Korang pernah dengar PHOTOSCAPE?
PHOTOSCAPE
adalah salah satu software untuk meng 'edit' gambar (photo editing).
Biasanya kita gunakan Adobe Photoshop untuk mengedit gambar. Kelemahannya, software ini agak berat dan perlu banyak masa untuk belajar dan memahami setiap tools yang ada. Pengalaman saya menggunakan Adobe Photoshop dengan PHOTOSCAPE, saya rasa software PHOTOSCAPE lebih mudah digunakan untuk meng ‘edit’ gambar. Gambar yang dihasilkan juga cantik dan menarik. Software ini lebih ringan dan ‘user friendly’.
Kita tak perlu masa yang panjang untuk belajar selok belok fungsi tools di dalam software PHOTOSCAPE nie. Dalam masa sejam pun boleh tahu fungsi tools yang ada. Malah bertambah excited untuk mengedit gambar. Bagaimana nak dapatkan software PHOTOSCAPE nie? Mudah saja, korang boleh download secara percuma melalui laman web di bawah.
Tutorial 1 : Cara nak 'sharp'kan gambar
i) Klik 'Editor' (logo kamera tue) |
iii) Pilih gambar yang korang nak edit dan klik (klik sekali sahaja tau)
iv) Gambar akan keluar di bahagian kanan (tunggu! kadang-kadang gambar yang kita klik tue keluar lambat sikit..bersabar ye)
v) Bila gambar dah keluar, klik 'sharpen' dan satu tools nombor akan dipaparkan bermula dari nombor 1 hingga 13.
vi) Klik salah satu nombor dan lihat perubahan gambar korang. Biasanya nombor yang lebih tinggi mewakili kadar ' sharp; yang lebih tinggi. Saya suka gunakan kadar 'sharp' nombor 5 hingga 8. Kalau guna kadar 'sharp' yang lebih tinggi mungkin akan menampakkan kejelasan jerawat korang jika ada..huhu. Korang boleh klik 'Redo' @ 'Undo' untuk tengok gambar sebelum dan selepas editing.
sebelum editing (tengok beza gambar basikal) |
selepas editing |
Tutorial 2 : Cara nak buat frame gambar
i) Macam tutorial 1, pilih gambar untuk edit.
ii) Cari tools yang tulis 'no frame'
iii) Klik pada arrow 'no frame'. Satu tetingkap akan keluar dan memaparkan banyak pilihan frame yang boleh dipilih.
iv) Klik pada frame yang korang suka dan lihat paparan yang keluar pada gambar korang.
v) Setelah puas hati dengan frame tersebut, sila 'save'.
frame soccer 01 |
frame stamp 01 |
frame pattern 16 |
Mudahkan! Jadi apa tunggu lagi download lah sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan