YASMIN...Subuh-subuh lagi dah bangun. Cepat jer ke bilik air untuk mandi. En husband pagi-pagi lagi dah kejutkan Yasmin untuk siap-siap ke hari sukan sekolah. Pagi nie en husband umpan Yasmin tentang kasut dan stoking baru yang dibeli semalam. Bila dengar kasut dan stoking baru, mudah jer bangun. Kalau tidak mengeliat jer.
Semalam masa try kasut sukan yang ada, tengok-tengok dah tak muat. Jadi lepas maghrib terpaksa juga keluar cari kasut sukan. Dua tiga tempat juga pergi termasuk uptown Stadium, tapi semua tak ada saiz. Akhirnya pergi Giant. Dapatlah kasut sukan Barbie. Aish! Bukan main mahal kasut sukan budak-budak nie, terpaksa juga belikan. Kurang 10 sen RM40.00. Pejam mata jer la belikan. Kasut sukan nie bukan selalu nak dipakai jadi ingatkan nak cari yang murah-murah jer. Mmmm tak dapatla...
Sebelum bertolak ke Sekolah Rendah Asma, kami ke rumah pengasuh hantar Aleesya. Kesian kalau bawa Aleesya tengah-tengah panas nie. Sesampai di padang sekolah, ramai dah pelajar-pelajar beratur mengikut kelas. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar sekolah rendah dan bacaan surah Yassin oleh semua pelajar An-najjah. Kagum betul saya dengan pelajar dan cikgu-cikgu sekolah nie, sebab boleh menghafaz surah Yassin dari mula sampai habis.
Selepas bacaan doa, pelajar di bawa berkawat di sekeliling padang dan pelajar-pelajar tadika diberikan nasi lemak dan air mineral. Selesai minum pagi barulah aktiviti sukan dimulakan. Yasmin masuk pertandingan bawa bola menggunakan gegelung rotan. Secara bergilir-gilir seramai 7 orang. Ramai ibu bapa yang datang memberi semangat dan sokongan pada anak masing-masing.
Masa beratur untuk memulakan pertandingan, Yasmin dah mula buat perangai. Pegang baju saya tak nak lepas. Lepas tue dah mintak nak balik. Saya pujuk baik-baik supaya dia teruskan pertandingan. “Tak menang pun tak apa asalkan Yasmin main. Nanti kalau kalah ibu dengan abah tetap belikan Yasmin hadiah.”
Dia tetap tak nak, akhirnya cikgu kelas Yasmin gantikan tempat Yasmin dengan rakan yang lain. Mmmm...penatnya jer bangun awal pagi. Dah la bangun berkobar-kobar macam nak pergi bersukan. Last-last ini jadinya. L
Kami tunggu tengok siapa yang menang. Rupanya kumpulan Yasmin yang dapat nombor satu. Huhu! melepaslah Yasmin nak dapat hadiah. Tak apalah mungkin bukan rezeki Yasmin. Lagipun saya beria-ria suruh Yasmin bersukan supaya dia aktif dan cergas dengan aktiviti-aktiviti luar. Jangan asyik berkepit dengan buku jer kan.
Amani pulak yang
sibuk beratur dengan kengkawan Yasmin. Dia hengat boleh masuk main sekali kot.
Kat sini memang nampak, bab-bab main dan bersukan nie, Amani boleh tahan
aktifnya (sebenarnya dekat rumah pon dah nampak Amani suka aktiviti lasak.
huhu). Tahun depan, Insya Allah boleh tengok Amani masuk pertandingan pulak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan