Selasa, 19 Mac 2013

Mee sanggul goreng & sup ketam

Assalamualaikum

Hari nie mood nak masak untuk makan petang. Masa balik dari opis tadi tetiba teringat dalam peti sejuk ada ayam dengan ketam. Jadi daripada simpan lama-lama dalam peti sejuk tue baik saya masak. Kalau simpan dua tiga hari lagi alamatnya ayam dan ketam tue akan masuk dalam tong sampah. Tak baik buang rezeki macam tue kan? Orang dalam rumah nie alergik dengan makanan sejuk beku yang disimpan dua tiga hari. Jadi kalau nak masak tue, biasanya saya akan beli stok bahan mentah hanya untuk satu atau dua hari sahaja. Lepas tue kalau nak masak lagi, kena beli bahan mentah baru.

Menu petang nie ialah mee sanggul goreng dan sup ketam.
Nak tambah kelazatan mee sanggul goreng ni cuba perah asam limau nipis...fuh! memang sodap. Biasanya saya letak telur goreng yang dipotong halus-halus dan taburkan atas mee. Tapi hari nie nak jimatkan masa saya pecahkan telur dan gaul sekali dengan mee dalam kuali.  
Ini sup ketam ala mimi. Haha..Manis rasanya. Sup ketam nie tak makan dengan nasi, cuma  hirup sup dan ratah daging ketam tue..mmmm sangat sedap sampai berebut anak-beranak. Yang ada pun dua ekor jer. 
Alhamdulillah selesai makan petang vs makan malam untuk hari nie. Sekian, senyum-senyumlah selalu!

Tiada ulasan:

Entri Popular