Assalamualaikum
Hidup kita tak
selalunya cerah. Kadang-kadang tak ada mendung tak ada angin, dalam cuaca yang
panas terik tiba-tiba hujan. Biasanya bila hujan turun dalam cuaca panas terik
hanya sekali lalu. Hanya sekejap air mencurah ke bumi dan terus berhenti. Bagi
mereka yang impikan hujan berpanjangan supaya cuaca panas menjadi dingin pasti
kecewa. Sebaliknya bagi mereka bercucuk tanam, mengusaha sawah bendang dan
pekerja nursery (menjual tumbuhan landskap) mungkin hujan yang sedikit dapat
membantu meringankan tugas mereka dalam menyiram tanaman.
Tapi bila hujan
turun berpanjangan dengan guruh berdentum di langit kadangkala ia menakutkan
kita. Bagi mereka bekerja menoreh di kebun, pekerja binaan dan kilang yang
memerlukan proses pengeringan di bawah pancaran matahari mungkin tidak suka
dengan kehadiran hujan kerana mengugat pintu rezeki mereka.
HUJAN adalah satu
rahmat yang diturunkan daripadaNya. Ada manusia akan mendapat manfaat daripada
hujan yang mencurah turun itu dan ada yang sebaliknya. Itulah perumpamaan bagi
setiap apa yang berlaku dalam hidup kita. Mungkin perkara yang kita tidak sukai
akan dapat membantu orang lain mendapat syafaat daripadanya. Kita perlu selalu
berfikiran positif dan membina. Sentiasalah hulurkan tangan kepada orang yang
memerlukan dengan niat supaya Allah sentiasa membantu kita. Jangan mengharapkan
balasan atas setiap pertolongan yang kita berikan kepada orang lain kerana
ganjarannya telah tetap disediakan kepada kita olehNya.
"kadang-kadang
ALLAH beri kita hujan,
kita tanya mana
matahari,
rupa-rupanya ALLAH
nak bagi kita pelangi"
"kadang-kadang
ALLAH beri kita malam yang pekat.
kita tanya mana
bulan,
rupa-rupanya ALLAH
nak bagi kita lihat bintang"
BERSYUKURLAH
dengan kehadiran hujan yang turun sama ada turunnya dengan petanda atau secara
tiba-tiba. Semua kejadian ada hikmah disebaliknya.
ingatlah...
"ALLAH tidak
akan memberikan ujian
yang tidak mampu
ditanggung oleh umatnya"
J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan