Isnin, 15 Julai 2013

Ramadhan ke-6

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah masuk hari ke-6 kita berpuasa. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah di hari-hari seterusnya. :)

Di Kedah, semua kakitangan kerajaan dapat balik awal iaitu jam 4.30 petang sepanjang bulan Ramadhan ini. Saya dapat balik awal, en husband pun dapat balik awal. Tapi macam tahun-tahun sebelumnya, en husband tetap kena balik lambat sebab perlu menyertai operasi di bazar ramadhan.

Sepanjang 6 hari berpuasa in juga, saya masih dapat mempertahankan diri untuk memasak dan belum menjejak kaki ke bazar ramadhan. Bazar paling dekat dengan rumah saya adalah bazar ramadhan di hadapan Pasaraya Billion. Waktu balik rumah, saya melalui jalan shortcut di Pasaraya Billion tue. Sejak adanya bazar ramadhan nie asyik sesak dan jem dengan orang ramai yang parking kereta di tepi-tepi jalan. Rasanya jalan shortcut tue dah bukan satu jalan alternatif yang mempercepatkan perjalanan saya balik. Rasanya kalau saya melalui jalan utama lebih cepat tiba di rumah. Mmmmm....

 Hasil tuaian petang tadi untuk masakan berbuka

 Juadah yang sempat disediakan. Bila dapat balik awal, rasa lega sikit. Dapatlah luangkan masa untuk memasak dengan tenang. Tak adalah nak kelam kabut sangat memasak.

 Gulai ikan seludu

 Buah melaka hasil air tangan Pikah, Yasmin dan Amani

Mee goreng ihsan daripada Kak Liza, jiran belakang rumah. :)

Teringat satu cerita. Baru-baru nie saya nak bagi juadah berbuka pada Kak Liza nie. Pintu dapurnya tutup. Jadi saya pun terpekik-pekikla memanggil "Kak Ina....kak ina...kak ina.....". Sengaja kuatkan suara supaya jiran saya nie dengar saya panggil. Macam lama jugakla saya menunggu dan memekik. Tetiba jiran saya pun bukalah pintu. Fuh! LEGA...
Dia senyum jer pandang saya...

"Eh! panggil akak ker?" katanya
"a'ah la kak. Saje kuatkan suatkan suara takut kak tak dengar"
"akak dengar ...tapi akak pandang jugak melalui tingkap dapur. Nak tengok adik panggil siapa. Bila tengok adik pandang rumah akak, itu yang akak buka pintu nie..."
Pelik jugakla saya dengar akak tue cakap macam tue..
"Kak Ina, tunggu jap ek saya nak bagi kuih"
"nama akak Liza"
Opppsssssssss! alamak silap nama la....adusss malunya...
tapi cover la jugakkan...
" oh, silap panggil rupanya. hehe....kak Liza"
Selalu juga saya menyembang dengan jiran belakang rumah saya nie tapi tak panggil nama. Selalunya saya panggil 'kak' jer. Dia pun asyik panggil saya 'adik' jer. Ntah-ntah dia pun tak ingat nama saya. Padahal masa mula-mula pindah dulu dah perkenalkan diri masing-masing. Huhu
Tak apalah mungkin bila dah silap nie, saya akan ingat sampai bila-bila. 
MALUNYA....mana nak sorok nih..mih..mih...mih....

 Ikan bakar

Ada tab, tapi masing-masing masih berebutkan handset saya dan en husband. Tab buat perhiasan, handset plak jadi bahan mainan. Mmmmm.....
Sementara menunggu waktu berbuka, sempatlah melihat gelagat anak-anak bermain dan bergaduh. Gamat rasanya rumah nie. Kalau salah seorang tak ada di rumah, pasti terasa kehilangan dan sunyi. Bila ada, letih nak marah dan membebel itu ini.
Tak kira bulan puasa atau tak, aktiviti bergaduh antara adik-beradik bertiga nie tetap berjalan dengan lancar. Cuma saya dan en husband perlu kurangkan 'volume kemarahan' dan bersabar dengan karenah mereka. Sabar je la....huhu
 :)

Adab Berpuasa seterusnya 
"Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati @ melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia" 

Sekian, selamat berpuasa! :)

Tiada ulasan:

Entri Popular