Isnin, 21 Januari 2013

~ Olympus E-PM1 (part i) ~


Assalamulaikum

Olympus E- PM1?

    Kenapa Olympus E- PM1? Bukan Nikon, bukan Lumix, bukan G12 seperti dalam entri sebelum nie? Model dan jenama kamera nie memang tak ada langsung dalam list.
                                                                        
ATAU tersalah beli?

:~  meh saya nak jawab ~:
  
KENAPA SAYA TIBA-TIBA BERTUKAR FIKIRAN...

Jom layan gambar-gambar nie...


Mode : Night + potrait (nampak bayang-bayang)
Mode : Potrait
Mode : e-potrait
Nampak tak perbezaan dengan gambar Potrait? Kulit muka nampak lebih licin (soft) & bulu di tangan kurang nampak hitamnya. Jadi nak bagi nampak cantik berseri-seri HARUS guna e-potrait. muahaha
Mode : Macro
Mode : Nature Macro (khas untuk ambil gambar serangga)
Mode : Macro & adjust bahagian mana kita nak fokus 
(sangat 'sharp' kepada dahan yang sangat kecil dan halus)
Mode : Panorama 
(bot cinonet dekat tengah laut tue pun nampak)
Mode : Potrait + landscape
(daun pokok kelapa aka pokok nyioq 'sharp' & warna pun original seperti warna pokok di luar gambar)
Mode : Beach @ snow
(nampak air setitik-setitik. Air liur basi pun nampak. Lepas nie bolehlah ambil gambar 'candid' sesaper yang tidur dengan air liur basi meleleh kat tepi mulut tue. eeeeiiiii !!!!)
Mode : Beach @ snow
Mode : Beach @ snow
(boleh zoom jauh)


Puas tak tengok gambar-gambar tadi?...

Saya kira ini adalah pilihan yang terbaik kerana :
i)    hasil gambar yang cantik dari kamera Semi-Pro
ii)   harga kamera kompak yang mampu dimiliki.(budget RM 2k ke    
      bawah)
iii)   user friendly
iv)  ringan dan mudah di bawa
v)  ada flash untuk kegunaan waktu malam @ dalam keadaan
      gelap
vi)  sesuai untuk orang yang lebih suka mode auto @ auto setting.  
      Tapi kalau rajin nak explore setting manual pun ada dalam
      kamera nie.

   Masa pergi survey kamera dekat kedai di Queensbay Mall, saya memang cari kamera-kamera yang saya survey dalam internet tue. Tapi bila dah sampai di kedai dan amoi-amoi kat kedai tue tunjuk hasil gambar dan cara nak menggunakan kamera-kamera yang ada, saya rasa survey di kedai lebih puas hati. Sebabnya kita dapat pegang, guna dan tengok sendiri hasil gambar yang kita tangkap menggunakan pelbagai jenis kamera. Tapi sebelum kita nak testing tue, amoi tue akan tanya “u budget berapa?”.

    Kalau budget RM 1k ke bawah, budget RM 2k ke bawah, RM2k ke atas dia akan beri suggestion model kamera yang bagus mengikut budget kita. Setiap ranking budget yang kita bagi tue, saya lihat brand kamera yang dia tunjuk tue tak sama. Contohnya kalau Rm1k ke bawah, mungkin jenama Sony, Canon dan Panasonic terbaik. Kalau RM2k ke bawah Olympus. Kalau RM 2.5k ke bawah Sony terbaik. (saya memang sangat berkenan pada model Sony yang amoi tue tunjuk kat saya hari tue. Gambar sangat Sharp dan cantik.  Tapi ianya melebihi budget saya jadi lupakalah sementara waktu. Kalau ada rezeki bolehlah saya miliki. 

    Satu lagi, rupanya G12 dah takda. Bukan maninggal..haha. Cuma model nie dah tak dikeluarkan lagi. Selepas G12 adalah model G15.

     Nak tengok gambar-gambar menarik hasil daripada Olympus nie tunggu entri Olympus E-PM1 (part ii). Layan...


Terima kasih sudi membaca entri ini. J

Tiada ulasan:

Entri Popular