Selasa, 16 September 2014

Sambutan Hari Malaysia

Assalamualaikum

Salam 1 Malaysia. Selamat menyambut hari Malaysia pada semua pembaca di luar sana. Apa aktiviti korang sepanjang hari ini? Seluruh Malaysia cutikan! Hari ni tentu ramai yang ambil kesempatan mengadakan kenduri kahwin. Senang sanak saudara yang jauh dan dekat berkumpul sebab cuti sama kan! :)

Minggu ni en husband on call. Jadi tak dapatla balik kampung minggu ni. Kebetulan esok birthday en husband. Ingat tu nak suprisekan dia hari ni. Tapi tak jadi....:( Semalam dah siap janji dengan 3 princess nak suprisekan abah...Bangun awal pagi tadi bawak keluar penimbang dan mixer untuk baking kek planta yang family suka kononnya nak makan2 hari ni. Tapi suprise tak jadi makan camtu2 je la. 

En husband dari pagi dah keluar siasat kes on call di hospital. Ingat dia nak balik awal tengahari macam biasa. Rupanya dia dah pergi makan kenduri dengan kawannya. Lupa katanya kenduri anak member kahwin hari ni. Roasted ayam sekor2 special nak suprisekan untuknya akhirnya saya dan 3 princess yang rasmi. Tak pela tak da rezeki nak makan sama2 dan suprisekan en husband hari ni. Janji roasted ayam yang 1st time masak ni menjadi. 3 princess pun suka. Keluar ja roasted ayam ni dari oven terus mintak nak rasa. Bukan sekali rasa sampai 3-4 kali minta. Nampak sangat membuka selera depa bertiga. Jadi nak tak nak memang tak tunggu en husband balik, kami berempat dah mengadap meja makan dengan roasted ayam terhidang dalam tray oven tu jugak. Dah tak pindahkan ke pinggan pun. Baru rasa macam fresh dari ladang. Hihi

 Alhamdulillah! Banyak jugak aktiviti dapat selesaikan hari ni. Laman belakang yang asalnya taman sayur dapur dan di convert ke laman bunga. Vege garden yang dulunya menjadi impian untuk dilaksanakan terpaksa ditukar sebab tanah tak subur. Tanam pokok sayur naik sekali dua ja lepas tu pokok naik terbantut. Tanam sawi, sawi pun terbantut. Tak besar2 dan tak boleh dituai untuk masak. 
Words yang di buat semalam untuk suprisekan en husband hari ni. Yasmin asyik tanya ja "ibu, bila nak suprisekan abah ni?" ...habis!!! Roasted ayam dah rasmi camner nak suprisekan abah. Lagipun abah dah kenyang makan kenduri. Huhu...takpela, tak yah suprisekan abah kita bergambar je ngan words tu kat laman yang baru dimesin petang semalam. :) 

Laman depan yang jarang2 dipeduli sebab laman ni sebelahnya rumah jiran, depan pun rumah jiran. Malas nak kisah sangatla sebab jarang duduk bersantai kat ruang ni. Biasanya laman tepi sliding menjadi tempat bersantai sebab sebelah ruang tak ada rumah jiran. Jadi tak segan sangatla nak melepak dekat luar. Ruang ni la yang selalu di tanam pelbagai jenis pokok bunga. 
Ruang ni saya baru tanam beberapa pokok bunga. Musim hujan2 ni harap2 cepatla pokok baru ni tumbuh dengan subur.
Nampak kat penjuru pagar putih tu. Kat situ pun saya baru tanam pokok bunga. Tak tahu nama pokok tu tapi dia ada bunga yang keras sikit macam paruh burung tu. Pokok ni saya ambil dari rumah mil kat kampung. 
Yasmin! Tak sabar2 nak suprisekan abah. Lastly bergambar kat laman je la...hihi.

