Ahad, 21 Julai 2013

Pengorbanan atuk kepada cucunya

 Assalamualaikum

Sebelum masuk tidur, saya hanya nak kongsi juadah berbuka hari nie. 

 Tema menu makanan hari ni adalah pedas dan manis.

Menu utama stew daging

Sotong masak lemak cili api ihsan dari kak Liza
Ikan merah goreng special....Special sebab terlebih garing. Hahaha...Ni semua kerja si Pikah. Bila dah terlebih garing boleh plak dia tanya "apsal ikan nie macam kurus?"
saya : " kurus ler sebab dah terlebih goreng....buat-buat tanya plakkkkkkkk...." :b 

Roti jala vs serawa durian. Durian yang mak bagi kelmarin untuk dimamam begitu saja dah jadi serawa petang tadi. Sekarang nak makan durian begitu saja dah rasa muak. Kalau masak serawa, boleh dapat banyak. Jadi boleh bagi kat jiran-jiran sama..

Serawa durian ala mimi. Teringat arwah wan. Dulu-dulu di kampung kalau sebut Tok Man Serawa, semua orang kenal. Itulah wan saya. Ayah cakap gelaran tue arwah dapat sebab masa dulu-dulu kalau kenduri kendara (kenduri kahwin), orang suka masak serawa. Jadi masa kenduri tu, keluarga wan masak serawa untuk dijamu kepada orang yang datang. Kebetulan plak di kampung tu ramai bernama 'Man'. Semua 'Man' dah ada gelaran masing-masing kecuali arwah. Jadi sempena juadah kenduri tue lah arwah mendapat gelaran 'Tok Man Serawa'. 

Hampir 10 tahun arwah meninggalkan kami semua. Masa saya masih budak-budak, wan selalu bawa saya naik motor buruknya ke pekan. Waktu tu kalau dapat ke pekan memang saya sangat gembira. Sampai satu bukit, motor buruk tue dah tak larat nak panjat bukit. Jadi Wan turun tolak motor mendaki bukit dan saya dibiarkan di atas motor. Kesian Wan. Dia tak bagi saya turun dari motor. Itulah kenangan yang saya akan ingat sampai bila-bila. Biar dia teruk mendaki dan tolak motor tak apa, daripada cucunya ini turun berjalan bersamanya. Itulah pengorbanan seorang atuk kepada cucu.

 Semoga rohnya dicucuri RahmatNya. 
AL-Fatihah.

2 ulasan:

Busyra Bt Takiyudin berkata...

suka baca blog kak mimi. berselera betol stew daging tu. hehe.

Mimi Yus berkata...

terima kasih ler sudi menjengah blog kak mi. nanti habis praktikal pun kalau rindu-rinduan kat orangnya bleh jengah blog ni tau!:b

Entri Popular