Khamis, 24 Januari 2013

~ Suprise Birthday Untuk Pn Norradibah ~

Assalamualaikum

Sekali sekala buat suprise untuk kengkawan best jugak kan? Selain dapat mengeratkan hubungan persahabatan ia juga dapat mewujudkan suasana yang ceria untuk hari tersebut dan hari-hari seterusnya. Sebenarnya tarikh birthday kawan saya nie pada hari Jumaat iaitu 25 Januari 2013. Memandangkan hari Jumaat adalah hari cuti, jadi saya dan kawan-kawan yang lain sebulat suara nak suprisekan 'birthday girl' dua hari lebih awal.

Perancangan yang dibuat untuk tujuan suprisekan kawan saya nie tak adalah besar mana pun. Suprise biasa-biasa je. Yang penting suprise tue menjadi kenangan untuk diri dia sampai bila-bila. Mahal atau murah peruntukkan untuk suprise tue pun bukanlah perkara utama. 

Mula-mula tue ingatkan nak belanja makan tengahari di restoran. Tapi ada kekawan yang tak dapat join sebab ada nak ambil anak sekolah dan hal lain. Bila tak cukup kourum memang tak best. Jadi kena fikir cara lain. Nak beli kek pun macam tak best jer sebab birthday girl tue dah pesan kalau nak bagi kek jangan bagi kek yang besar, cukuplah satu slices untuk dirinya (amboi! siap pesan..hehe).

Akhirnya saya pun teringat ada satu hari tue, saya dan birthday girl pergi window shopping. Masa tue tengah hujung-hujung bulan, nak shopping memang tak dapetla kan..Jadi kami pergi usha-usha jer dekat satu kedai aksesori nie. Saya perasan dia berkenan dekat satu purse warna merah. Belek punya belek tak jadi beli. 

Jadi saya dan kawan-kawan yang lain pun setuju nak hadiahkan purse tue. Rehat tengahari saya dan kawan saya, Yat pergi ke kedai amoi aksesori tue untuk beli purse merah yang diidamkan oleh birthday girl nie. Dah siap beli tiba-tiba telefon Yat berbunyi. Birthday girl nak join shopping. Mmm...nasib baik dah settle beli hadiah. Kami pun ok kan je la. 

Bila dah jumpa kami, birthday girl ajak kami pergi ke kedai amoi aksesori tadi.  Dalam hati "Alamak! nak beli purse tue ka?"  saya dah cuak. Tapi kami ikutkan je. Rupanya dia nak belikan anak sedaranya sepit rambut. Ha...lega. Tapi sempat jugala saya bisik dekat amoi tue, " u jangan bagitahu dia ya kita dah beli purse tadi sebab kita beli untuk dia". Saya terpaksa pesan sebab amoi tue baik dengan dia. Kalau amoi tue dok rajin buat ramah mesra dengan dia, tak pasal-pasal amoi tue bagi tahu macam mana? Habis rancangan kami. Amoi tu senyum je...Bagus jugak amoi tue sebab setuju komplot sekali..haha.

Sebelum keluar dari kedai tue, birthday girl bagi tahu saya "mmm...purse tue dah ada orang beli". Saya dan Yat dah tahan gelak. Dalam hati "a'ah.. kami la yang beli...ha ha ha". Yang bestnya Yat pulak p tanya "purse tue macam mana? cantik ka? antara purse tue dengan purse yang dekat kedai Avon tue mana cantik?". Eeeiiii dak nie pun sajer jer nak panaskan keadaan. Karang kalau saya tergelak macam mana. 

Petang sebelum balik dari opis, saya dan kengkawan yang lain suprisekan birthday girl dalam bilik pantry opis...


~ Inilah dia birthday girl ~
Birthday girl : "Nak buat apa nie?"
Me : "Nak tangkap gambar untuk buat kad jabatan yang baru"
Bila masuk dalam bilik pantry, birthday girl macam pelik sebab orang lain dok bergambar sakan. Saya pun tak sempat fikir, cakap la nak ambil gambar untuk kad jabatan. Jawapan tue lagi pelikkan sebab giler ke apa nak buat kad jabatan ambil gambar dalm bilik pantry...muahaha..

Kengkawan : "Happy birthday"
Birthday girl : “Oooo.....ha ha ha”. 
Terkejut? terharu? Tersedar baru ‘DIKENAKAN’...ha ha ha..
Tanpa berlengah masa, saya dan kengkawan yang lain pun bagila hadiah 'merah' tue. ha ha ha memang best. Dia tak suspect langsung kami belikan dia purse tue. Dia pun happy giler..

We Love U birthday girl !
SKETSA PETANG
Si tudung coklat : "Terharu cek! terima kasihla suprisekan cek nie.."
Birthday girl (dalam hati) : "eh! dia plak yang lebih"
Si tudung hijau : "eh, bukan untuk u tapi untuk orang sebelah kanan i nie"
Si tudung Purple (dalam hati) : " mmm ...perasan la u. Menyampah Cik Airish tau"

nota : cakap (dalam hati) sebab dalam gambar tak bukak mulut. muahaha


Alamak! kepala terlebih lentok...manje kew gitu?huhu

Berakhir sudah entri kali nie. Semoga Kak Diba happy dan ceria selalu. 


HAPPY BIRTHDAY PUAN NORRADIBAH BINTI MOHD RASIT !!! 
Dari kami semua hanya untuk kamu.

Tiada ulasan:

Entri Popular