Petangnya saya gunting rambut depan 3 princess. Dah lama nak gunting rambut tu dah panjang sampai menutup mata dah. Hari ni baru berkesempatan. Bolehla walau tak sama mana pun rambut tu. Tak pandaila nak gunting macam kat salon tu. Kalo pergi salon maunya caj rm2-3 sorangkan! Jadi guntingla sendiri. Inilah hasilnya. Yang gambar atas tu sebelum rambut digunting dan gambar bawah, rambut 3 princess yang dah dipotong pendek. :) smile!
Itu aktiviti hari ni. Malam ni en husband macam biasa pergi siasat kes lagi. Mmm malam ni iron baju kerja siap2. Ada 2 hari ja lagi nak kerja. Esok ada meting jafi kenala tido awal. Oklah setakat ni dulu buat kali ini. Bye....smile  always!

Selasa, 2 September 2014

Bunga Sakura di Kedah

Assalamualaikum
Hai! Comel kan arnab ni. Musim bungakan sekarang...eh! Tak da maknanya. Musim bunga dah lama berlalu, datang pulak musim kemarau yang agak panjang. Kemudian musim hujan. Dah banyak musim dilalui akhirnya baru nak update entri ni. 

Abis tu apa kena mengena arnab tu dengan entri nih? 



Mmmm.....sebaaabbbb dia comeeelllll.. Huhu

Lepas tu macam biasa dah tak tahu nak cerita apa, ayat pun dah pusing sana sini nak panjangkan entri. Huhu....Jangan marah ek! :)

Pendek aja la entri kali ni. Cuma tengoklah kemeriahan zaman kanak-kanak ni. Masa ni Kedah dikejutkan dengan fenomena musim bunga 'sakura'. Tak silap saya awal tahun ari tu. Sana sini orang sibuk upload di fb & instagram selfie dengan bunga sakura dan pemandangan sepanjang jalan yang ada pokok bunga sakura. Memang seronok tengok bunga yang cantik dan pelbagai warna ni. Tambah-tambah di tempat kita, di Malaysia. Umpama musim bunga di luar negara. Sempat la seketika berangan macam duduk luar negara. :)

Ini bukanlah bunga 'sakura' tapi ketika ni pokok ni pun galak berbunga. Bunganya sangat cantik sebab warna purple. Berangan juga nak cari pokok ni di nursery dan ditanam di rumah. Tapi bila pusing-pusing Alor Setar adalah ternampak pokok ni. Rupanya pokok ni boleh membesar setinggi pokok bunga 'sakura' tu. Akhirnya tak berkenan pulak sebab besar sangat. Tak sesuai rasanya kalo tanam depan rumah. Nanti kalo dah besar waktu hujan ribut agak takut juga. Takut rantingnya patah dan terkena rumah. Bahaya pulak. 

Ini plak, dah habis pokok bunga sakura dijelajah untuk bergambar, kebun rumput ni plak jadi sasaran bergambar. Jangan tak tahu pasangan pengantin memang ramai yang jadikan tempat ni sebagai port untuk bergambar di hari bahagia mereka. Siap yang ada dan berani masuk dalam-dalam kebun untuk dapatkan pemandangan yang paling cantik dan sesuai. Nasib baikla tak ada yang terserempak dengan cik 'ular'. Hai takut jugakkan...tapi ada yang cakap tak apa kalau terserempak pun sebab sebelah tu ada balai bomba....ha iyalah tu....moga-moga cik abang-abang bomba yang sasa dan berani datang tolong. :)

Saya pun tak berani nak ke dalam sangat. Tepi-tepi sudahla. 3 princess ni memang suka sangat dapat cabut rumput ni. Hembus-hembus bunga rumput ni melayang-layang naik ke udara. Biarlah sesekali mereka rasa suasana macam ni. Bukan mudahkan nak dapat suasana macam ni di bandaraya. Di kampung pun belum tentu ada kan! Cuma kena sentiasa perhati sana sini....takut juga cik U tu pun tumpang main-main kat sini...tapi Alhamdulillah la tak ada. 


