Isnin, 15 Julai 2013

Laman kecilku semakin menghijau

Assalamulaikum

Kali ini saya menjemput korang semua menjengah laman kecil di teratak saya. Walaupun tak seluas dan secantik mana tetapi ianya tetap menawan hatiku....huhu.

Hampir setahun lamanya rumput karpet nak memenuhi ruang sekangkang kera ini. Rumput masih kurang gebu dan menghijau cantik persis hamparan permaidani. Namun anak-anak dah boleh berjalan di atas rumput tanpa memakai kasut kerana tiada lagi batu-batu, tanah merah atau rumput semalu yang tajam durinya. Kehadiran rumput liar juga dah tak semeriah dulu. Yang PASTInya tukang mesin rumput dah tak perlu dipanggil dan tiada kos perlu dikeluarkan untuk memesin rumput liar di sekitar teratak kecilku ini. :)

Sebelum ini WAJIB keluarkan RM30.00/2 bulan untuk kos mesin rumput. Sekarang tidak lagi...:)
Yasmin dan Aleesya nak lawan lari. 
Yasmin tukang kira : "satu! dua! tiga! LARI..."
Comfirm la Aleesya menang. Hehe
Hairan kenapa Aleesya menang? 
Betul si Aleesya yang menang. 
SEBAB Aleesya jer lari, Min tak lari pun. Huhu

Yasmin : "Mani pi cabut rumput kat sana tue....piiii laaaaa!....."
Amani : "tak mooooo" 
Mana kelasss nak cabut rumput, siap kasut high heel tue. Nasib baik ibu tak perasan Amani pakai kasut ibu masa amik gambar tue, lepas tengok balik gambar dalam kamera baru perasan. 
Mmmmm...abeessssla kasut ibu :(
Yang tak tahan tengok tu, pakai baju seluar + botol susu macam nak masuk tidur je.
Tapi bila nampak tang kasut, macam TAK SESUAIIIIIIII....langsung...huhu

Si Aleesya booolaaaaat (sekarang dah kurang boooolaaaaatnya..heh heh heh) dah pandai pusing kepala paip buka air. Nanti dah besar boleh tolong ibu siram pokok. :)

Laman belakang masih dalam progress menunggu rumput membesar dan merebak sepenuhnya memenuhi ruang tanah berbentuk segi empat itu (sebelah sliding door rumah). 

Ada dua pohon pokok kemboja bunga merah dan putih + kuning. Pokok kemboja berbunga merah tue dah berbunga tapi yang lagi satu tu masih malu-malu nak keluarkan bunganya. Cuma daunnya agak merimbun berbanding si kemboja berbunga merah. Tak sabar menunggu pokok kemoja ini membesar supaya dapat menumpang teduh daripada sinaran matahari petang yang terik dan panas. :)

Naper cam ketot jer gambar Aleesya....huhu
Dari jauh......
Edible gardenku...
Ada sayur sawi Pak Choy, sawi batang hijau, sawi batang putih, bendi, kangkung, ulam raja, pegaga, cekur, kaduk, selasih, cili padi, cili besar, daun selom, lengkuas, serai, bunga kantan, limau kasturi, limau nipis, kelapa pandan dan pokok inai. (macam banyak jer tapi pokoknya tak nampak pun..huhu. TET! pokok yang tak nampak tue masih kecik lagi..)

Plot edible garden

Pokok kelapa pandan nie ihsan dari jiran taman saya. Pokok kelapa nie pun macam tak besar-besar. Ke.. memang lambat besar? Saya letak baja tahi ayam. Ada masalahkah?
Jiran yang bagi tue pun letak baja tahi ayam dan semua pokok kelapanya mati. Yang tinggal hanya pokok kelapa yang dia bagi pada saya. mmmm...masih mencari jawapan!

Edible garden vs belakang rumah.
Ada Kunyit, halia, limau kasturi, daun kari, daun pandan. 
Kacang kelisa, anak pokok tomato, peria dan pokok daun bawang ada di sebelah Edible garden nie (tapi tak snap gambar)

Pokok bonzai cina nie makin membesar. Cuma bonzai dekat belakang sana tue jer dari dulu sampai sekarang dok besar-besar tue jugak. Tak tau dah nak bagi makan apa bagi besar sikit..huhu

Pokok torsiba putih tue pun macam tak nak besar. Dah pernah ubah sekali dari atas bukit kecil hujung tu ke tempat sedia ada sekarang. Atau PERLUKAH ubah sekali lagi?

Dalam banyak-banyak pokok yang ada di rumah saya nie, pokok daun pisang inilah paling cepat tumbuh dan merimbun dengan jayanya. Asal dua pokok sekarang dah jadi hampir 8 pokok dalam masa setahun. 

Semua tanaman landskap ni akan diingati sebab hampir sama dengan umur Aleesya. Selepas berpantang kepada Aleesya, terus saya dan en husband beli sikit-sikit pokok-pokok bunga dan rumput untuk di tanam.

Pokok bunga kertas versi bonzai. 
Saya dan en husband agak hairan dengan perkembangan pokok bonzai sebelah kanan. Sebab dua kali berbunga lebat, selepas berbunga habis semua bunga berguguran dan tinggal daun dan ranting pokok saja. Sekarang masih menunggu bunga keluar balik.

I LOVE my house and my ibu garden.
 :)
mmmuaaaahhhh

Tiada ulasan:

Entri Popular