun 2014.  Lepas nie, waktu pagi mesti lagi kalut. Mana nak kejut Min, nak kejut Amani yang memang susah nak bangun pagi. Itu belum kira mengeliat nak mandi pagi. Berapa jam plak la si Amani akan tercongok dalam bilik air. Yasmin dah tentu-tentu setengah jam dalam bilik air. Kalau tak di bebel suruh cepat-cepat mandi dan ugut tak sempat minum air dan makan roti sebelum ke sekolah, jawabnya bil air akan meningkat tiap-tiap bulan. Mandinya tak, tapi air dari water heater tue dibiar jer keluar. Badan dan rambut tak basah-basah pun. Hari-hari kena bebel. Saya yang asalnya tak suka membebel pun TERPAKSA membebel....mmmmm

Kadang-kadang kalau membebel tak kena gaya pun si Yasmin akan tarik muka. Lepas tue terima la akibatnya, semua benda dia akan buat lambat-lambat. Nak bubuh butang baju pun 1 minit satu. Sikat rambut pun kalau boleh dia nak sikat sehelai-sehelai anak rambut tue. Lembabnya macam robot nak habis bateri. Nak minum air pun mengeliat tepi dinding dulu baru pelan-pelan bergerak ke meja makan. Sampai di meja plak, tenung air dan roti dulu. Menung sejenak... fikir barangkali... nak merajuk lagi atau nak makan jer terus sebab perut lapar. Huhu. Kesimpulannya ;

Si Yasmin memang kuat merajuk!


Si Amani..... Susah nooooouu nak ikut cakap orang! Dia jer la yang betul! :(

Petang tadi, selepas mandi, saya dan en husband suruh pakai baju tangan panjang. Takut malam nanti tidur, sejuk. Macam semalam, berapa kali Amani terjaga dan nangis sebab sejuk. En husband terpaksa bangun dan setting kipas dinding supaya berpusing dan angin kipas tue tak adala menghala terus pada Amani dan Yasmin. Tapi macam biasa ler, nak pilih baju sendiri dan ikut kepala dia jer. Nak pakai baju tak der lengan nie. Sukahatila....Nak marah pun dah naik malas. Biarla...jap-jap lagi kalau hujan sampai ke malam, tahula dia rasa sejuk ke tak. Bila sejuk, pandai-pandaila mintak tukar baju berlengan nanti. 

 Si Aleesya. Baru setahun 2 bulan dah suka buat aktiviti macam orang besar. Suka meniru apa kak Min dan Kak Mani buat. 

Makan pun banyak. Setengah pinggan nasi pun boleh habis. Banyak mana Min dan Mani makan, banyak tue jugak si Aleesya boleh habiskan. Min dan Mani makan roti + jem, dia pun nak. Min dan Mani roti cicah air milo pun dia nak. Min dan Mani makan maruku atau kerepek pedas pun dia nak. Min dan Mani mintak air sarsi atau air oren pun, dia mintak jugak. Pendek kata, apa Min dan Mani mintak, itulah yang dia mintak. Min dan Mani pakai kasut dan main lari-lari dengan kawan depan rumah, dia pun sama kalut nak pakai kasut dan join lari-lari. Eeeiiiii geram jer...."macam la awak tue dah besar sangat". Min buat kerja sekolah, dia ambil pen dan kertas conteng. Min baca buku, dia capai buku dan belek-belek. Min dan Mani main tab masing-masing, dia pun nak join sekali. Kalau tak dapat, dia kacau lappy ibu (tak dapat la nak update blog...huhu). 



 Semua benda dia tak nak kalah hokeeey! Kak Min dan Kak Mani asyik tekan-tekan jer kat tab. 
"Cha pun boleh laa. Tab Cha lagi besar wooooo" (tarik lappy ibu. :o)

Kesimpulannya ;

Si Aleesya memang suka meniru orang macam dia dah besar kan! 

See! 
Akhirnya dah tukar baju berlengan panjang. Tahu pun sejuk. 

Kesimpulannya;

Si Amani nie suka ikut kepala dia jer. Cakap orang, dia langsung tak peduli. Tapi akhirnya cakap ibu dan abah jugak yang betulkan, Mani. :)

Yasmin dan Aleesya dah masuk tidur. Amani jer belum tidur. Kononnya nak teman ibu update blog. 
Dah la cakap pun tak betul.
Ada ka patut dia tanya "ibu, ibu buat tloq aaaa bu?"
Mula-mula saya cam tak faham. Jadi tanyala balik. "apa Mani?"
"Ibu buat tlog ka ibu?"
"Hah! tloq".....hahahahaha aduh sakit jiwa tul dengan bahasa si Amani nie. 
"Bukan tlog la Mani....blog....."
:b

Tiada ulasan:

Entri Popular