Cantikkan! Bunga sakura ni dekat kawasan Pejabat Kesihatan Kota Setar. Bestla 3 princess ni dapat main puas-puas dengan bunga yang bertaburan. Tak ada sesiapa yang datang kacau. Tak ada sesiapa yang tengok-tengok dan jeling-jeling. Mainla dan bergambar la sebanyak-banyaknya sebab hari ni hari cuti. Tak ramai yang datang kerja lebih masa ikut laluan ni. Kalo hari kerja comfirm, malulah buat kerja-kerja ni. Ber selfie bagai di laluan awam ..hahaha
Siap boleh petik2 bunga atas pokok lagi...:)



Suka bunga warna pink purple ni. Wangi juga bau bunganya. Sampai letih 3 princess ni main dan bergumbira dengan bunga-bunga ni. Ntah bila lagi dapat merasai musim bunga macam ni. Tapi yang pastinya Dato' Bandaraya Alor Setar dah minta Jabatan lanskapnya memperbanyakkan pokok-pokok ni di sekitar Alor Setar supaya nanti bila tiba musim bunga begini Alor Setar akan kelihatan cantik dan segar dengan bunga-bungaan serta dikenali ramai dan dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan. :) 

Sulurilah kehidupan ini dgn Rukun Islam & Rukun Iman

Assalamualaikum

Hari ni saya nak tunaikan janji saya. Inilah pengalaman saya sepanjang 6 bulan 'menghilangkan diri' dari blog ini. Pengalaman yang merupakan satu ujian paling besar dalam hidup saya sepanjang usia 32 tahun. Ujian yang mengejutkan saya dari alpa dan kadangkala lalai dalam menjaga keteguhan iman di dalam diri. 

Sebelum tu, ingin saya tekankan di sini pengalaman ini saya kongsikan bukan untuk mengaibkan atau memburukkan sesiapa tetapi sebagai renungan dan sebagai 'alarm' yang mengejutkan kita dari kelalaian dan kealpaan dalam beriman kepada Allah S.W.T DaripadaNya kita datang, kepadaNya juga kita akan kembali. Dunia ini hanya pinjaman. Nafas ini, ibu, ayah, adik, kakak, abang, suami/isteri, anak2, kawan2, rumah, duit ringgit, kerja dan lain2 hanyalah pinjaman dan sebagai 'alat' untuk kita dinilai di alam barzakh nanti. 

Setiap manusia akan diuji sejak dilahirkan sehinggalah ia meninggalkan dunia ini. Jadikanlah Rukun Iman dan Rukun Islam sebagai pedoman  diri. Inilah 'landasan' yang Allah berikan pada umat2Nya dalam menempuh ujian yang diberikan. Subhanallah! Sayangnya Allah pada umatnya. Mungkin kita tak sedar Allah sangat sayangkan kita lebih dari mak, ayah, pasangan dan anak2 sayangkan kita. Dia dah bagi cara/tindakan yang sepatutnya kita lakukan, jadi fahami dan laksanakan sepenuhnya. Insya Allah perjalanan hidup kita akan dipermudahkan. Sentiasalah bersangka baik di atas setiap dugaan yang diberikan kerana di sebalik dugaan tersebut ada banyak hikmah yang tersembunyi. Lagi besar dugaan, semakin banyak hikmahnya. SMILE! :)

Semuanya bermula di sini ! 

 Rumah adik

Saya pendekkan kisahnya supaya korang tak perlu baca panjang2 kisah yg mmg panjang ni. Walaupun 6 bulan tapi bagi saya dan keluarga ianya sangat lama dan amat meletihkan, membimbangkan, menakutkan dan taruhan emosi yang tinggi. Bukan hanya memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan harta tetapi melibatkan agama serta tautan kasih dunia akhirat. 

2 tahun keluarga adik menetap di rumah ini. Pelbagai masalah rumahtangga timbul di antara mereka suami/isteri. Namun, mereka anggap ianya sebagai ujian dan proses melayari kehidupan pra perkahwinan. Dikurniakan seorang anak perempuan yang comel yang kini berusia 3 tahun. Segala masalah pada mulanya ingin diselesaikan secara diam2 oleh mereka suami isteri tanpa melibatkan orang lain. Walaubagai manapun, masalah mereka semakin teruk dan tiada penyelesaian. Akhirnya, si isteri menceritakan masalahnya pada saya. Salah satu nasihat saya ialah buatla solat taubat. Alhamdulillah dia buat solat taubat tu. Tapi dia perasan selepas dia solat taubat tu mcm2 jadi pada dia. Antaranya :

i. Pengsan di opis
ii. Cepat emosi & sukar kawal emosi tu
iii. Suka fikir negatif
iv. Suka mengungkit
v. Meracau2 di luar sedar
vi. Takut
vii.Tak boleh lihat benda tajam (pisau/gunting)
vii. Kalo ada org berkumpul, rasa mcm org mengata dia
vii.Rasa dan nampak kelibat seseorang
x. Suami dia takut pada bilik utama rumah tu

