Ahad, 3 Mac 2013

Sambutan Hari Landskap Negara 2013

Assalamualaikum

Sambutan Hari Landskap Negara 2013 pada tahun ini telah diadakan pada 1 hingga 3 Mac 2013 bertempat di Taman Mergong Jaya, Alor Setar. Tema pada tahun ini adalah 1 Malaysia "Komuniti Penggerak Negara Taman". Majlis Perasmian Sambutan Hari Landskap Negara 2013 di sempurnakan oleh YB Dato' Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

YB Dato' Seri Chor Chee Heung juga turut melancarkan Rakan Taman. Rakan taman merupakan program yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa untuk bergiat dalam kerja-kerja sukarelawan bagi menjaga persekitaran taman awam.

Rakan taman berperanan untuk membantu dan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dalam mengawasi, memelihara serta menyelenggara taman kejiranan. Malah dengan adanya Rakan Taman ini dapat menghidupkan dan menceriakan persekitaran taman dengan aktiviti rekreasi, perlandskapan dan kemasyarakatan. Penerapan budaya cintakan landskap ini bukan sahaja dapat mewujudkan visual pemandangan yang cantik dan menghasilkan udara segar, komuniti di kejiranan ini akan berasa lebih selesa dan selamat.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sekitar sambutan hari landskap ini. Diantaranya Aktiviti Senamrobik bersama penduduk Taman Mergong Jaya, pameran oleh Jabatan Landskap Negara, Jabatan Bomba & Penyelamat, Majlis Bandaraya Alor Setar, Jabatan Kesihatan dan lain-lain NGO.

Lebih seribu orang pengunjung yang hadir semasa perasmian Hari Landskap Negara 2013 ini. Perasmian diserikan lagi dengan acara menanam pokok oleh YB Dato' Seri Chor Chee Heung.
Jabatan saya turut dijemput untuk bersama-sama meraikan perasmian sambutan Hari Landskap Negara 2013 ini. Pendaftaran peserta diadakan seawal jam 8 pagi. Setiap peserta di berikan satu beg yang berisi risalah sambutan Hari Landskap Negara 2013 dan dibekalkan dengan makanan serta air mineral

Gambar Besar: 'Mmm...nyampahnya tengok aksi ceria berlebih-lebihan nie"
Gambar Kecik Atas: "KISS from us"
Gambar Kecik Kiri: "Kami biasa-biasa saja"
Gambar Kecik Kanan: "Kami memang manja"
hahaha....sila jangan menyampah yer!

Sekadar kenangan kita bersama di hari tua.
J
.



Tiada ulasan:

Entri Popular