Jumaat, 5 April 2013

Chef cilik di ruang tamu


Assalamualaikum
Inilah aktiviti anak-anak hujung minggu nie. Habis senduk nasi, senduk untuk menggoreng, senduk sup, sudu, tupperware kecik besar dan cawan plastik dikeluarkan dari almari dapur. Mula-mula tue hangin juga, saya baru mengemas dapur lepas makan tengahari. Baru nak lepak-lepak dekat ruang tamu sambil tengok tv. Tetiba Nampak peralatan dapur berselerak atas tikar ruang tamu. GGGRRRR!…hati panas mendidih-didih nak nak marah tapi tetiba tak jadi marah. Sebab Aleesya pun join sekali. Princess tiga beradik nie pun main sama-sama dan Aleesya tak kacau saya tengok tv. Hmmmmm..Ok lah..ibu bagi can kamu bertiga main dengan peralatan dapur ibu tue! 

Kak Min buat pa tu? 
En husband dah pergi solat Jumaat. Tinggallah kami empat beranak dekat rumah. Mood Aleesya pun baik hari nie. Tak da la nak suruh dukung dua puluh empat jam. Pagi tadi si booolaaat tue dah sarapan pagi dengan nasi lauk ayam masak kicap. En husband suap dah habis ssetengah pinggan. Tengahari pulak selesai saya masak sekali lagi saya suapkan nasi dengan lauk ayam yang sama dia dah habiskan sepinggan. Pinggan kecilla tapi agak banyak dia makan dari hujung minggu sebelumnya. Petang tadi saya suapkan lagi nasi dengan lauk yang sama, sepinggan pulak habis. Uish! Boleh tahan perut si booolaaat nie. Dah kuat makan rupanya. Baru sepuluh bulan cek oiii, dah makan macam-macam.

Petang tadi en husband balik dari kerja dan bawak balik sebungkus roti inti kacang merah. Malamnya pulak bila Yasmin dan Amani makan roti tue, si booolaaat nie naaaak jugakkkk makan. Habis sebiji roti dia makan. Nasib baik la Aleesya nie jenis suka minum air masak. Jadi bila uuu’hhh tak adalah T#h! nya keras. Dia boleh membuang dengan lawas. Alhamdulillahlah. Ada setengah bayi sebesar Aleesya kalau makan macam-macam kekadang tue sembelit, jadi akan selalu  menangis sebab perut tak selesa dan sakit ketika uuu’hhh.

Sekarang tiga princess tue dah masuk beradu. Dah pukul 10.30 malam dah pun. Barulah saya sempat upload gambar dan sedikit kisah mereka pada hari nie. Jom kita layan apalah yang mereka buat dengan peralatan dapur saya tue. 
Tak leh jadi nie, sebelum depa ambik semua barang, baik cek p kutip benda bulat merah tue.
Awat cek buat tak jadi pun!Kak Min ngan Kak Amani yeyeooo jer. Masak pa tak tau! Dari tadi tak masak-masak lagi. Mmmmmmmm..
Habislah senduk ibu..huhu. Beli dekat Langkawi tau!
Senyuman manja dari saya, Yasmin. PEACE!
Apa ni?
Eh!
Mmmm....IBU esok nak pinjam senduk ibu lagi, boleh?

Saya tak jadi nak marah sebab bila fikir-fikir balik bagus juga bebudak nie main peralatan dapur nie. Maknanya mereka faham dan tahu fungsi setiap peralatan yang ada di dapur tue.  Pisau, lesung batu atau periuk belanga depa tak ambil pulak, mungkin dah tahu, pisau berbahaya, lesung batu berat nanti kalau jatuh timpa kaki siapa yang sakit. Periuk belanga  sebab saya dah bising tak bagi ambik. Melampaukan kalau angkut main periuk belanga yang punggungnya hitam tue. Tak pasal-pasal saya kena mop lantai. Huhu. Sekian..

Eh..jap..jap! kan bagus kalau dah pandai guna peralatan tue semua, nanti cepat sikit boleh tolong ibu kat dapur. :)

Tiada ulasan:

Entri Popular