Hubungan mereka suami isteri agak terjejas teruk sebab masing2 xsuka pada pasangan. Tapi bila berjauhan rasa rindu, bila dekat asyik bertekak. Akhirnya, mereka membuat Rawatan Islam. Banyak tanda2 gangguan jin pada mereka. Sebelum jumpa punca sebenar masalah rumahtangga mereka ramai juga ustaz2 yang kami rujuk. Pelbagai version kami dapat seperti orang 'buat', saka dan penunggu tempat tinggal. Akhirnya kami percaya ianya adalah penunggu tempat tinggal.

Jadi mudahlah kami ikhtiar cara rawatannya bersama ustaz2 yang pakar dalam rawatan makhluk2 halus ni mengikut rawatan Islam. Dalam kaedah perubatan ni seeloknya kita pilih sorang ustaz dari awal berubat hinggalah akhir. Mudah dari segi fahaman kronologi punca masalah hingga selesai. Tapi pada masa yang sama cari jugak ustaz yang dekat2 dgn kita supaya kalo urgent ada kejadian 'tergempar' berlaku mudah kita nak minta bantuan. Sebab bila terlibat dengan masalah berkaitan jin ni, kita xtahu bila dia nak 'mengusik'. Bila dia 'usik' kelam kabut jadinya.

Paling penting kita faham dan tahu beza jin, syaitan dan manusia. Bila kita faham bezanya kita akan jadi kuat semangat dan membantu kita mengawal 'usikan' jin dan syaitan pada manusia. Hanya ALLAH S.W.T yang perlu kita takut. Dekatkanlah diri kita pada Allah. 

Di sebalik kejadian yang menimpa mereka, saya dan ahli keluarga lain yang turut ingin membantu menyelesaikan masalah mereka turut diganggu. Antara gangguan yang saya alami adalah :

i. Terjaga tengah malam dan dengar ketukan bertalu2 di tingkap. Surah 3 Qul yang biasanya lancar saya baca masa tu dah macam ingat2 lupa

ii. Lepas waktu opis, saya takut nak balik rumah. Saya akan pastikan en husband tiba dulu di rumah. Kalo en husband nak pergi operasi malam pun saya xbagi

iii. Saya takut untuk ke dapur rumah saya sendiri

iv. Anak2 rajin menangis dan cari pasal bila balik ke rumah

v. Kdg2 en husband tgk saya dia rs marah tanpa sebab dan saya pun sebaliknya

vi. Bila saya baca Yassin, rasa badan berat sebelah & ada masa rasa gastrik tiba2

vii. Rasa dalam perut saya ada sesuatu bergerak mcm pregnant

Sepanjang kejadian ni setiap minggu saya akan membuat rawatan islam. Yang penting kena kuat semangat dan lawan gangguan tersebut. Saya fikir macam ni jin memang nak sesatkan umat manusia. Jadi kalau kita makin dekat dengan Allah dia memang xsuka. Ustaz2 perlu dirujuk kerana mereka ada kepakaran dan cara untuk menghalau jin dari menganggu manusia. Diri sendiri juga harus ada usaha yang tinggi untuk halang jin dari menguasai diri kita. Antara nasihat ustaz2 adalah :

i. Sebelum tido baca 3 Qul, tarik nafas dan niat supaya jauhkan diri kita dari gangguan jin dan sebagainya dan hembus ke tapak tangan dan lurutkan ke seluruh tubuh hingga ke hujung jari kaki.

ii. Baca Yassin sekurang2nya 2 kali sehari.

iii. Khatam Al Quran sekurang2nya sekali setahun.

iv. Jaga akidah

v. Solat tahajjud

vi. Pastikan tiada sampah di dalam rumah sebelum tido malam

x. Pakai minyak wangi kasturi sebab jin tak suka bau kasturi (bukan limau kasturi tau)

Biasanya kita akan terfikir yang kena gangguan ni adalah orang yang jauh dari pegangan agamanya tapi bila saya selalu ke pusat rawatan islam rupanya tanggapan itu salah. Ada juga kes dimana bilal di ganggu di masjid (Bercakap sorang2). Isteri seorang ustaz juga diganggu. Itu juga salah satu dugaan Allah pada umatnya yang terpilih.

