Assalamualaikum
Bila saya dapat memo kena pergi kursus Kebenaran Merancang, Caj Pemajuan dan Lembaga Rayuan pada 5hb hingga 7hb Mac 2013, saya ok jer. Tapi bila baca tempat kursus, melompat jugak la saya. Bertempat di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bukit Tinggi, Pahang. Bukan sebab jauh tapi tempat ‘itu’ mengundang pelbagai cerita yang menyer.....amkan!
Nak dijadikan cerita, hujung tahun lepas, adik lelaki saya dah pergi kursus di situ selama seminggu. Dia cakap, dia macam nak lari balik jer. Malam tak boleh tidur dan nak masuk bilik air pun meremang bulu roma. Bila dia dapat tahu saya kena berkursus di sana, dia siap nasihatkan saya cari hotel berdekatan. Huhu
Setelah berbincang dengan en. Husband, dia setuju temankan saya ke Bukit Tinggi. Ha...lega! ada driver dan juga teman setia ke mana-mana. Hehe (senyum meleret ke pipi) bukan saya tapi en. Husband sebab dapat ikut saya bercuti ke Bukit Tinggi. Dia pun tak pernah sampai ke sana. Sebelum pergi ke Bukit Tinggi, en. Husband dah booking Hotel Kristal, Bentong. Bentong merupakan pekan terdekat dengan ILP KPKT. Jarak perjalanan ILP KPKT ke Pekan Bentong lebih kurang 30 minit melalui Lebuhraya Karak.
Kami bertolak jam 5 pagi dari Alor Setar dan melalui Lebuhraya Utara – Selatan. En. Husband keluar di susur keluar Tg. Malim dan meneruskan perjalanan melalui Kuala Kubu Baru - Genting Highlands - Bukit Tinggi. Kami tiba di Bukit Tinggi pada jam 12.30 tengahari.
Perjalanan ke ILP KPKT dari susur keluar Berjaya Hill mengambil masa lebih kurang 15 minit. Jalannya agak bengkang bengkok dan bercerun. Kalau saya yang drive kereta, alamatnya berkursuslah di bawah kaki bukit Bukit Tinggi tue...memang tak berani drive. Huhu...

Bila masuk ke kawasan ILP KPKT rupanya bangunan di situ semuanya masih baru dan cantik. Sebelum nie saya bayangkan bangunan lama dan menakutkan. Rupanya INDAH RUPA DARI KHABAR. Terdapat blok bangunan penginapan bagi lelaki dan 1 bagi perempuan. Bilik penginapan dilengkapi dengan rak kasut, sejadah, almari, meja study, tv dan water hitler.
Bilik penginapan dan bilik rehat
|
Setiap blok penginapan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti surau, bilik rehat, pantri (dilengkapi dengan peti sejuk, air sejuk/panas, bilik dobi (dilengkapi dengan mesin basuh), bilik karoake dan kemudahan gym. Bagi permainan outdoor, peralatan senaman, dewan badminton/bola tampar dan peralatan sukan seperti bola sepak, bola tampar dan reket disediakan.
Gambar atas : Taman yang dilengkapi peralatan senaman
Gambar bawah : Bangunan dewan serbaguna dan dewan kuliah |
Jarak antara bangunan penginapan - dewan kuliah - dewan utama - kafeteria lebih kurang 3 hingga 5 minit berjalan (naik turun tangga hokey). Bagi yang sakit kaki atau golongan veteran, berfikirlah dahulu sebelum pergi ke sini. (nasihat yang tidak membina hokey, kalau rasa boleh guna, gunalah).
Gambar atas : Blok penginapan
Gambar bawah : Kafeteria |
Aktiviti kumpulan |
With K.Yun yang maintain tecik & comel |
Berakhir di sini sahaja cerita saya kali ini. Semoga entri kali ini dapat memberi gambaran sedikit sebanyak tentang ILP KPKT dan kawasan sekitarnya. Sebelum saya ke ILP KPKT nie saya cuba search tentang ILP KPKT dan hotel berdekatan yang boleh saya inap. Tapi tak banyak info yang saya dapat. Jadi saya cuba buat entri khas ini walaupun entri saya nanti ceritanya dah 'basi'. Entri selepas ini saya akan cerita tentang tempat-tempat yang saya lawati sepanjang 3 hari 2 malam ini. Sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan