Isnin, 3 Jun 2013

Implanon dan SunoLut

Assalamualaikum


Apa itu SunoLut? SunoLut sejenis ubat bagi memberhentikan perjalanan darah haid @ period. Selalunya jemaah wanita yang akan menunaikan umrah dan haji akan mengambil ubat ini bagi mengelakkan period datang dan mereka dapat menyelesaikan ibadah mereka dengan baik dan lancar. 

Saya terpaksa ambil SunoLut kerana period saya tak menentu. Akibat menggunakan implanon (salah satu kaedah perancang keluarga), period saya sering menjenguk dan jangka masa period adalah berpanjangan serta merimaskan. Mula-mula saya pakai implanon pada bulan September 2012 iaitu sebaik sahaja selepas berpantang. Di awal pemakaian implanon, start bulan petama, period saya datang macam biasa iaitu selama 7 hingga 8 hari. Bulan kedua, semuanya bermula period saya datang 2 kali sebulan dengan jangkamasa yang lama iaitu 12 hingga 15 hari. 

Biasanya dalam sebulan, hanya 1 hingga 3 hari period saya akan berhenti dan seterusnya akan bersambung balik selama hampir dua minggu. Sangat merimaskan dan tidak selesa. Akhirnya saya membuat pemeriksaan di Klinik Puan. Setelah menjalankan scan dan sebagainya, Doktor Gangga yang merawat saya bagitahu ianya memang kesan daripada pemakaian implanon. Sejujurnya saya berada di dalam kategori orang yang tidak sesuai dengan implanon. Bila scan memang dalam perut @ rahim saya tiada masalah seperti ketumbuhan dan penyakit-penyakit lain. 

Februari 2013 - Saya menjalankan pemeriksaan di klinik puan. Masa nie masalah yang saya alami nie hampir 6 bulan daripada tarikh pemakaian implanon. Mengikut penjelasan Doktor, orang yang mengalami masalah macam saya nie biasanya ada dua kategori. Ada pertama kali datang jumpa beliau dan beliau mengesahkan period berpanjangan dan tidak stabil adalah kesan daripada implanon, maka pesakit tadi akan membuat keputusan membuang implanon dan mencuba kaedah perancang keluarga yang lain. Ada juga yang cuba bertahan dengan nasihat doktor supaya bersabar dan berjaya hingga 1 tahun @ 2 tahun dan 3 tahun baru membuangnya.

Bagi saya selama 6 bulan tue, kedatangan period sangat menganggu emosi dan jiwa saya. Pad jangan cakaplah stok sebulan comfirm dua kali ganda daripada biasa. Kadang-kadang saya guna panty liner jer sebab kuantiti darah yang keluar adalah sangat sedikit dan berwarna coklat kehitaman. Pada bulan Februari tue saya niat di hati nak buang implanon bila Aleesya dan masuk umur 1 tahun dan mencuba kaedah lain. Selepas saya niat tue, bulan seterusnya period saya tak datang selama dua bulan. Fuh! lega...Kalau ikutkan, ada orang yang memakain implanon, period tak datang selama 3 tahun hinggalah pemakainya membuang implanon tersebut. 

Mengikut doktor keadaan ini tidak ada masalah sebab period tak datang sebab darah kotor dalam badan tak ada. Jadi tak perlulah sistem badan kita mengeluarkan darah tersebut. Tapi terbalik dengan kes saya. Takkan darah kotor banyak sangat dalam badan saya nie? ...mmmmmm

Bila bulan Mac dan April, period saya tak datang, saya sangatlah happy. Sebab tak perlu nak renyah-renyah pakai @ tukar pad. Mood saya pun ok, tak da nak rimas-rimas dan risau lagi...:)

Tapi start bulan Mei....dah datang lah pulak.....kalau normal 7 - 8 hari dan sekali sebulan oklah tapi macam sebelumnya dua kali sebulan dan berpanjangan. Bulan Mei hanya sehari jer berhenti period lepas tue dia sambung balik.....Huhu...letih tau!

Akhirnya sekali lagi saya pergi jumpa Doktor Gangga. Kali nie saya pergi  nak dapatkan ubat berhentikan period saya tue. Sebabnya saya nak ganti puasaaaaaaaaaaaa!!! Hwa....8 hari lagi ni nak ganti. Ada sebulan lebih jer nak ke bulan Ramadhan....Ha camner tue?....Kalau tak ambil ubat nie comfirmlah tak dapat ganti puasa. Silap-silap bulan Ramadhan nanti pun saya tak dapat berpuasa. Oh TIDAKKKKKKK! Ngerikan......

Alhamdulillah, lepas makan ubat nie sehari, period saya dah berhenti dan saya dapat berpuasa kembali. Yea...yea......suka....:)

Ubat nie kena makan setiap hari walaupun period dah berhenti dan kena habiskan. Hari tue doktor bagi saya 2 maknanya dalam masa tiga minggu baru ubat nie habis. Dan doktor bagitahu selepas 3 minggu nie, barulah period saya akan datang balik. Mmmmm...nampak sangat bergantung pada ubat untuk berhentikan period saya nie. Kalau macam tue, Bulan Ramadhan nanti saya terpaksa ambil siap-siap ubat nie untuk simpan. Kalau period datang teruslah saya makan ubat nie untuk membolehkan saya berpuasa macam orang lain. 

Saya tak pasti ada tak kesan negatif bila selalu sangat ambil ubat nie. Mungin next perjumpaan saya dengan doktor, saya akan tanya detail. Masuk bulan Jun nie, saya dah pakai implanon selama 10 bulan. Aleesya pun dah masuk 1 tahun pada 1 Jun baru-baru nie. Dalam hati masih berbelah bahagi sama ada nak buang atau bersabar je dengan karenah implanon nie.....:(

16 ulasan:

Unknown berkata...

saya pula lain..bila makanbubat ni baru la haid saya datg.

Unknown berkata...

Saya amik depo pun camni.Period tak behnti kat 2bulan😓.Saya nak cuba jugak lah amik pil tahn period ni.tq info

Unknown berkata...

Sama la mcm sy

Unknown berkata...

Maaf bertanya, mcm mne cara mkn nya ya.. 1 hari brapa biji..sata x pregnent tp x period jgk..

Unknown berkata...

Pakai iud pun period dtg sebulan 2 kali n lambat period kering
Bole kee pakai iud n dlm masa yg sama mkn ubat berhenti haid ni

Unknown berkata...

Period Sy lewat 4minggu,tp TAK check air kencing lagi,skrng,dktr suruh mkn ubt sunolut, confrim Dtng haid Lps 5hari betul ke, Sy keliru, Tak Nk Ank lg

Nota by Jem berkata...

Boleh je nak qadha puasa bila bukan waktu keluar haid.. Maksudnya bila kita kira kitaran haid dah tamat.. Kita dikira istihadoh.. Bukan haid lagi.. Boleh puasa dan solat serta baca alquraan.. Saya saja nak kongsi ilmu.. Hehe saya pun makan juga sunolut ni.. Sbb tak larat nak ganti pad setiap kali nak solat 😂

Unknown berkata...

Betul ke ubat ni tuk berhentikan darah ?

Unknown berkata...

salam saya nk tnya jugak la..saya mkn perancang..tapi bila turn datang period bukan cam selalu keluar period tu,ni keluar wane coklat je 2hari je..pastu saya pegi klinik cek upt..saya xngandung pon ..pastu doktor bagi ubat sunolut ni untuk dtg darah kotor..kata rehat 5 hari pastu sambung makan ubat perancang pulak..tpi saya keliru pulak🙂

yetty berkata...

Kata dokter yg saya kunjungi katanya ini ubat untuk melancarkan haid.. Apakah admin salah informasi?

nnzfa berkata...

cara pemakanan pil ni mcm mana ya? brpa kali shari??

Unknown berkata...

saya dah 3 bulan Tak keluar hair.nak buat apa ya.

Unknown berkata...

Sy bleeding teruk.. Berketul2.. Selama 17hr..jumpa pakar puan.dia bagi pil sunolut sebanyak 8papan utk d makan 14hr..so skrng tggu period.. Lps tu next apoinmt.. Sbb ada masalah rahim tebal.. Kemungkinan kena cuci

Unknown berkata...

Saya pun tgh mengalami problem yg sama dgn sis...boleh tau sis jumpa pakar sakit puan di klinik mana ye...

wahida berkata...

Salam sis, nak tanya..after 3 weeks dr suru habis kan ubat tu..then dr decide ape?..bukak implanon ke atau sis teruskan?

Unknown berkata...

Sya dh 21hari dtg prioed x berhenti mcm mna nk berhentikan pendarahan ni pergi klinik doktor ckap horman

Entri Popular