Kebetulan tibanya bulan Ramadhan ketika kejadian ni. Jin masih ada cuma syaitan sahaja yang diikat. Tapi bulan ni lah kita tidak diganggu dengan sifat2 syaitan ni. Jadi amalan pada bulan Ramadhan ni mudah dilaksanakan sebaik2nya. Alhamdulillah semuanya saya laksanakan sebanyak2 nya yang mampu. Walaupun Syawal tak disambut seperti sebelumnya, namun yang pasti saya rasa gangguan tu dah berlalu pergi. Alhamdulillah!

Antara ustaz yang kami rujuk adalah :

i. Ustaz Nan, Taman Jenaris, Tikam Batu - 013 4576360
ii. Ustaz2 Darul Syifa, Taman Purnama, Jalan Pegawai Alor Setar (anak didik Dato' Harun Din) - 019 4428201
iii. Pak cik Non, Bukit Selambau (anak didik Ustaz Sharhan) 

Khamis, 14 Ogos 2014

Promosi NOUR AIN SKIN CARE Ogos

Assalamualaikum

PROMOSI BULAN OGOS

Hai korang! Terima kasih sebab tak pernah bosan buka blog puteri manja ni yang dah macam terlena beberapa bulan lamanya. Dah macam cerita klasik dulu-dulu tu kan...ala cerita snow white yang terlena berabad lamanya kemudian dikejutkan oleh putera katak yang kacak....

Mmmm..itulah mcm2 benda jadi sepanjang saya 'menghilangkan' diri buat sementara waktu ni. Mungkin ada masa terluang nanti saya akan ceritakan pengalaman saya selama 6 bulan tidak meng update blog kesayangan saya ni. Yang mana baik kita jadikan teladan yang mana buruk kita jadikan sempadan. 

Oklah...hari ni saya nak buat promotion Nour Ain Skin Care sepanjang bulan Ogos (1 Ogos - 31 Ogos 2014). 

Promotion OGOS 2014

HARGA FULL SET NASC - RM96

FREE : 
i. 2 sachet PERLA CHOCOLATE
ii. consultancy sepanjang penggunaan & pembelian NASC dgn say
iii. Postage

Sape2 yg nak order bolehlah wasap saya macam biasa 013 5889796 mimie laju2 k. πŸ˜ŠπŸ’•πŸ’•πŸ’•

Kandungan dan khasiat PERLA CHOCOLATE

Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan sachet PERLA CHOCOLATE PERCUMA & rasalah keenakkan rasa coklatnya. :)

Ok korang jangan lupa SMILE πŸ˜€πŸ˜ŠπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰�

Senyuman itu sedekahkan!

Ha kan korang dh dapat pahala....pahala ni pun free jugak after baca blog saya yang tak seberapa ini. Hihi

Rabu, 9 April 2014

Testimoni Nour Ain Skin Care

Assalamualaikum

Jom saya nak kongsi pengalaman pengguna-pengguna Nour Ain Skin Care. Kalo ada everybody yang sudi nak share pengalaman masing-masing pun dialu-alukan. Sila pm FB Normimizalila Zakariah, IG Normimizalila @ Whatsapp 013 5889796. 

TESTIMONI 1


TESTIMONI 2


TESTIMONI 3


TESTIMONI 4


TESTIMONI 5

Kalau korang rasa nak cuba @ baru berkira-kira nak tukar produk penjagaan wajah, jom cuba produk Nour Ain Skin Care. Insya Allah korang akan berpuas hati dengan hasilnya. Saya akan bagi cara penggunaan NASC mengikut jenis kulit seperti kulit normal @ kulit sensitif. Korang juga boleh dapatkan khidmat nasihat percuma dari saya bila-bila masa sepanjang penggunaan produk NASC. Jangan segan-segan nak whatsapp saya. Saya baik orangnya. Huhu..:b

Ok la jumpa lagi...tata titi tutu...

