Ahad, 10 Mac 2013

Hotel Colmar Tropical, Bukit Tinggi

Assalamualaikum
Hotel Colmar Tropical
Pada petang hari pertama saya berkursus, saya sempat naik ke Hotel Colmar Tropical. Jarak perjalanan lebih kurang 20 minit dari ILP KPKT. Perjalanan ke Hotel Colmar lebih cerun kerana menghala ke puncak Bukit Tinggi. RM 12.00/orang dikenakan di pintu masuk ke kawasan Hotel Colmar Tropical. Terdapat sebuah ‘taman haiwan’ (tak hengat nama taman tue) di sebelah kiri jalan ke Hotel Colmar. Saya dimaklumkan taman tersebut hanya ada beberapa ekor arnab dan pengunjung dibenarkan memberi makan arnab tersebut. Kami tak masuk ke taman tue sebab ayah saya pun pernah menternak arnab.

The Chateau Spa & Organic Wellness Resort
Bangunan pertama yang kami jumpa adalah The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Bukit Tinggi. Memang tak masuk la bangunan nie sebab bayaran untuk spa nie agak mahal. Jadi tengok bangunan sudahla.

Pengunjung boleh meletakkan kereta di bangunan nie (nama tak hengat jugak). Bangunan ni terletak berhadapan Hotel Colmar.

Suhu di atas Bukit Tinggi ni tak adala sejuk sangat. Sedang-sedang saja. Tak perlula nak berbaju sejuk. Pemandangan di Hotel Colmar nie memang cantik. Ala-ala Perancis gitu. Dengan pelbagai bunga-bungaan dan kolam rekreasi. Di dalam kolam ini terdapat empat ekor itik dan ikan-ikan berwarna-warni. Bangunannya banyak bercirikan rekabentuk Perancis. Rekabentuk tingkap dan beranda tue yang menyerikan bangunan-bangunan di sini. Kalau nak rasa suasana berada di luar Negara, bolehla datang ke sini dengan suhunya yang dingin. Nak honeymoon pun hokey. Tapi waktu malam memang tak ada aktiviti luarla. Hanya ada gerai-gerai dan persembahan tarian ala portugis di laman Hotel Colmar. Pekan terdekat hanyalah Bentong. Tapi kalau nak keluar ke Bentong malam-malam memang takla kot dengan jalan macam ular kena palu tue. Lagipun Pekan Bentong tak happening sangat.


Dah bayar RM 12.00 rugila kalau tak ke Taman Jepun (Japanese Garden). Suasana taman ni ala-ala berada di Jepun. Sangat cantik dan mempesonakan. Aliran air terjunnya yang dingin, rumah kecil yang diperbuat daripada buluh dan dikelilingi taman yang indah, memang menarik. Rugi kalau tak bergambar sakan. Monyet pun banyak kat atas pokok-pokok keliling taman tue. Jadi berhati-hatilah…
Kami ditawarkan menyewa sepasang baju kimono Jepun dengan harga RM 20.00/ orang. Tapi kami tak ambil pun sebab malas nak salin-salin baju nie. Lagipun kepenatan memanjat bukit untuk ke taman nie pun tak habis lagi. Untuk ke taman nie memang sangat cerun dan tinggi. Sebelum saya pergi ke sini, saya bayangkan taman nie berdekatan Hotel Colmar dan tak perlu panjat-panjat bukit rupanya ramalan saya salah belaka. Taman nie macam masuk ke dalam hutan sikit. Jadi yang bawak anak kecik tue fikirla dua kali kalau nak bawa anak sekali…huhu.



Taman Botanikal tak sempat kami pergi sebab taman nie akan ditutup jam 6.00 petang. Kami keluar dari Taman Jepun pun dah hampir 6.00 petang, jadi kami terus turun dan balik ke hotel. Lagipun tenaga pun dah hampir tak ada. Nak turun bukit ke tempat parking pun fikir banyak kali. Kalau ada tram yang disediakan, rasa macam nak naik tram tue. Tapi tak ada sebab tram akan bergerak mengikut jam. Bagi pengunjung yang tak nak drive kereta ke Taman Jepun nie, boleh juga naik tram yang disediakan dari Hotel Colmar ke Taman Jepun dan Botanical. Sekian.

Tiada ulasan:

Entri Popular