Khamis, 5 Disember 2013

Landskap di EDC UUM

Assalamualaikum

Hai korang! Hari nie saya berada di Hotel EDC, UUM Sintok. 2 hari 1 malam. Bukan bercuti tau tapi pakej bengkel penulisan Laporan Pemantauan Kerangka Keberhasilan RSN Kedah. 😊 Pertama kali saya menjejak kaki ke EDC nie....mmmm....perkara pertama yang saya lihat dan cari dah tentulah penataan landskap hotelnya. Cantik!

Sentuhan konsep taman ala inggeris. Susunan pokok-pokok hijau yang digunting dan dibentuk kemas mewujudkan susunatur landskap yang menarik dan memukau mata yang memandang. Tambahan landskap kejur seperti alunan air terjun yang mendamaikan, set kerusi rotan dan kanopi bulat berwarna merah, membuatkan laman ini kelihatan lebih santai dan mendamaikan jiwa. Sesuai untuk lepak-lepak bagi tenangkan fikiran, nak bukak lappy buat kerja kat sini pun macam menarik dan kalau dapat makan-makan lagi best.πŸ˜‰
Bilik twin agak besar dan selesa

Pemandangan jalan utama ke UUM dan EDC hotel dari bilik
Parking hotel dan pemandangan sekitar hotel. Dikelilingi bukit bukau dan ladang kelapa sawit. Suhu tu jgn cakapla. Sejuk giler. Tambah pulak hari ni hujan dari pagi. Buka air paip dah macam bukak air batu.
Pokok bunga kertas yang cantik. Rasa cam nak cabut dan letak kat rumah.....wua...wua...


Ruang berkanopi untuk rileks dan santaiq




Sibuk......

3 pengacara wanita hari ini......huh! Berangan hokey....πŸ˜‹

Masuk hari kedua, sebelum masuk meneruskan bengkel penulisan sempatlah cari angle yang menarik untuk pose buat kenangan. 
Peserta bengkel kali nie semuanya ceria-ceria. Semoga hasil bengkel hari nie adalah yang terbaik dan boleh dijadikan contoh kepada negeri-negeri lain dalam penghasilan Laporan Kerangka Keberhasilan Pemantauan Rancangan Struktur Negeri Kedah.

Smile always😊

Tiada ulasan:

Entri Popular