Jangan lupa 

SMILE ALWAYS!

:) 

Peace Yours !

Rabu, 5 Mac 2014

Kenapa Produk Nour Ain Skin Care menjadi pilihan?

Assalamualaikum

"NOUR AIN SKIN CARE"


Entri kali nie, saya tak nak bebel panjang-panjang sebab korang mesti tak sabar nak tahu kan? (Perkataan 'kan?' tue HARUS ada.. haha). Setelah saya buat kajian demi kajian, akhirnya produk nie menjadi pilihan saya sebab :


Kenapa NOUR AIN SKIN CARE menjadi pilihan?

i) Produk Nour Ain adalah produk yang di luluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
[Kebetulan En husband bekerja di bawah KKM, jadi benda-benda macam nie saya utamakan :)]

NOUR AIN BEAUTY SOAP (MAL06051051K) 
NOUR AIN UV FOUNDATION (MAL05061050K) 
NOUR AIN NIGHT CREAM (MAL06051049K) 

NOUR AIN FRESHENER TONER (LOT110200692K) 
NOUR AIN VIT-C SERUM (MAL07050521K) 


ii) Produk Nour Ain adalah produk Muslim, HALAL dan dikilangkan di dalam MALAYSIA.
[Kebetulan saya yang memproses Permohonan Kebenaran Merancang bagi bangunan pemprosesan produk milik pengasas Produk Nour Ain ini dan ianya adalah sah berlokasi di Tikam Batu, Kedah)


iii) Produk Nour Ain adalah berasaskan HERBA terpilih dan tiada PENGELUPASAN.
[Kesannya mungkin mengambil masa, walau bagaimanapun hasilnya SANGAT MEMUASKAN! :)]


iv) Produk Nour Ain menawarkan HARGA BERPATUTAN dan mampu milik.
[Semua lapisan pengguna boleh memiliki SET NOUR AIN SKIN CARE]


v) Produk Nour Ain sesuai digunakan oleh LELAKI dan WANITA.
[Save BUDGET suami isteri. Hehe]


vi) Produk Nour Ain akan menghasilkan kulit wajah yang flawless dan paling penting tak perlu mekap tebal. Budget beli mekap pun save. Muahaha

Selain dr melindungi kulit dr sinar UV, kulit kita menjadi
sekata dan mudah untuk di 'touch-up'.
Sket2 jew touch-up, Done...:)
(Save masa utk mekap. Hehe 😊)
Tips :
i. Sapu toner, serum & UV foundation
ii. Sapukan bedak compact, aliskan skit eyeliner &
eyebrown pencil & lipstik
DONE!😊


Isnin, 3 Mac 2014

Nourain Skin Care Terbaik!

Assalamualaikum

Hai korang semua! Di harapkan korang semua dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa ceria-ceria selalu. :) 

Sekarang musim kemarau yang sangat kering dan panas. Ada hari yang suhunya mencecah 38-39 darjah celcius. Mmmmm sangat panaskan... Bagi yang bekerja di dalam pejabat sama ada pejabat berkipas atau berhawa dingin mungkin hanya terasa bahang panasnya bila keluar dari bangunan pejabat. Tapi bagi mereka yang bekerja di luar bangunan seperti petani, penoreh getah, nelayan dan peniaga pasar hari/malam tentunya cuaca begini amat menduga aktiviti kerjaya mereka. Bersabarlah atas dugaannya...:)

Yang penting kerja dimana sekalipun, pastikan badan kita sentiasa mendapat kandungan air yang secukupnya. Sekurang-kurangnya 2 liter air. Ingat ye bukan 1 liter macam cuaca pada sebelumnya yang kadangkala panas dan hujan. Air penting dalam badan supaya kita sentiasa sihat, cergas dan kuatkan imun badan. Musim panas beginilah banyak penyakit akan menyerang terutamanya pada kanak-kanak. Demam, cirit-birit, batuk, selsema, sakit mata dan sebagainya. Jadi pastikan anak anda tidak bermain panas, minum banyak air dan mengambil multivitamin secukupnya bagi meningkatkan imuniti badan. 

