Assalamualaikum
Hari nie saya dan
rakan pejabat membuat satu lawatan tapak untuk permohonan tapak pameran dan auditorium
Arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang. Arkeologi Sungai Batu ini merupakan tinggalan
sejarah peringkat dunia kerana artifak-artifak yang dijumpai dipercayai telah
dibina pada tahun 110 Masihi (abad pertama). Terdapat 12
tinggalan struktur binaan yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran.
Kebanyakannya yang masih jelas dilihat ialah struktur lantai, dinding, lapik
tiang, pecahan atap genting dan lain-lain. Berdasarkan geomorfologi kawasan di
sekeliling 12 struktur senibina ini dijangka ianya di kelilingi oleh air.
Bangunan yang
terdapat di sini merupakan tempat peleburan besi, jeti sungai dan bangunan upacara
(ritual keagamaan). Dipercayai juga pusat pentadbiran ini menjadi tempat
persinggahan pedagang-pedagang berdasarkan jeti dan sungai yang ada di kawasan
ini.
Tapak peleburan bijih
besi yang pernah wujud sekitar abad ke-3 masihi
|
Tapak jeti |
Bata-bata yang ditemui dipercayai runtuhan bangunan utama di sini. |
Lubang PERCUBAAN iaitu lubang yang dikorek sedalam-dalamnya bagi memastikan ada artifak yang dijumpai disekitar lubang ini sebelum kerja-kerja pengorekan seterusnya dibuat. |
Runtuhan bangunan sekitar bangunan utama dan jeti |
Letih dah hembus tak keluar-keluar juga binatang tecik tue.. Jadi tak dapat nak tunjuk macammana rupanya. |
Monumen tertua di Asia Tenggara dan satu-satunya
senibina di dunia yang asasnya berbentuk bulat.
|
Replika monumen tertua di Asia Tenggara |
Tapak binaan bangunan |
Tapak arkeologi ini telah dibuka kepada orang awam untuk tujuan pelancongan tempat bersejarah . Telah dilawati oleh ramai cendekiawan daripada ahli akademik dalam dan luar negara. |
Bahan binaan yang ditemui bersama kesan tapak kaki haiwan. Macam tapak kaki kucing @ anjing? |
Ciri-ciri binaan serta jumpaan-jumpaan disekelilingnya menunjukkan bahawa fungsi binaan tersebut adalah lebih kepada fungsi keagamaan. |
Sungai yang menghubungkan Sungai Batu dengan kawasan luar |
Rakan-rakan seperjuangan yang membuat tinjauan di tapak sejarah ini. Dibantu oleh pegawai dari USM yang menceritakan sejarah tapak arkeologi ini. |
Kedudukan Sungai Batu yang strategik untuk aktiviti perdagangan |
Tempat peleburan besi
|
Dipetik dan disunting dari http://arkeosungaibatu.blogspot.com dan https://www.heritage.gov.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan