Selasa, 16 Julai 2013

Ihya' Ramadhan @ menghidupkan Ramadhan

Assalamualaikum

Pagi tadi lepas bacaan doa, satu pengumuman ceramah agama akan diadakan di Dewan Besar Bangunan Sultan Abdul Halim. Ceramah berkaitan puasa di Bulan Ramadhan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Hafiz. Ia dianjurkan oleh SADA dan semua jabatan di bangunan ini dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ilmu tersebut.

Kesempatan ini saya ambil untuk sama-sama menambah ilmu agama yang seciput aje ada dalam diri ini. Lagipun kerja-kerja pejabat pun dah banyak yang settle. Pepagi nie otak pun tengah fresh dan bersedia menerima apa jua ilmu yang diberikan. Jadi tak berlengahkan masa, saya pun ajaklah rakan-rakan opis yang lain untuk turut serta. :)

Suka saya nak kongsikan ilmu yang saya dapat hari nie. Ustaz ni pun best sebab 1 jam peruntukkan masa untuk beliau berceramah rasa macam 15 minit jer. Isi padat dan penyampaian secara bersahaja membuatkan kami yang mendengar rasa macam nak sambung jer lagi majlis ilmu nie. Tapi ye la kan....Bayar untuk 1 jam, jadi ilmu pun 1 jam jer la...huhu. Tapi kalau lepas nie pejabat saya nak adakan ceramah agama, mungkin boleh disyorkan untuk panggil Ustaz Hafiz nie lagi.

Cer renungkan...Ada beza tak ayat-ayat nie;

"La...7 hari dah!"

dan

"La...baru 7 hari!"

Ada bezakan? 
Ayat lebih kurang sama tapi intonasinya berbeza 
dan berbeza pendapatnya. :)

"La...7 hari dah!" - Lahir daripada fikiran yang positif. Rasa baru semalam berpuasa tapi bila kira hari rupanya tup tap tup tap dah masuk hari ke tujuh kita berpuasa. Tak rasa susahnya berpuasa, Tak rasa lapar dan letih yang mengganggu aktiviti harian sehinggakan berasa bulan Ramadhan satu bulan yang membebankan malah amat ditunggu-tunggu saban tahun. :)

"La...baru 7 hari!" Lahir daripada fikiran yang negatif. Rasa macam bulan Ramadhan nie nak habis lambat lagi. Tak sabar menghitung hari menunggu raya. Boleh makan pelbagai juadah dan beraneka kek dan kuih. Terasa kesedapan dan kenikmatan dunia tapi adakah hati kita tenang dan bahagia?

Ada 3 golongan ketika menyambut Ramadhan iaitu:

i) Orang yang seronok nak sambut puasa/Ramadhan
  - Sebelum masuk 1 Ramadhan lagi dah round semua  masjid. Jenguk-jenguk program dan juadah yang akan disediakan. Ramadhan nanti bolehlah atur masjid yang best-best saja untuk berbuka dan menyertai program yang akan diadakan. Boleh juga atur masjid yang menyediakan imam Terawih yang mengalunkan bacaan yang sedap didengar atau pendek ayat bacaannya.

ii) Orang yang biasa-biasa (Ramadhan datang pun tak apa, tak datang pun tak apa)
  - Tiada perasaan. Suka pun tidak, risau pun tidak. Kalau di hari biasa tidak berpuasa, datangnya Ramadhan pun tidak berpuasa. Sama saja.

iii) Orang yang risau kedatangan bulan Ramadhan
  - 28 Syaaban wajib 'terkena' gastrik. Dua tiga hari nak sambut Ramadhan secara tiba-tiba penyakit gastrik datang. Bulan biasa tak pernah-pernah gastrik, masuk ja Ramadhan tetiba gastrik. Acaner tue?..huhu

Bagaimana nak bagi seronok sambut Ramadhan

i) Fikirkan HABUAN/GANJARAN
  - Benda yang boleh dirasa/disentuh/dipegang. Contohnya duit dan hadiah

ii) Fikirkan KELEBIHAN
  - Benda yang boleh dinikmati oleh hati. Contohnya jiwa akan tenang dan rumah tangga bahagia

HABUAN/GANJARAN BERPUASA
- Sihat
- Perbelanjaan berkurangan 
- Berat badan turun

KELEBIHAN BERPUASA
- Tuhan ampunkan dosa-dosa yang lalu (dgn syarat niat puasa kerana Allah S.W.T bukan kerana nak menunjuk-nunjuk @ sebagainya)
- Puasa 1 hari - Allah akan jauhkan dari api neraka sejauh 70 tahun perjalanan. Kalau 30 hari berapa jauh kita jauh dari api neraka? Bayangkan...


Banyak cerita yang dikongsikan hari ini ~

i) Kalau kita tanam padi, wajib lalang akan tumbuh. Tapi kalau kita tanam lalang (mesti orang cakap kita giler), padi tak akan tumbuh. 

Maknanya KELEBIHAN ibarat padi. Kalau kita kejar kelebihan, ganjaran PASTI kita dapat. Tapi kalau kita kejar ganjaran PASTI tiada kelebihannya.

ii) Solat berjemaah 27 kali ganda pahalanya. Bayangkan 27 kali ganda itu RM270. Selepas kita solat jemaah terus seluk poket dan dapat RM270.00. Kalau kita solat sesorang, lepas solat seluk poket dapat RM27.00 jer. Jadi mana akan kita PILIH? Maunya kena tambah masjid setiap kawasan sebab bertambahnya bilangan jemaah yang nak solat berjemaah. Haha

iii) "Sihat Wal Afiat" - Sinonim orang melayu akan jawab bila ada yang bertanya " apa khabar?"
Perkataan "afiat" itu adalah bahasa arab bermaksud 'KELEBIHAN'. Kelebihan nie adalah benda yang tak boleh pegang tapi boleh rasa. 'Sihat Wal Afiat' maknanya sihat dan mempunyai kelebihan.

Contohnya; suami bangun awal pagi nak buat Qiamullail di masjid. Tetiba isteri terjaga dan bertanya "abg nak pergi mana?". 
"nak pergi Qiamullail di masjid"...
Isteri buat muka pelik sambil berkata "iye ke. Solat lima waktu pun tak cukup, ada hati nak Qiamullail "
Terus si suami buang kopiah dan terus sambung tidur. 

Maksudnya disini, isteri tue memang sihat. Sihat dari segi fizikalnya tapi dia tak 'AFIAT'. Sihat tanpa ada kelebihan. Jadi kalau nak jawab tue, kena fikir dulu sama ada kita nie betul-betul 'Sihat Wal Afiat' atau hanya 'sihat' sahaja. Fikirkanlah sendiri. :b

Jadi sebelum saya mengundur diri. Fikir-fikirkanlah dan perbetulkan niat kita "berpuasalah kerana Allah S.W.T" supaya kita dapat KELEBIHAN dan GANJARAN bukan hanya GANJARAN. Sekian. :)

Tiada ulasan:

Entri Popular