Ahad, 14 April 2013

Letihnya hujung minggu nie!

Assalamualaikum

HARI KHAMIS

Hujung minggu nie sangat padat dengan aktiviti keluarga. Bermula petang hari khamis, saya dah en husband dah tak cukup kaki tangan membuat itu ini. Sebenarnya petang Khamis hari tue mak dan ayah nak ke Johor ke rumah adik perempuan saya yang ketiga iaitu Nazirah. Jadi saya dan en husband perlu menghantar mak dan ayah ke Airport Pulau Pinang. Kapal terbang dijangkakan bertolak pada jam 9.30 malam. Nak tak nak jam 8.30 malam perlu dah ada di airport. Dari Alor Setar nak ke Airport Pulau Pinang lebih kurang 1 jam setengah. Itu dah tolak waktu 'jammed', orang Pulau Pinang balik kerja. 

Mak dan ayah tiba di rumah hampir jam 5.30 petang. Dengan hujan lebat yang turun, saya dah gelisah takut tak sempat nak sampai ke airport (masa nie mak dah pot-pet pot-pet bising ayah sesat jalan. huhu..). Sebelum datang ke rumah saya, mak, ayah dan Pikah (adik keempat) pergi ke asrama mengambil adik bongsu saya. Dari Sik nak Ke Alor Setar, ayah saya ikut Jalan Sik-Nami-Langgar. Oleh sebab jarang ikut jalan nie ayah dah sesat-sesat jadi yang sepatutnya ambil masa 1 jam setengah ke Alor Setar dan mengambil masa hampir lebih 2 jam dengan cuaca yang gelap akibat hujan lebat. 

Lepaskan lelah akibats sesat-sesat jalan...:)
Jam 6.30 petang kami bertolak ke airport. Ok la sebab perjalanan kami sangat lancar kerana jalan tak 'jammed' seperti yang dijangkakan. Sesampai di Airport, kami terus ke kaunter Check In. Rupanya ayah dan mak dah tak perlu check in di kaunter sebab saya dah print keluar check in yang dibuat oleh adik ipar saya, Shahidan. Mak dan ayah hanya perlu masuk terus ke tempat scan badan dan barang serta terus ke terminal kapal terbang. Lagipun beg yang mak dan ayah bawa kurang daripada berat 7 KG, jadi tak perlu tagging beg dan dicaj bayaran untuk barang.

Amani angkat tangan pada saper ntah! Sukahati dia jer!











Amani yang rajin bawakan beg Tok dan Wan. Aleesya terpaksa duduk dalam dukungan Tok sebab ibu dah tak larat dukung Aleesya. :)
Dah selesai sesi menghantar Tok dan Wan ke Airport. Yasmin terpaksa ditinggalkan bersam Cu dan Njang di rumah sebab tak muat kereta. Lagipun Yasmin demam, jadi tak boleh keluar jalan-jalan, tambah-tambah lagi hujan dekat luar tue masih belum berhenti. Sebelum balik ke rumah sempatlah kami singgah di Tesco untuk makan malam. Cu siap order burger. Tapi burger tepi jalan jer la, cu yer coz McD dah panjang sangat orang beraturnya. Takut nanti sampai rumah Cu dah tidur, burger masuk peti sejuk jer. Kami tiba di Alor Setar hampir jam 11.30 malam. Sedangkan Tok dan Wan dah sampai di Johor jam 10.50 malam.

HARI JUMAAT
Breakfast pagi Jumaat. Spaghetti goreng dan Teh tarik. Harap-harap adik-adikku kenyang yer!


Selesai makan pagi, saya ke laman kisahkan pokok-pokok bunga yang perlu dialih dan ada juga yang perlu dipecahbahagikan sebab dah banyak merimbun. En husband pun sekarang sangat berminat dan teruja dengan tumbesaran pokok-pokok di laman. Sambil kisah ker laman, Yasmin pulak makin demam dan en husband bawa ke klinik. Tinggallah Amani bermain dekat laman sesorang. Tetiba 'toommm' kuat bunyinya berlanggar tiang rumah. Amani macam biasa kalau berjalan atau berlari memang tak tengok apa benda di depan , kiri kanan. Akibat terlanggar tiang tue dapat la satu hadiah istimewa, benjol dekat dahi. Biru dan besar jugaklah benjol tue. Saya terus panaskan seterika dan tuam dekat benjolan tue dan letakkan pati gamat. Alhamdulillah selang dua jam, benjolan tue dah berkurang dan hilang dalam masa sehari. Mmmm Amani, Amani. Sian jugak la dekat dia sebab bila tanya 
"sakit tak?". Dia geleng. 
"Pening tak?". Dia angguk. 
Mmmm. Apa ibu boleh tolong "takpa la, Amani tidur je nanti bangun legalah". Dia pun tidur selepas habis minum sebotol susu.

