Selasa, 23 April 2013

Sepetang di laman

Assalamualaikum


Rutin setiap petang selepas balik kerja wajib en husband siram pokok-pokok bunga di laman. Dah semakin rajin en husband melayan karenah pokok-pokok yang ada di laman. Suka tengok laman yang semakin segar dan cantik dengan pokok-pokok bunga pelbagai warna katanya. Senyuman saya makin melebarlah sebab ada orang sanggup jadi 'Gardener tak berbayar' setiap petang. 

Anak-anak pun suka bermain di laman apabila balik dari sekolah @ rumah pengasuh termasukla si booolaaat tue. Jadi tukang dukungnya dah tentu-tentulah saya dan en husband. Tak sabar tunggu Aleesya boleh berjalan. Mudahlah sikit nak buat kerja. Tak payah berdukung-dukung bagai. Kadang-kadang bila kita dukung dia, dia siap lentukkan badan nak turun ke tanah. Dah hengat dirinya itu besar macam kakak-kakaknya la tue. Mmmm...Perangai macam  tue lah paling saya tak shoooka, rasa berat tau kalau dia buat macam tue. Nak pegang pun payah. Kita takut dia jatuh, tapi dia tak amik kisah pun!

Yasmin sibuk nak tunjukkan risalah PACIFIC yang ada dalam peti surat depan rumah tue. Ini semua nak menghabiskan duit gaji yang dua tiga hari lagi nak dapat. Pandai strategi pasaraya-pasaraya besar niekan. Dekat -dekat hari goverment servant nak dapat gaji belambaklah risalah pasaraya sampai dekat rumah. Nanti adalah t'ukang-tukang' belek risalah tue mintak itu ini. Main tunjuk jer (Yasmin & Amani la tue). Kalau lah rumput kat laman boleh jadi duit, kan best! Dalam mata nampak duit jer.. @_@ $$$$ (mula berangan ...huhu)
Kereta mainan tue yang semakin kecik ke atau Yasmin dah semakin besar?
Dah besar anak-anak ibu. 
J
Tengah berdukung la nie. Tak perasan Aleesya seksi masa ambil gambar nie. huhu
Ha tue dia 'Gardener tak berbayar'. Tak nyempat tukar seluar jeans terus buat kerja.
Mood terlebih rajin la tuh!
J
Amani and the gang di taman permainan sebelah rumah. Meraung-raung minta bukakkan pintu pagar rumah nak keluar main dengan kawan-kawan dekat taman. Dari jauh kalau nampak kawan-kawannya nie dah terjerit-jerit si Amani " kawannnnn Nani tue, kawaaaannnnn Nani....". Macam dia sorang ada kawan.
Mood : Amani memang suka ber'sosial' berbanding Yasmin yang malu-malu kucing bila jumpa kawan-kawan.
J

Kelmarin saya berjaya berpuasa satu hari. Puasa ganti. Rasa letih nak masak jadi saya order je kat en husband mintak belikan lauk pauk dekat kedai. Saya hanya masak nasi di rumah. Hanya dua jenis lauk je yang saya pesan iaitu ayam masak pedas dan sup ayam untuk anak-anak. Walau tak banyak lauk, lepas berbuka saya dah jadi macam ular sawa kekenyangan akibat terlebih makan. Nasi sampai dua pinggan. Perut dah rasa sangat penuh dan kena tekan-tekan perut supaya nasi dalam perut tue berada di kedudukan yang seimbang. Hahaha hambik kau!. Dalam hati nyesalnya makan banyak. Tapi lauk ayam masak pedas tue macam sangat sedap. Jadi kenala makan banyak-banyak. Itula kata pepatah 'ikut hati binasa'. Huhu

Ayam masak pedas
Sup ayam
Pencuci mulut.
Yang nampak adacoklat cair tue ialah Kek coklat moise yang dibeli di Petronas , Jalan Tengku Bendahara. Comel jer bekas kek coklat moise nie. RM3.00/ bekas. Saya suka keknya yang lembut dan coklat cair di atasnya yang sangat sedap!
Yang nampak ada warna kuning di tengah-tengahnya tue ialah Cheese kek. 
Cheese kek nie hasil air tangan Kak Ita (rakan opis). Mmm sangat sedap sebab ada cheese. Terima kasih kepada tuan yang rajin mem'baking' tue. 

Berakhir sudah story morry untuk petang kelmarin. Sejak dua menjak nie, masa untuk saya berblogging pada waktu malam dah berkurang. Kadang-kadang rasa sangat letih dan saya tidur awal, kadang-kadang si Aleesya asyik nak berkepit jer 24 jam, kadang-kadang Amani suka mengacau saya menaip dan nak duduk atas riba saya, rasa rimas jadi off kan lappy dan ajak dia tidur. Dan masalah timbul bila saya yang tertidur dulu baru si Amani yang tidur. Huhu

2 ulasan:

Unknown berkata...

wahhhhhhhhh....mak nye asyik mengomel ajooo....dan cite makan ajo...bila nak collaboration dgn en husband untuk buat edible garden plak....banyak manfaat...boleh petik aje dan menyokong kejiranan hijau....apa kata pas nie puan dengan en husband promote edible garden...(tapi dgn syarat makanan original yea...bukan yang diimport dari kedai/restoran/stesen minyak)...apa apa pung happy family..ariosss...

Unknown berkata...

Iyelah En Raja...di rumah saya pegang jawatan isteri dan ibu. Jadi kerjanya asyik sediakan makanan pagi, tengahari dan petang untuk santapan suami dan anak-anak. :)

Tentang edible garden tue sedang GIAT diusahakan. Hahaha....
Lepas nie kalau nak masak, pergi kutip jer semua benda dekat belakang rumah. Save budget & masa untuk beli bahan mentah di kedai kan!:)

Entri Popular