Rabu, 17 Julai 2013

Hari ke 7 - Terjah bazar Ramadhan

Assalamualaikum

Masuk hari ke-7 genap seminggu kita berpuasa, kami sekeluarga keluar ke bazar mencari juadah berbuka. Dapur off petang semalam. Hanya masak nasi sahaja. Lauk pauk dan kuih tapau dari bazar Ramadhan depan Pasaraya Billion. 
Tiba di bazar jam 6.40 petang. hari plak makin gelap macam nak hujan. Bazar plak tak ada lampu jadi lauk-pauk nampak kelam jer. Tak tahu nak beli lauk dan kuih apa.
Tanya Min, nak kuih apa. Dia senyap jer. Merajuk apa pun ntah la. Asyik berkepit dengan njang. Amani pun sama. Pegang tangan njang dari dalam kereta sampai habis pusing satu bazar. 
Tanya nak makan apa pun tak jawab. 
Mood apa la anak-anak ibu petang semalam. Monyok dan asyik buat perangai dengan njang. Kesian njang terpaksa melayan karenah princess berdua tue.

Lauk yang dibeli sotong masak cabai, ayam panggang berlada dan daging masak hitam.

Ayam panggang berlada seekor RM15.00

Selain tue ada juga beli kuih lopis dan murtabak. Murtabak dah settled separuh dalam kereta. Anak-anak ibu lapar mengalahkan orang berpuasa. Sampai di rumah, terus sambung makan murtabak sampai habis. Tak sempat la ibu, abah dan njang tumpang makan. Ingatkan dapatla makan kuih lopis tue plak. Tapi sayangnya tak da rezeki, kelapa yang bersalut di kuih tu dah basi. Jadi terpaksala buang ke dalam tong sampah yang baik hati. :(

Itulah, lebih baik masak sendiri. Makan pun sedap dan puas. Itulah nak buat macammana bahan mentah dah habis, jadi tak dapatla masak semalam. Hari nie wajib pergi Pekan Simpang Kuala beli bahan mentah dan balik rumah cepat-cepat untuk masak. :)

Saja nak cerita jugak kenapa bahan mentah habis stok semalam. Dua hari lepas waktu masak untuk berbuka saya keluarkan daging 1 kilo dari peti sejuk. Dengan tujuan nak lembutkan daging, potong, bersihkan dan perap dengan bahan perapan. Mudahla keesokkannya nak masak terus bila balik dari kerja dan rasanya tentulah lebih sedap. Malangnya hingga ke malam saya terlupa nak potong, bersih pun tidak, perap apatah lagi kan. Bila bangun sahur keesokkannya baru saya teringat pada daging tue. Hmmm dah berbau. Tapi saya potong dan bersihkan juga dengan air perahan limau dan tepung gandum. Masih berbau. Banyak kali cuci pun berbau juga. Sayang tak sayang terpaksa masukkan ke dalam tong sampah yang baik hati tue. Mmmmm sedih. :) Begitulah ceritanya. Jadi beringatla kekawan semua ya...kalau nak lembutkan daging yang keras macam batu di dalam peti sejuk tue, janganlah sampai lelama @ semalaman. Kalau dah busuk memang tak dapatla nak makan lagi. Sayang seribu kali sayang..:(

Lepas solat maghrib, saya dan en husband melayan la sekejap karenah anak-anak. Kebetulan plak masa saya mengemas atas almari kasut, terjumpala sekeping gambar pasport. Gambar Amani ketika membuat border pass untuk ke Thailand. Masa nie Amani baru berusia 10 bulan. Agak-agak masih sebijik tak dengan wajah sekarang (3 tahun dah).

Yasmin pun nak jugak tunjuk gambar masa kecik-kecik dulu. Gambar Yasmin (kecik) ketika berusia 6 bulan. Masa tu Yasmin baru boleh merangkak. Ibu saja letakkan Min bersandar di sofa tue. Badan debab jadi mudahla tersandar dekat sofa tue. Dah macam pandai duduk dah kan! Itu kalau tolak sikit comfirm jatuh terbaring. Sebabnya dia masih belum pandai nak mengimbang badan. Tapi sekarang dah masuk 5 tahun dah. Sekejap  je masa berlalu. 

Wajah Amani je nampak masih sebijik gambar masa kecik-kecik tue. Tang garang dan bulatnya pipi. Dan gelapnya tetap maintain. haha
"meh! abah nak tengok sat.."

" mmmm comeinya"

"Gambar aku ke nie?. Apsal macam lain sikit. Eh! budak kecik nie..Aku la tue. mmmmmm...yeke"
Confius!

" Mmmmm malasla nak pikir. Nak kacau depa baca buku lah"

Sempat lagi, tengah belek-belek buku Amani rampas mainan Aleesya. Nampak kucing dan bear belakang si Amani tuh. Hasil rampasan dari tangan Aleesya yang khusyuk main dengan bear-bear. Nangisla si Aleesya selalu dikacau oleh kakak Amani yang tak da perasaan tuh.

Yasmin : "tu gambar Min masa kecik-kecik dulu tu..bla..bla...bla..."

Sekian. 


Tiada ulasan:

Entri Popular