Jumaat, 11 Januari 2013

~ DIY Warna Warni Bunga Tulip ~

 Assalamualaikum

Mari cipta kreativiti bersama-sama anak-anak pada hujung minggu nie. Saya merancang nak ajar anak-anak buat bunga tulip dengan menggunakan tangan dan cat air (orang Kedah panggil kaler ayaq).  

Aktiviti ini perlukan sedikit kesabaran kita sebab selain daripada dapat menghasilkan lukisan cat air yang cantik di atas sekeping kertas, ia juga dapat menghasilkan lukisan cat air YANG TERSANGAT KREATIF di mana-mana bahagian rumah anda terutamanya meja, lantai, dinding dan sinki. Biasanya hasil lukisan yang ‘terlebih’ kreatif nie dihasilkan apabila kita tersasar sikit pemerhatian ke tugas lain. huhu.. 


Jadi KITA HARUS TUMPUKAN PERHATIAN KEPADA ANAK-ANAK YANG EXCITED MELAKUKAN AKTIVITI INI. HARUS OK!!!

Inilah bahan-bahan yang diperlukan. Cat air dan buku lukisan tue yang lama punya. Jadi tak perlu beli baru, guna yang mana ada. Dapat save budgetkan.

Mula-mula bersihkan tangan. Ratakan cat air (warna ikut suka hati) pada tapak tangan. Jangan terlalu cair kalau guna cat air yang perlu dicampur air. Guna saiz berus yang sesuai supaya warna yang di cat atas tapak tangan sekata.
Tekap tapak tangan ke atas kertas. Tekan perlahan supaya cat air tersebut melekat dengan elok di atas kertas.

Angkat tangan perlahan-lahan supaya cat air tersebut tidak tertarik atau comot.

Untuk daun, gunakan warna hijau dan lukiskan bentuk daun menggunakan berus.

Hasilnya. Taraaaa........!!!

Bunga tulip warna biru tue, saiz tangan Yasmin. Warna kuning tangan Amani dan yang macam tak berapa nak menjadi tue (warna oren) tangan Aleesya...comelkan?

Masa tengah ajar Min dan Amani tue, tetiba rasa macam nak tengok hasil dari tangan Aleesya. Tentu sangat comel dengan saiz tangannya tue. Jadi saya cobaaa....tapi bila dah ratakan cat air kat tangan si booolat tue, dia asyik genggan je tangan dia sebab cat air tue macam melekit sikit. Jadi saya terpaksa bagi macam-macam barang kat dia supaya dia bukak tangan dia untuk ambil barang tue. Bila dia bukak je genggaman tangan tue, cepat-cepatla saya tekapkan ke atas kertas. Dan tulip oren tue lah hasilnya...tapi sangat comelkan? J  

OMG!!!
En suami yang baru bangun tido pun excited nak cuba. Jom kita tengok Bunga tulip siapa paling cantik dan comel...

Taraaaa........!!!



Dah habis aktiviti bunga tulip, aktiviti cuci mencuci pulak dijalankan dua anak dara nie kat dapur. Saya suruh cuci tangan je, tapi nie dah sampai cuci cawan semua nie apa citer? rasanya ibu dah cuci cawan tue dan letak kat rak pinggan di sebelah tue. mmm

Tak sangka hasil aktiviti kali nie, dapat disimpan sebagai memori indah sebab ianya UNIK. UNIK sebab semua ahli keluarga ada Bunga Tulip masing-masing dengan saiz yang berbeza. Mmmuaahhhh! sukalah J

Tiada ulasan:

Entri Popular