HARI SABTU
Hantar Cu balik asrama. Muka Yasmin baru lepas bangun tidur...Sememeh jer dengan dua tocang kucing!huhu
Sebelum sampai ke asrama sempat singgah di nurseri tepi jalan dekat Sungai Pau, Jeniang. Banyak sangat pokok bunga kertas yang cantik-cantik. Semua warna ada. Pokok bunga nie made from Malaysia bukan Thailand. Harga pun berbaloi RM 6/sepokok. 




Sebelum balik, sempatla kami bersantai di laman asrama. Siap ada sangkar Burung Merak lagik! Aleesya pun teruja tengok burung tue bila dia kembangkan ekor yang berwarna warni tue. Cantik tapi megahla sangat burung nie. Bila dia kembangkan ekor mesti dia keluarkan suara yang nyaring. Kononnya nak suruh orang bagi perhatian pada dia, tengok bulunya yang cantik tue.Tetiba MENYAMPAH! dekat burung merak nie....Adik Ina yang duduk asrama nie pun dah lama MENYAMPAH dekat burung nie. Huhu...


Ha megah la tue!
"aku, lagiklah menyampah tengok peel burung nie. Ada orang dia bukala bulu CANTIKKKK dia tuh. Pastu bising. Kalau tak ada orang dia tak buka plak bulu CANTIKKK dia tuh! Huh! NYAMPAH tau!"


"Mmmmm..ye ker! tak baik tau hang kata kat burung tuh! Dah memang CANTIKKKK nak  buat macammana. Huhu"
"Biarlah depa nak menyampah ker apa ker yer merak. Janji saya suka kamu. Mmmmm:)"
" Jangan sedih-sedih yer cu. Kami balik dulu. Cu belajar ghajin-ghajin tau. Nanti Nani mai sekolah nie plak"
(Siap dengan isyarat tangan 'cu sabar!sabar!')
"Ok Cu, Cha pun nak balik dah. Bye!"
Hampir jam 6.00 petang kami bertolak balik ke Alor Setar. Sampai di rumah jam 8.00 malam dan Pikah plak sibuk mengemas nak naik bas jam 10.45 malam di Shahab Perdana ke UKM, Bangi. Kali nie, saya, Yasmin dan Aleesya dah tak ikut. Yasmin perlu tidur awal sebab esok dah mula sekolah. Aleesya dah tidur dalam buaian, mungkin letih akibat dua hari dah berjalan jauh. Saya pulak macam biasa tunggu en husband dan Amani balik dari Shahab. Saya tunggu sebab mata dah tak boleh lelap. Kalau boleh lelap, rasanya dah tidur tak hengat dunia dah. Mungkin badan sangat letih, jadi nak tidur macam susah sikitkan.

HARI AHAD

Pagi tadi jam 4.30 pagi terjaga Aleesya nak minum susu. Bila dan habis sebotol Aleesya dah terlelap balik, saya plak tak boleh tidur. Jadi baring-baring je la takut pagi nie tak ada tenaga nak pergi kerja. Alhamdulillah, bangun pagi rasa ok. Cuma bila dah sampai pejabat mata jadi berpinau-pinau, tengok mana-mana bahagian pun nampak macam berair jer. Pakai spek pun sama. Jadi pejam mata sebentar dan ok. Mungkin darah rendah tapi pelik juga sebab tak da rasa pening macam biasa. Takut tiba-tiba jatuh tanpa petanda, lagi susahkan. Mmmm...harap-harapnya semuanya ok.

Dan memang saya ok sebab dapat taip entri nie sampai habis. Ok lah, semoga hari korang ceria-ceria selalu. Berakhir sudah percutian di hujung minggu ini. Sekian. 

Tiada ulasan:

Entri Popular