Ok, saya bukan doktor, tapi sekadar ingatan untuk saya dan untuk korang semua. Hehehe.... Dah lama tak bercelotehkan? :b

Ok, meh sini...nak tahu salah satu azam saya tahun nie? Entri sebelum nie saya rahsiakan kan! Jadi kali nie saya nak bagitau korang apa azam saya yang rahsia sangat tue..  Huhuhu...

-

-

-

-

-

-




Korang scroll nie kenapa?




-


-


-


-


-


-


-

Dah2 jangan ikut lagi...syuuuuuhhhh! syuuuuuuhhhhh!

-


-



-




-




EH! ada lagi?

:)

Mmmmm....ok-ok, saya bagitahu.. Tapikan....kan....kan...

Saya terharu sangat sebab korang sanggup scroll hingga ke bawah nie...Terharu sangat tau dengan keikhlasan kalian ikut saya tue....sob!sob!sob!.....(sedih kunun, menyammmpaaahhhhh! hahahaha)


Ok macam nie, saya baru nak melangkah kaki dalam perniagaan online nie. Baru nak mencuba nasib dan menambah rezeki melalui perniagaan secara di atas talian. Haaaa gitu! :b. Harap korang dapatla bagi semangat, dorongan dan membantu apa yang patut dalam menjayakan azam tahun 2014 saya nie....(ha! korang perasan tak ada nada-nada mohon pertolongan korang disitu. Sebelum korang rasa keikhlasan korang scroll down tadi hilang, baik korang berhenti di sini saja. PLZzzzzzzzz!....)





meh...meh...meh...meh sini :) 

Sebelum nie saya kan pengguna tegar produk Safi Rania Gold. Dah dua tahun saya guna. Bagi saya produk nie dengan kulit saya sesuai sebab tiada masalah JERAWAT yang menakutkan di muka. Cuma kadang-kadang kalau 'tiba masanya' (periodla tu..huhu) timbulla jugak sebiji dua. Tapi kejap jer 'ia' akan pergi semula dan akan berkunjung lagi bila tiba masa ngeee....Jadi saya pun teringin jugak kulit wajah yang cerah, glowing dan paling penting tak perlu nak mekap tebal-tebal. Masalahnya nak beli mekap bukannya murah, kos tinggikan? nak beli produk pembersih 1 set pun, kos tinggi jugak kan? sekali sekala nak jugak pergi spa buat facial, kos jugak kan? Di sini dah 3 kos yang TINGGI kena dikeluarkan untuk budget dapatkan wajah yang cantik....kan? (hahaha banyak giler perkataan 'kan?' hari nie. Jenuhla korang jawab kan? kan lagiiiiii....nasib la korang. Muahaha). 

Tapi jangan cakaplah ada orang tak suka jaga muka, tak suka mekap, tak suka wajah yang cantik dan gebu gebas. Kalau ada, T.I.P.U namanya. Kalau yang tak kahwin lagi, nak cantik sebab nak cari pasangan. Yang dah kahwin, nak cantik sebab takut suami cari lagi. Huhu....Tapi kan lelaki sekarang pun dah pandai jaga kulit muka dan ambil berat tentang penampilan wajah mereka. Ha! jadi sama-samalah kita menjaga kecantikkan wajah masing-masing. Tapi pastikan niat tue betul yer. 

Ok, FULL STOP! 
.
KORANG....

Senyum itu sedekah! Senyumla sikit. Haaaaa hokey! 
:)

Letih kan nak baca...LET ME TELL YOU NOW!


Saya dah jadi pengedar kepada Produk :


"NOUR AIN SKIN CARE"
Nour Ain Skin Care (Trial Set)

SET A (3 in 1) - RM 52.00

    i.     Soap
   ii.     UV Foundation
   iii.     Night Cream


Nour Ain Skin Care (Complete Set)


SET B (5 in 1) - RM 100.00  

  i.     Soap
 ii.     UV Foundation
 iii.     Night Cream
 iv.    Toner
 v.     Vita-C Serum 


Harga adalah termasuk POSTAGE. Korang tak payah fenin2 nak fikir kos yang tinggi untuk postage kan? Nak DISKAUN lg korang harus msg/whatsaap no di bawah tue. Save lagi budget korang. Hehe  :b

