Sabtu, 1 Jun 2013

Majlis Nikah Pak Ngah yang sederhana

Assalamualaikum
Pak Ngah, abang kepada ibu saya

Hari nie kalau ikut jadual, en husband masih on call. Tapi hari ini Pak Ngah saya akan akad nikah, jadi en husband terpaksa meminta tolong rakan pejabat gantikan tugasnya. Nasib baik rakannya baik hati nak tolong ambil alih tugas en. husband hari nie. Terima kasih yer En. Wan Qayyim. :)
En husband khusyuk menyemak dokumen yang akan diserahkan kepada rakannya
Sebelum bertolak ke Masjid Jeniang (tempat Akad nikah akan dilangsungkan), en husband singgah ke pejabat untuk menghantar dokumen-dokumen penting. Selesai memberi 'watikah rasmi' (segala dokumen berkaitan on call) itu kepada rakannya, kami pun bertolak ke Jeniang.
Dah sampai awal, wajiblah pose dulu. Huhu...(ntah bila la gambar nie di  'kandid'.
Bila buka kamera tengok ada gambar nie. Tudung dah kerenyok. Hahaha  :)
Kami tiba jam 10.15 pagi. Rombongan pengantin lelaki (Pak ngah) masih belum sampai. Orang jauh sampai dulu (kami la paling jauh dari Alor Setar) Huhu..... Yang lain hanya dari Sungai Petani dan Bukit Selambau. Eh! lupa plak ada yang lagi jauh iaitu adik ipar saya Izat, yang datang dari Seberang Jaya, Pulau Pinang. Tapi oleh kerana semua rombongan sebelah pengantin lelaki berkumpul di rumah mak saya, jadi mereka berkonvoi beramai-ramai ke masjid termasuklah Izat. Wakil pengantin perempuan (merangkap tok kadi) dah sampai lebih awal di masjid. 
Mak ngah (bertudung coklat), bertudung biru tue tentulah ibu kesayangan saya
:)
Pelukan ibu dan anak.
Semoga ikatan yang terjalin akan berkekalan dan memberi sejuta kebahagiaan

Lebih kurang jam 11 pagi, majlis dimulakan. Alhamdulillah dengan sekali lafaz Pak Ngah dah menjadi suami orang. Anak-anak, menantu dan cucu Pak Ngah turut hadir memberikan semangat buat Pak Ngah. Semoga dengan ikatan ini Pak Ngah dan Mak Ngah akan berbahagia sehingga akhir hayat. Amin...
Anak dan menantu Pak Ngah (berbaju merah dan hitam)
Anak-anak Pak Ngah termasuk en husband
Buat anak-anak Pak Ngah semoga restu kalian akan memberi sejuta kemanisan dan kebahagiaan buat keluarga kalian di masa hadapan. :)
Adik-adik Pak Ngah yang turut hadir (Maksu dan Mak jang)
Anak-anak sedara termasuklah adik saya Pey Kah dan cucu Pak Ngah (baby comel tue)
p/s : Kita sebagai manusia sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan hidup. Terutamanya apabila kita menjejak kaki ke alam rumahtangga. Di sinilah bermulanya dugaan dan ujian yang sentiasa bertimpa-timpa untuk kita selesaikan. Jangan mengalah dalam hidup kerana setiap dugaan yang diberikan olehNya akan mampu ditanggung oleh insan yang dipilihNya. Hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita dan insan lain. Sentiasalah berdoa, berusaha dan bertawakal kepadaNya. :)

Tiada ulasan:

Entri Popular