Isnin, 15 April 2013

Taman Ala Inggeris dan Tropika


Assalamualaikum

Sekarang nie saya sangat teruja dengan penataan landskap di luar kediaman saya (ayat skema hokey! hehe). Setiap hari rasa tak sabar nak balik kerja untuk membelek-belek pokok-pokok yang sudah saya dan en husband tanam di sekitar teratak kecil saya tue. Al-maklumlah sekarang nie barulah nampak rumput-rumput hampir penuh di laman. Lama jugakla rumput-rumput nak bercantum dan memenuhi ruang halaman rumah saya nie. Hampir 7 bulan saya dan en husband menunggu rumput nie tumbuh segar dan nampaknya rumput nie dah berjaya sesuaikan diri di laman saya. J

Rumput yang saya tanam di laman saya nie adalah jenis RUMPUT JAPANESE. Struktur daunnya lebih kecil dan lembut. Warnanya juga nampak lebih lembut dan cantik berbanding rumput cowgrass atau rumput philiphine. Tapi harga rumput Japanese nie agak mahal sebab tue lah saya dan en husband beli rumput nie hanya beberapa keping dan potong kepada beberapa bahagian sebelum ditanam. Bila ditanam secara bertompok-tompok nie, kita perlu bersabar sikit sebab ia mengambil masa setahun untuk bercantum. Sabarkan separuh daripada iman. Jadi tunggu je lah yer. J

Di halaman rumah saya ada dua konsep berbeza bagi penataan landskap nie. Saya dan en husband mempunyai ruang landskap sendiri tau. Tak nak kongsi-kongsi sebab kami berdua mempunyai impian berbeza bagi konsep laman teratak kecil kami nie. Jadi tak nak gaduh-gaduh, kami bahagikan laman rumah nie kepada dua ruang yang berbeza. Ruang landskap pertama adalah di hadapan bilik utama. Ruang nie berkonsepkan taman ala inggeris. Konon-kononnya bila buka tingkap bilik nanti akan nampak satu pemandangan yang indah dan segar di luar. Cheeewaah!

RUANG PERTAMA

Ini ruang landskap ala-ala inggeris saya tue. Cantik tak?

Abaikan yer lantai simen yang kotor dengan tanah tue. Tak sempat dicuci lagi. 
Pokok bunga kertasku...
Sebelum pemotongan rumput dilakukan
Selepas pemotongan rumput dilakukan. Rumput tue kurang menghijau sebab bila rumput dah dipotong nampak akar-akar rumput yang kurang sekata.
Ini belum siap sepenuhnya lagi. Sebabnya penataan ala inggeris nie perlukan peruntukkan dan kesabaran yang tinggi. Nak tahu peruntukkan apa yang tinggi? yela…perlu ada banyak pokok-pokok bunga berwarna warni PLUS set meja kerusi berwarna putih. Bila beli pokok bunga plak comfirmlah beli pokok bunga yang kecik-kecik sebab ia murah dan mudah dibawa balik dengan kereta. Jadi perlu kesabaran plak nak menunggu ia membesar dan bercambah. Ha jangan tahu menunggu jer, wajiblah kita belai ia dengan membaja dan menyiram mengikut masa. Jadi disini PLUS perlu kerajinan yang berterusan. Hehe.


                                                              RUANG KEDUA

                                                          Konsep taman tropika

Sebelum pemotongan rumput dilakukan
Selepas pemotongan rumput dilakukan. Pokok yang menganggu pandangan tue adalah pokok kemboja (bunga putih kuning)
Ini ruang landskap en husband. Berkonsepkan taman tropika. Apa ek maksudnya?.. Ala macam taman bersuasanakan kampung yang mendamaikan gitu. Ada pondok kayu, lampu kayu, titi kayu, air terjun. Mmmm yang lain-lain tue boleh tanya en husband sendiri yek..huhu. Beliau suka benda-benda berasaskan kayu kayan nie. Biasanya bila guna kayu nie, ia akan mewujudkan warna coklat PLUS hijau warna tumbuh-tumbuhan di sekelilingnya. Kombinasi warna ni akan menghasilkan keseimbangan alam semulajadi. Ruang ini pun belum siap sepenuhnya. Kena tunggu agak lama sebab pokok pagar di luar pagar hijau tue belum membesar dan merimbun seperti yang diimpikan. Saya rasa taman tropika nie akan berubah wajah dalam empat hingga lima tahun akan datang. Jadi bersabarlah ye! J



RUANG KETIGA

Taman Herba

Anak pokok yang baru disemai. Cabai hidup, cabai melaka, kacang botol/kelisa, kunyit dan daun lidah buaya.
Ruang nie tak sempat di'kemaskini' lagi. Agak semak samun dengan tumbuhan yang tak diundang. Nampak pokok yang tinggi melayut tue? Itu pokok daun kari dan dibawahnya pokok limau kasturi. Asal pokok limau kasturi tue dah merimbun dan berbuah. Tapi sejak en husband 'asapkan' kawasan tue dengan pembakaran buku-buku lamanya, maka pokok tue macam dah merajuk. Daun luruh dan buah-buah dah 'hilang'. 
Ruang nie dah ada pokok kelapa, kunyit, halia, serai, lengkuas, daun kari, cabai melaka dan ulam raja.

Ini ruang tambahan di belakang teratak kecil saya. Namanya Taman herba. Taman herba nie by with me. Taman herba ini sangat penting bagi saya sebab di ruang inilah saya nak tanam pelbagai jenis pokok yang diperlukan untuk memasak termasuklah ulam-ulaman. Setakat hari ini, ruang ini tiada penataan khas yang teratur dan tersusun rapi. Saya masih berfikir macammana nak menata ruang ini supaya nampak kemas dan lebih rapi.

Sekian.

Tiada ulasan:

Entri Popular