Kalo korang rasa teruja nak cuba silalah :

i. PM  - https://www.facebook.com/qistina.home
ii. MSG / WHATSAAP  - 013-5889796
iii. INSTAGRAM - NORMIMIZALILA


Ok, lepas nie sape yang berminat nak cuba atau dah cuba dan nak continue produk nie bolehlah dapatkan produk nie dari saya. Harga saya letak murah-murah jew. PROMOTION PRICE! ha gitew.... Just nak share produk nie dengan korang supaya kita semua gebu gebas lepas nie. Sama-sama cantik dan disayangi suami. Hehe

Thanks yer korang! Korang sangat ikhlas. Terharu lagi sebab korang sanggup baca sampai HABISSSSHHH.......:b 


SMILE ALWAYS. :)

Tarik nafas, lepas......haaaaaaaaaa
Tarik nafas lagi, lepas......haaaaaaaaaa
Lagi sekali tarik nafas, lepas......haaaaaaaaaahhhhhh!

OK. GOOD!!!!

:)

Selasa, 11 Februari 2014

Azam 2014

Assalamualaikum

 Ingat lagi tak owner blog nie? Meh meh meh.....(Yasmin dah jadi anak dara tau) 😊

Hai korang! Apa azam baru korang tahun 2014 ni? Mesti ada yang ambil balik azam tahun lepas yang masih xberjaya. Ada yang mula buat azam baru yang baru dan ada yang tak ada azam pun. Apa-apapun harap korang semua semakin berjaya dari tahun ke tahun. Poyo jer kan dah masuk bulan Februari baru nak cerita azam baru. Tapi korang be positif....kalo yang tak ada azam tu cepat2la fikir nak buat apa tahun nie utk tingkatkan kejayaan dalam hidup kita. Hidup kita nie mesti ada azam, ada angan-angan biarpun angan-angan Mat Jenin. Dengan adanya azam nie lah baru kita tahu hala tuju, usaha yang perlu dilakukan dan penentuan kejayaan dalam hidup kita. 

Dah lama tak karang ayat dalam blog. Tetiba rasa macam tak da idea. Itulah sejak dapat android hadiah dari en husband Disember tahun lepas, blog nie tetiba di anaktirikan...huhu. Banyak aktiviti dan kisah yang berlaku sepanjang sebulan dua nie tapi semuanya hanya ter update dalam fb dan instagram. Terleka sejenak dengan instagram. Maklumlah baru dapat gadget baru dan software yang lagi mudah nak update, terlupala sekejap diari blogging ni. Tapi yang pasti macammana canggihpun software baru yang muncul, blog tetap yang terbaik untuk tujuan 'search', huraian kisah yang terperinci, gambar yang lebih banyak dan puas ditatap (screen besar-tgk dlm pc), ilmu yang padat (dlm fb byk ilmu tp bila kita nak link kepada hal berkaitan xboleh), iklan pun best lagi tgk kt blog+padat dengan informasi) dan banyak lagi lah...πŸ˜‰

Kesimpulannya saya akan tetap setia menulis di sini. Tahun nie azam saya nak lebih berjaya dari tahun lepas (sama jer ayat tue dr tahun2 sebelumnya...korang menyampah tak? Muahaha....azam tahun nie, ada tapi biarlah rahsia.....hehe...Jangan marahhhhhhh😜)

 Budak booolatt nie pun dah makin booolaaaaat dan dah besar. Semuanya nak buat sendiri. Dah pandai bergaduh dengan dua kakaknya. Siap berbalas-balas cubit mencubit, tampar menampar, tarik menarik, rebut merebut, jerit menjerit dan apa yang kakak-kakak buat harus dia TIRU! Pening arrrr.....hehe

 See! Dari jauh nampak nak sama besar dah Amani dan Aleesya

Gambar nie lagi la....nampakkan 3 princess nie nak sama besar dan mcm sebaya. Kalo tiga2 duduk dalam troli supermarket tue, ramai dah tegur  kembar 3 ke? Huhu

Nanti saya update lagi yer.. jangan malu-malu singgahla ke blog nie lagi nanti. Terima kasih pada yang sentiasa berkunjung ke blog nie walaupun tuannya menyepi seketika. πŸ˜†

Smile alway!

Entri Popular