Assalamualaikum
Salam Jumaat dari saya sekeluarga. Biasalah
cuti hujung minggu nie dari bangun pagi hingga ke tengahari sibuk dengan rutin
mengemas rumah, mencuci baju, memasak dan uruskan anak-anak. Hari ni saya
buatkan cucur udang untuk sarapan pagi. Dah siap sarapan saya sempatlah google
resepi ayam panggang bersos lada hitam. Teruja sangat nak google resepi nie sebab dalam peti
sejuk tue ada lagi sikit baki sos lada hitam. Nak habis tarikh luput dah. Jadi
kena habiskan segera. Resepi yang saya dapat nie nampak sedap dan mudah
dimasak. Tapi saya olah sedikit resepi nie mengikut bahan yang ada dan citarasa
saya.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
5
ulas bawang putih- tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sb lada hitam - tumbuk (tambahkan kpd 2 sb lada hitam)
1 sb sos lada hitam (tambahkan kpd 2 sb sos)
1 sb sos tiram
1 1/2 sb madu (tak letak sbb tak ada)
1 sb gula (letak 2 sb gula nak ganti madu)
1 1/2 sb garam atau secukup rasa
butter / minyak zaiton (saya gantikan dengan minyak jagung)
1 sb kicap pekat (ini saya suka-suka tambah sendiri, hehe)
- Bahan-bahan yang perlu ditumbuk
tu saya blend kan tapi tak sampai halus. Cara kerja orang malas kan. Huhu (OPS! Bukan malas tapi nak cepat..haha)
Caranya:
1. Campurkan semua bahan dgn bahan yg
ditumbuk dlm satu bekas, kacau rata.
2. Perapkan ayam dgn bahan yg dicampur
lebih kurang 2 jam. (saya sempat perap 1 jam sahaja sebab dapat resepi nie dah jam
11 pagi, jam 1 tengahari dah nak makan jadi kena pandai-pandai adjust masa
untuk membakar pulak)
3. Bakar
ayam selama 1 jam hingga 1 jam 20 min atau hingga masak dlm oven 200'C api atas bawah (bergantung kpd oven
masing2). Bila ayam separuh masak, sapu dgn butter/minyak zaitun. (saya tak ada
oven, jadi saya guna pembakar macam gambar di bawah selama sejam dengan api
perlahan)
4. Balikkan
ayam semasa membakar.
Ayam yang sudah siap
untuk diperap. Saya nak bakar sekor-sekor macam nie. Jom kita bakor je, bakor ye !hehe |
Balik-balikkan ayam 15 minit sekali supaya ia masak di semua bahagian. |
Three princess nie pun menyibooooook jer kat dapur. Kalau dapat tolong ibu takpa la jugak, ini tolong ngaco je keje. huhu |
Saya gunakan penutup kuali supaya ayam di bahagian atas tetap mendapat haba
yang secukupnya untuk masak.
|
Tara! Dah pun siap dimasak. Nampak sedapkan..memang
sedap. Rasanya kalau letak madu lagi sedap. Nanti saya nak buat lagi tapi nak
letak madu pulak. Cubalah!
|
J Ayam Panggang Lada Hitam Ala Mimi J |
Dipetik dan disunting daripada Suka Duka Kehidupan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan