Rabu, 10 Julai 2013

Salam 1 Ramadhan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, puasa di hari pertama Ramadhan telah berjaya ditunaikan. Walaupun pagi tadi tak bersahur tapi ibadah puasa hari ini dapat dilaksanakan dengan baik. 

Semalam sebelum tidur saya dah masak lauk dan nasi untuk bersahur. Tapi ntah macammana jam handset en husband tak bunyi ikut masa yang telah di setting. Pikah pun tak terjaga. Ikut perancangan saya nak bangun jam 4.45 pagi. Sempatlah saya goreng ikan bilis (letak bawang dan cili sikit) dan hidangkan makanan untuk sahur sebelum kejutkan en husband dan Pikah. Tapi saya pun terlajak tidur. Mmmmm ingatkan hari nie dapatla bersahur dan berpuasa dengan perut tak berkeriuk. Ye la kan bila cuti dan berpuasa di rumah, rasa masa tu lambat jer berjalan. Kalau hari kerja, tup tap tup tap kejap je dah waktu balik rumah. Makanan tak nampak depan mata kan. Tak ada la nak melayan sangat perut yang asyik berbunyi jer....:b.

Bila duduk rumah, kejap anak bukak peti sejuk, ambil buah, coklat, makan roti, makan nasi, minum air...sabo je lah..Itu belum kira nak suapkan Aleesya makan, rasa cam nak suapkan sekali dalam mulut sendiri. (Nak rasa jer, masin ke tak masakan untuk anak-anak hari nie..) Alasan je kan semua tue..Huhu. 

Apa-apapun kepada semua pembaca, saya ucapkan selamat berpuasa dan menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya. 

Tahun ini lagi sekali saya tak dapat nak solat terawih. Nak bawak anak-anak ke masjid, memang tak la kan. Jadi, nak rebut jugak peluang menambah pahal berganda di bulan Ramadhan nie, saya nak masak hari-hari untuk dihidangkan kepada mereka yang berpuasa (en husband dan Pikah jer la). Insya Allah...:)

Hidangan di hari pertama berpuasa. Hari nie en husband minta saya buatkan kuih lopis. Pertama kali nie buat kuih lopis nie sendiri. Selalunya mak yang sediakan bahan-bahannya. Saya hanya masukkan pulut ke dalam daun pisang jer. Yang lain mak buatkan. :b

Yang bestnya, en husband cakap kuih lopis nie sedap cuma kuahnya je macam kurang pekat. :)
Ok lah tue lain kali, saya dah dapat agak berapa cawan air saya kena masukkan 
untuk air gula tue supaya lebih pekat. 
Untuk esok, en husband dah order buah melaka @ ketayap. :)

Tunggulah hidangan untuk esok pulak. Jadi ke tak buah melaka atau ketayap tue. Kalau tak jadi paling mudah pergi 'tunjuk-tunjuk' jer di bazar Ramadhan yang berlambak tue. Huhu

Tiada ulasan:

Entri Popular