Ahad, 28 Julai 2013

Nak main tapi takut..

Assalamualaikum

Hari nie hari ke-19 Ramadhan. Lagi 10 hari kita akan berpuasa. Lagi 10 hari lagi akan penuhla plak blog, FB, Twitter, Instagram dan Keek dengan pelbagai juadah biskut raya dan fesyen-fesyen baju raya. Berlalunya bulan Ramadhan dan Syawal nanti, pastinya kita akan rindu saat-saat di laman sesawang dan handset penuh dengan gambar-gambar dan cerita tentang juadah berbuka dan juadah di hari raya. :)

Saya tak bosan nak kongsi juadah yang saya masak hari nie. Juadah yang simple dan permintaan daripada en husband iaitu sup tulang. 

 Sup tulang PLUS air asam. En husband jer yang makan nasi waktu berbuka tadi. Saya dan Pikah hanya makan mee kuah. Saya tetap tak ada selera nak menjamah nasi. Mmmm...Mee pun karbohidrat jugakkan? Masih boleh jana tenaga untuk badan saya.

Sayur kucai ala Pikah. Huhu

 Mee kuah.
Saya ambil air rebusan sup tulang untuk membuat kuahnya. 
Mmm.... first time saya masak mee kuah guna tulang. 
Resepinya saya tanya Mr. google. :)
Boleh tahanla sedap. Bertambah saya 2 pinggan. :)

 Selesai berbuka dan solat Maghrib, en husband pasangkan pelita. Seronok sungguhla bebudak nih!

 Permintaan Yasmin dan Amani  nak main bunga api dah terlaksana. Mula-mula Min dan Amani takut nak pegang. Abah yang pulun main. Tapi dah lama-lama, mereka beranilah. Siap pusing-pusingkan bunga api tue jadi bulatan 'O'.

 Dah pandai cucuh bunga api di pelita. Tapi saya dan en husband sentiasa awasi mereka. Takut juga kalau-kalau mereka leka sehingga bunga api terkena tangan atau badan masing-masing.

Berhati-hati sungguhla si Amani nie. Dah berdiri keras macam patung. Tangan pun tak bergerak-gerak. Hahaha....

Bunga api nie pun saya catukan supaya satu malam hanya main dalam 10-15 batang. Cukuplah asapkan kawasan rumah supaya nyamuk-nyamuk yang bermaharaja lela semalam tuh tak berani datang bersuka ria di laman nie lagi. 

Nak halang mereka main bunga api pun kesian jugak. Sebab kita masa kecik-kecik dulu pun happy nak sambut hari raya sebab boleh main bunga api. Tapi dulu lagi banyak. Ada bunga api yang besi tue, tapi saya pun tak berani pegang sebab tersilap pegang besi tu panas. Jadi saya bengkokkan sikit besi tue dan gantung banyak-banyak dekat dahan pokok bunga. Baru saya nyalakan api. Habis pokok bunga ibu saya hitam dan layu. Tapi mak saya tak marah pun sebab mak yang ajar buat macam tuh. Huhu

Yang penting kalau nak main, anak-anak perlulah diawasi sepanjang masa oleh ibu bapa. Jangan main mercun yang boom baam boom baam bingit telinga mendengarnya. Cukuplah sekadar memenuhi keperluan anak-anak kecil untuk memeriahkan suasana. Jangan keterlaluan untuk memenuhi kehendak kita terutamanya golongan remaja dan dewasa sampai tidak peduli keselamatan diri dan orang lain. 

Sekian saja, pesanan ikhlas dari saya sekeluarga. 

Senyum selalu.
 :)

Tiada ulasan:

Entri Popular