Ahad, 21 April 2013

Aktiviti hujung minggu!

Assalamualaikum

Dah lepas dua hari baru saya sempat nak update aktiviti hujung minggu (Jumaat) baru-baru nie. Dua tiga minggu nie setiap hujung minggu sentiasa ada jer perkara yang perlu diselesaikan. Jadi aktiviti berblog nie pun dah makin berkurangan disebabkan kekangan masa dan kekurangan tenaga yang ada... jadi mood berblog pun dah turun ke laut bersama ombak yang menghempas pantai. huhu...

Pagi Jumaat yang lepas, kebetulan mak dan ayah pun ada, saya ingat nak masakkan menu istimewa yang mak dan ayah tak pernah makan iaitu Asam Pedas Tempoyak Ikan Patin. Ikan Patin pun saya beli siap-siap pada hari Rabu sebelumnya. Kebetulan masa saya singgah di pasar Simpang Kuala hari tue, terjumpa orang jual ikan patin fresh dari sungai jadi saya terus beli. Sekilo RM8 jadi saya beli setengah ekor dapat RM9.00. Sebelum nie saya hanya beli ikan patin dari Maidin sekilo RM3.80. Ikan Patin ternak murah sikit dari ikan patin fresh. Selain tu, ikan patin ternak banyak lemak dan kurang manis. Jadi kalau nak makan Asam Pedas Tempoyak Ikan Patin yang sedap carilah ikan patin fresh dari Sungai Kedah. Ha! jangan ingat Sungai Pahang jer ada ikan patin tau!

Masa saya tengah ktung ktang....ktung ktang....(cer ketuk periuk belanga, camtue lah bunyinya..huhu) dekat dapur, mak pun datang tanya;

mak : "nak masak apa tu?"
saya : "ingat nak masak Asam Pedas Tempoyak Ikan Patin tapi kena peraplah pulak sejam. 
            Baru sedap!" (mata dok tengok buku resepi...resepi dari Pahang nie..huhu)
mak : "tak payah la. Buat yang ringkas jer. Nak balik awal nie, petang nanti ada program   
            bla....bla...bla...."
saya : " kalau camtue, buat mee goreng jer la dengan ayam masak kicap" 

Nasi wajib ada pagi-pagi nie untuk ayah dengan Aleesya. Jadi menu lain tue sebagai menu sampingan untuk orang lain selain mereka berdua. Jadi saya dan mak ktung ktang....ktung ktang....dekat dapur masak untuk makan pagi dan tengahari sekali. Untuk perapan ikan patin tue saya siapkan dan simpan dalam microwave selama sejam. Sebelum mak dan ayah balik saya sempat bekalkan dengan ikan patin yang dah diperap dengan bahan-bahan lain dan cara memasaknya sekali. Kalau tak bagitahu mak pun, mak dah tahu cara nak masak. Biasala orang lama kan main campak-campak jer bahan yang ada terus menjadi. Tapi oleh sebab mak tanya lagi untuk kepastian, jadi saya jawab jer la. Macam la terror sangat, itupun tengok resepi..hehe

Dah kenyang makan pagi, inilah aktiviti en husband. Men'tranformasi'kan buaian warna warni kepada warna putih. Ini salah satu aksesori untuk laman ala inggeris saya tue. :). Saya pun tak sangka tertiba en husband rajin nak men'tranformasi'kan buaian nie kepada warna putih. 

Khusyuknya buat kerja. Kami empat beranak jadi pemerhati yang setia jer dari dalam rumah.
Tara! kaki buaian dah siap di 'transform' kan kepada warna putih. 
Beliau tak tahu gayanya sudah di 'kandid'.
Ini kerja anak-anak dara saya dalam rumah. Yasmin mintak belikan inai untuk buat bentuk 'LOVE' dekat telapak tangan. Ini semua tiru kawan-kawan dekat sekolah. Bila kawan bawak coklat nak bawak juga coklat, minta kita belikan dan siap cakap bentuknya macam nie, warna macam nie..bla...bla....Bila kawan bawak botol air Angry Bird, mintak jugak nak botol Angry Bird. Bila kawan pakai inai siap bentuk LOVE, mintak juga nak buat macam tue. Hai! anak-anak zaman sekarang nie dah makin up to date - nak pergi belajar ke nak melaram?
Ha! ini kerja si booolaaat. Main bola sorang-sorang. Makan nasi dah kenyang jadi dia tak adala nak kacau atau merengek-rengek lagi. Cumanya kita tak boleh pergi lebih semeter jauh dari dia. Kena melingkar dekat-dekat situ biar dia nampak muka kita 24 jam. Kalau tak! meraung la dia...mintak dukung 24 jam. Takut kena tinggal lagi..Mmmm...
Ini dia Asam Pedas Tempoyak Ikan Patin yang dah siap dimasak untuk makan tengahari. Mmmmm terliur tengok ikan patin nie....sedaaaaaap sangat bila meratah ikan dan hirup kuah asam pedas tue! Manis PLUS pedas PLUS masam....MMmmmmmm..nyam nyam...nyam...

Tiada ulasan:

Entri Popular