Jumaat, 12 Julai 2013

Ramadhan kedua vs 'edible garden'

Assalamualaikum

Alhamdulillah, berlalu sudah hari kedua Ramadhan dengan ibadah puasa yang jayanya. :) Cuak juga kalau-kalau period menjengah. Maklumlah ubat SunoLUT yang saya ambil tiada dalam stok simpanan saya. Harap-harap bulan Ramadhan kali nie saya dapat berpuasa sepenuhnya. Sepanjang Ramadhan nie juga saya sentiasa menadah tangan padaNya supaya period saya kembali normal dengan harapan saya tak perlu membuang implanon selepas raya nanti. Doa di bulan Ramadhan nie kan mustajab. Insya Allah! :)

Entri nie agak lewat di'publishkan' kerana semalam saya agak letih. Sementara menunggu lappy di 'on' kan, saya dah terlelap. Pagi nie selepas sahur, saya tak sambung tidur walaupun hari nie cuti umum bagi Negeri Kedah. Teringat dadih dua bungkus dan bekas plastik 100 biji memanggil-manggil untuk dimasakkan dan dibekukan. 100 bekas dadih perlu disiapkan untuk MORE malam ni di kampung mak saya. (Nanti saya cerita di next entri ye...)

Menu berbuka semalam yang sempat saya sediakan adalah kuih KETAYAP. Ha! kan...tercapai jugak en husband nak makan ketayap semalam. :) Selepas memasak semalam saya sempatlah menjengah edible garden saya yang dah lama tak dilawat. 

Hasil tuaian ulam-ulaman di edible garden saya yang tak seberapa tue. :)

 Banyak sayur-sayuran yang tumbuh segar dan makin membesar. Sebelum habis bulan Ramadhan mungkin bolehlah menuai Sawi Pak Choy dan sawi batang hijau nie.

 Kangkung menjalar hingga keluar dari pagar. Daun pegaga dan daun cekur masih belum membiak sepenuhnya. Lambat jugak nak membiak. Mungkin tanah kurang subur.

 Pokok cabai/cili kampung berbuah dengan lebat. Cantik jer tengok cabai berwarna merah tue.

 Pokok bendi yang dah lama tak dijengah juga dah mengeluarkan hasil. Suka sangat tengok buah bendi yang gemuk-gemuk dan segar. :)

 Daun Selasih. 
En husband tanya saya semalam. 
En husband : "rumput apa nie?"
Saya :"rumput?....rumput nie boleh makan tau!"
En husband : "makan?" (macam la pelik sangat kan!)
Saya : "A'ah. Rumput nie namanya daun selasih. Boleh makan, buat ulam."
En husband : "benih nie ambil mana?"
Saya : "Ari tu ayg beli daun selasih dekat pasar. Lepas makan daun, ambil batang dia dan cucuk jer kat dalam pasu". 
En husband : "Oooooooooo...." 
(masa berbuka, en husband yang pulun makan daun selasih nie cicah budu. Memang sedapla ulam cicah budu. Walaupun bukan orang kelate, tapi budu tetap menjadi pojaaaannn hati ku...muahaha)
:b

 Pokok bunga Zinnia pun makin berbunga dengan banyak dan menyerikan laman belakang teratak kecilku. Sambil-sambil memasak di dapur, sekali sekala mata akan terkalih tengok bunga-bunga yang cantik nie. Sejuk mata memandang, dapatla memasak dengan tenang. :) 

 Pokok peria makin membesar di dalam tin susu. Ada la 4 pokok. Sebelah tu pulak, anak pokok tomato. Baru nak membesar. Nanti lepas raya baru nak ubah anak pokok peria nie ke atas tanah.

 Anak pokok tomato. Semaian biji tomato yang diambil dari buah tomato di dapur. :)

 Pokok kacang kelisa nie dah hampir 6 bulan. Tapi tak besar-besar. Mungkin terkejut dengan serangan bena sebelum nie. Puas juga saya letakkan semburan racun organik dari bancuhan minyak + pencuci sunlight. Tapi bena tetap tak nak mengalah. Akhirnya takut pokok kacang ni mati begitu saja, en husband letak semburan racun kimia. Huhu.
Akhirnya pokok kacang keliasa nie tinggal besar nie jek. Sebelum kena serangan bena tue, daun besar-besar dan menjalar hingga ke atas bumbung melalui tiang putih sebelah kiri tue. Mmmm....:(

Menu berbuka semalam. 
Ulam + budu, kuih ketayap, ayam masak lemak cili api, Asam pedas paru lembu dan air ribena. 


Sebelum saya mengundur diri, saya nak kongsi salah satu ADAB BERPUASA : 
"Jauhkan diri daripada mengikut nafsu ketika berpuasa dengan beraneka makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan -bulan lain. Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk beribadat kepada Allah S.W.T."

Sekian. Selamat menjalani ibadah puasa. :)

Tiada ulasan:

Entri Popular