Ahad, 28 Julai 2013

Cahaya pelita menyambut syawal

Assalamualaikum

Lampu lip lap atau pelita? Tahun lepas seingat saya kami tak letak pun lampu lip lap atau pelita. Lagipun masa tue, Aleesya baru 2 bulan jadi persiapan raya nie tak adalah nak tumpu sangat. Lebih beri perhatian pada baby.  Tapi tahun nie nak meriah sikit sebab anak-anak pun dah besarkan. Yasmin dan Amani sibuk nak main bunga api. Kalau keluar asyik mintak belikan bunga api. Setelah fikir-fikir rasa cam nak letak pelita. Macam tradisional sikit. Kalau lampu lip lap dah macam modenkan. Tak rasa 'feel' macam duduk di kampung. Budak-budak pun boleh main bunga api dan cucuh jer bunga api di pelita tue nanti. :)

Nak dekat raya nie, yang paling gembira budak-budak lah. Sibuk nak baju raya, main bunga api dan makan biskut raya. Paling di tunggu-tunggu comfirmla duit raya! Hahaha. Seronok jadi budak-budak, tak payah pening kepala fikir nak keluarkan duit untuk beli baju, biskut raya dan duit raya. Yang poning dan gelabah nak dekat-dekat raya nie dah tentu-tentu ibu dan abah. Mmmmm

Tapi suasana meriah macam nie bukannya selalu. Setahun sekali. Jadi nak tak nak sebagai ibu bapa pandai-pandailah buat perancangan dan budget dengan sebaik-baiknya. Kita pun tumpang ceria dan rasa bahagia bila tengok anak-anak gembira..kan? kan?...:)

Kemain suka budak berdua nie. Dapat tengok abah cucuh pelita, menjerit sakan. Al-maklumlah first time pasang pelita di rumah nie sejak dah hampir 3 tahun berpindah.


Dah tergaru-garu si Yasmin. Ingatkan pasang pelita nyamuk-nyamuk akan lari. Rupanya nyamuk pun tumpang sekaki sambut kemeriahan lampu pelita nie. Jadi terpaksalah kami yang berundur dan masuk ke rumah.

Pandang jer lampu pelita nie terasa makin dekat nak sambut raya. Teringat macam-macam biskut raya. Tahun nie saya tempah dua jenis biskut raya. Rasa macam nak buat biskut cornflakes madu dan kek coklat topping cair yang sedap tue. :)

Pelita dah terpasang cuma bunga api yang dipesan budak-budak nie jer tak terbeli lagi.
Tunggu esoklah!

Bye


Tiada ulasan:

Entri Popular